t>

Breaking News

Fakta insiden letusan gunung merapi

Mereka yang mahu memahami insiden letusan gunung merapi yang baru-baru ini meletus dan mengorbankan beberapa nyawa penduduk kampung di indonesia.




1. Apa itu gunung merapi? Gunung merapi ialah salah satu gunung berapi yang terdapat di indonesia. Dan gunung merapi ini masih aktif dan antara gunung berapi yang paling aktif. Ini bermaksud, pada bila-bila masa, ianya akan memuntahkan larva panas ataupun debu-debu yang akan membunuh manusia, jika tidak menyelamatkan diri sendiri dengan segera. Gunung merapi ialah antara 69 gunung merapi yang paling aktif di indoesia, dengan ketinggian 2,914 meter. Baca sini dan sini.


2. Pada tahun 2006, penduduk di sekitar gunung merapi, iaitu yogjakarta pernah dilanda gempa bumi yang dahsyat. Gempa bumi tersebut telah membunuh hampir 5 ribu umat indonesia pada ketika itu. Gempa bumi tersebut berkaitan rapat dengan gunung merapi yang masih aktif. Pada tahun itu juga, gunung merapi turut meletus. Baca sini dan sini.






3.Pada tahun ini, gunung merapi meletus untuk kali ke 69. Angka korban yang pertama ialah 15 orang, ini termasuk wartawan dan petugas media dari indonesia yang sepatutnya melaporkan keadaan gunung merapi. Kesemua mereka mati akibat melecur. Ketika itu, gunung merapi meletus, dan menurunkan 'hujan panas' yang menyebabkan kesemua mereka mati, meskipun telah berlindung dalam sebuah rumah. Turut terkorban ialah seorang bayi. Baca sini.


4. Untuk rekod, selain daripada letusan gunung merapi yang mengorbankan hampir 136 nyawa (sehingga hari ini), penduduk di yogjakarta juga ditimpa bencana gempa bumi. Terdapat juga laporan tsunami di mentawai. Angka korban untuk tsunami sudah mencecah lebih daripada 300 penduduk, manakala angka korban untuk gempa bumi pula ialah tidak diketahui. Namun, diberitakan ratusan hilang angkara gempa bumi. Ini bermaksud : 


Gunung merapi meletus = mengeluarkan larva panas = hujan panas = mangsa korban = gempa bumi = mangsa korban = gegaran = tsunami = mangsa korban. Ini bermakna, angka korban meningkat sebab bencana alam ini ialah 3 in 1. 3 dalam 1. Ada letusan gunung berapi yang memuntah lahar panas, ada gempa bumi yang menyusul angkara letusan gunung merapi dan tsunami yang timbul akibat gegaran kuat di tengah lautan. Ini sangat  dahsyat dan menakutkan. Baca sinisinisini dan sini.


5. Gunung merapi meletus pada jam 11.30 malam waktu indonesia buat kali pertama pada bulan oktober 2010 dan kali kedua pada 1 november 2010. Namun, sejak dari letusan kali pertama, beberapa gegaran kecil muncul angkara letusan gunung merapi. Angka korban pada jam pertama letusan gunung merapi ialah 15 orang, dan pada hari pertama ialah 38 orang. (Ini hanya berdasarkan kepada penemuan mayat, mayat yang hilang, tidak ditemui, tidak dikira dalam statistik ini).


6. Gunung merapi seringkali meletus selang beberapa tahun. Dan dikhabarkan bahawa setiap 7,8 tahun, gunung ini akan meletus dengan kuat dan besar. Untuk rekod, sebanyak 27 kampung termusnah sama sekali angkara letusan gunung merapi, gempa bumi dan tsunami dalam kejadian bencana  terbaru 2010 ini.


7. Letusan gunung merapi yang pertama mengeluarkan larva panas dan terpukul kuat sehingga terbentuk seperti hujan panas yang turun dari langit.  Letusan kedua hanya mengeluarkan debu2 yang sangat pekat dan banyak. Meskipun terdapat larva panas, ianya tidak seperti pada letusan besar pada hari pertama kejadian iaitu 26 oktober 2010. Lihat sini dan sini.

8. Badan Meteorologi, Klimatologi dan Geofisika (BMKG) mengumumkan gempa bumi berukuran 7.2 pada Skala Richter berlaku pada pukul 9.42 malam Isnin, pada kedudukan 78 kilometer Barat Daya Pagai Selatan, Mentawai Sumbar, pada kedalaman 10 km. Gempa bumi ini berlaku sejurus gunung merapi meletus selepas 2 hari. 

9.  Gempa bumi itu juga menggegarkan bandar-bandar di sepanjang pantai barat Sumatera - termasuk Padang - yang dilanda gempa sekuat 7.6 tahun lalu, yang mengorban lebih 700 orang. Masjid-masjid pula membunyikan amaran tsunami melalui pembesar suara.



10.  Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta mengesahkan tiada laporan kematian atau kecederaan yang melibatkan rakyat Malaysia termasuk para pelajar dalam kejadian gempa bumi dan letupan Gunung Merapi di Indonesia.


11. senarai nama pelajar Malaysia yang dipindahkan dari Pesantren Sirajul Mukhlasi, Magelang berikutan bencana letusan Gunung Merapi, lihat sini.


12. Menerusi berita hari ini, tidak semua pelajar malaysia pulang ke malaysia. Ada yang tinggal di lokasi bencana bagi MENGHULURKAN BANTUAN KEMANUSIAAN.


13. Meskipun kawasan bencana amat dahsyat, masih ada yang tetap berdegil untuk tidak berpindah. Baca sini. Terdapat sekurang2nya 5 keluarga yg dikenalpasti tidak akan berganjak dari kawasan kediaman mereka, meskipun letusan gunung merapi, gempa bumi dan amaran tsunami sudah dikeluarkan oleh pihak penguatkuasaan indonesia.


14. Selepas letusan gunung merapi, gempa bumi, tsunami  pula tercetus di indonesia, dicatatkan pada 7.7 skala ritcher, persamaan ketinggian 3 meter,  dan melonjak sejauh 600 meter,  yang melanda kampung2 di sekitar mentawai.  Kampung2 tersebut ditenggelami air dan musnah dengan teruk. Sekurang2nya lebih dari 200 ratus buah rumah dan pusat peranginan musnah angkara tsunami. 


15. Ada yang mempersoalkan sistem amaran tsunami yang gagal berfungsi dengan baik. Jika sistem itu berfungsi sepatutnya, angka korban tidak akan mencecah ratusan orang (sebenarnya dipercayai ribuan orang). Rakyat di sekitar juga mampu menyelamatkan diri mereka dengan lebih cepat jika amaran tsunami dikeluarkan lebih awal. Namun ada juga yang enggan berpindah ke tempat yang lebih selamat meskipun, amaran telah dikeluarkan. Bencana gunung berapi, gempa bumi dan tsunami nampaknya tidak menakutkan sesetengah penduduk di sekitar gunung merapi dan mentawai.


16. Antara fakta kes, ialah, salah satu tempat yang terkenal dengan peluncuran iaitu mentawai, dilanda   gempa bumi sejurus letusan gunung merapi dan memusnahkan sekurang-kurangnya 10 buah perkampungan. Baca sini


17. Ada 62 student perubatan dari malaysia yang tinggal di kawasan lokasi bencana untuk memberikan bantuan. Baca sini. Tidak termasuk student dari jurusan yang lain.


18. Sehingga hari ini, 89 penerbangan dibatalkan angkara letusan gunung merapi. Ini termasuk air asia dan malaysia airlines yang sepatutnya pergi-balik ke kawasan terbabit. Penerbangan dibatalkan akibat penglihatan terhad, disebabkan debu yang terlalu pekat. 


19. Ini adalah kronologi letusan gunung merapi. Lihat sini


20. Jika anda mahu melihat video, tonton di sini.


21. Jika anda ingin melihat gambar-gambar angkara bencana letusan gunung merapi, lihat di sini.











Ameno : Bersyukur sebab malauysia bebas daripada lingkaran gunung berapi..

10 ulasan

Anonymous berkata...

rasanya ada fakta yg salah....

xde tsunami melanda Yogya akibat letusan Merapi...

gempa 7.2 or 7.7 yg melanda Mentawai yg menimbulkan tsunami 3m yg menyapu kampung2 di Pulau Pagai Utara, Pagai Selatan dan Sipora...

Yogya hanya menghadapi debu2 letusan Merapi, xde kampung2 pesisir yg musnah akibat tsunami....

fakta yg diberi mengelirukan..

Ameno Tipu Situ Sana Sini berkata...

silap. adoii terremove. jap2 mentawai bukan kah sebahagian dari yogga?

Anonymous berkata...

rasanya Gunung Merapi adalah nama khas(Mount Merapi)bukan gunung merapi...

Anonymous berkata...

Mentawai adalak kepulauan di barat provinsi Sumatera Barat teridir drp ratusan pulau kecil n 4 pulau utama-Siberut, Pagai Utara, Pagai Selatan, dan Sipora...

Mentawai 1200 km drp Yogyakarta, di tengah pulau Jawa di mana Gunung Merapi meletup...

jadi, Mentawai bkn sebhgian Yogya....fakta anda mmg salah dr segi geografi...sila betulkan...

Anonymous berkata...

mentawai dilanda tsunami bukan pasal gegaran kuat di gunung berapi yg meletus baru2 ni ker? rase nya psl 2 la tsunami kan kt mentawai?

Anonymous berkata...

14. Selepas letusan gunung merapi, gempa bumi, tsunami pula tercetus angkara merapi, dicatatkan pada 7.7 skala ritcher, persamaan ketinggian 3 meter, dan melonjak sejauh 600 meter, yang melanda kampung2 di sekitar yogjakarta. Kampung2 tersebut ditenggelami air dan musnah dengan teruk. Sekurang2nya lebih dari 200 ratus buah rumah dan pusat peranginan musnah angkara tsunami.

fakta amenoworld ni salah...xde kg2 di pesisir Yogya kena tsunami..yg kena adalah Mentawai di barat Sumatera...

tsunami mentawai disebabkan gempa 7.2 yg hanya berpusat 10 km dari dasar laut...

lagipon tsunami biasa disebabkan gempa mcm tsunami Aceh sbb gempa 9.3....

tsunami sbb gunung meletop hanya berlaku kalau gunung di tgh laut mcm Krakatau yg menimbulkan tsunami 36 m di Selat sunda...

kesimpulan: merapi adalah volcano di central Java, bukan di pulau...

mentawai tsunami caused by 7.2 earthquake...

mgkin ada kaitan since it lies on the so-called ring of fire...

Ameno Tipu Situ Sana Sini berkata...

Sabar saudara2 semua, saya perlu baca semula berita2 terbabit, jika ada salah akan saya betulkan kelak. terima kasih atas ingatan kalian.

Ameno Tipu Situ Sana Sini berkata...

Untuk pembaca yg budiman, saya sudah betulkan beberapa fakta berkaitan mentawai dan merapi. terima kasih di atas ingatan kalian.

nuriz berkata...

terima kasih Ameno World..backlink yg besar jugak untuk saya pada bln lepas

Anonymous berkata...

Bila bala turun...semua kena...*kaji tgk apa sebenarnya berlaku kat Indonesia sampi jadi mcm tuh* peringatan utk rakyat Malaysia....kemodenan teknologi xdpt menandingi kuasa Allah...

Ameno...xsmestinya diluar lingkaran api pasifik terlepas dari bala Allah...kalo maksiat bnyk sgt...tgu jela...