BLOG SEDANG DIKEMASKINI

Salah ke bina gereja besar di bukit jalil?

Ada satu persoalan yang bermain di minda aku mengenai isu ini. Persoalan neh sebenarnya bemain rapat dengan akidah. Silap percaturan kalau kita terlebih terbuka boleh terlajak. Soalnya sekarang aku belum lihat lagi suara imam2, mufti2, alim ulama yang memberikan respon untuk perkara ini. Perkara yang aku maksudkan ialah pembinaan gereja di bukit jalil. Sila tengok gambar di bawah neh yang aku petik dari website gereja itu sendiri ;



Satu perkara yang aku mesti puji ialah pihak pengurusan gereja neh memang cekap dalam menggunakan kecanggihan teknologi yang wujud pada ketika ini. Mereka siap ada twitter lagi. Tak percaya? Tengok bawah ;



Kalau facebook aku rasa belum ada. Sebab tak nampak pun facebook group dalam website tersebut. Kalau orang islam leh adaptasi sistem gereja neh dengan update segala maklumat, ceramah dan event masjid2 utama di seluruh malaysia adalah sangat baik. Update via twitter dan facebook. Gunakan satu nama seperti masjidmalaysia supaya senang di search dan dapat ramai follower. Itupun kalau kita sedarlah kelebihan it yang wujud pada zaman sekarang. Boleh alertkan anak muda/tua yang lalai, yang sibuk, yang tidak tahu,  mungkin akan hadir kesedaran ble mana ada ceramah2, event2 ataupun maklumat2 yang berkaitan dengan masjid disebarkan menerusi facebook ataupun twitter.

Bagaimanapun itu bukan isu sebenar yang aku nak rungkaikan pun. Isu sebenarnya ialah pembinaan gereja terbesar di bukit jalil untuk kegunaan dakwah kristian di malaysia. Apakah pandangan yang sepatutnya orang macam aku dan orang islam patut pegang sebenarnya? Adakah kami patut bertolenrasi ataupun tidak dalam hal2 seperti ini?

Kisahnya begini. Ada rakan cina aku bertanya "apakah pandangan u mengenai pembinaan gereja di bukit jalil"?

Jawapan aku pada dia? Aku tak jawab. Ataupun lebih tepat belum mahu jawab lagi persoalan dia tue. Sebab apa? Sebab aku taktahu nak jawab apa. Silap jawab boleh jadi bahan hasutan buat syaitan utk bermain dengan akidah aku. Sebab itu aku diam dan aku takmo jawab.

Bukan bermaksud aku takut kepada gereja tersebut. Aku tidak. Bukan juga bermaksud aku cuak dengan dakwah kristian melalui gereja itu. Aku tidak. Kalau ikut logik akal aku, aku rasa pembinaan gereja itu ada pro-cons masing2. Kenapa pros dan cons? Sebab ;

1. Gereja itu dibina di kawasan bukit jalil. Kawasan bukit jalil neh adalah tempat yang digunakan untuk buat macam2 event larh. Jom heboh selalu buat sini. Ada stadium bukit jalil. Ada sekolah bukit jalil dan ada macam2 lagi larh. Senang kata bukit jalil ialah kawasan orang keluar masuk. So, dari segi lokasi, relevant kah ianya dibina di situ?

2. Pernah aku terbaca penulisan oleh ustaz ridhuan tee mengenai jumlah penganut kristian di malaysia. Kata ustaz tersebut jumlah penganut kristian tak sampai pun 10% di malaysia. Jumlah mereka sangat sedikit dan kecil pula bilangan nya. Jumlah penganut kristian lebih ramai di sarawak dan sabah. So dari segi lokasi itu sendiri, sabah dan sarawak sepatutnya ditapakkan untuk pembinaan gereja tersebut bukan bukit jalil. Dari situ baru wujud kerelevantnya. Senang untuk penganut2 kristian di sana mengunjungi sesuatu yang mereka memang sure pergi atas tujuan ibadat.

3. Adakah size gereja itu menjadikan ianya bermasalah dibina di bukit jalil? Pandangan aku tidak. Lokasi bukit jalil tidak strategik untuk penganut kristian. Rumah ibadat sepatutnya ikut logik penganut. Logiknya penganut kristian banyak di sabah dan sarawak. Selaku pengguna terbesar kepada gereja tersebut maka layaklah pembinaan gereja terbesar di malaysia di bina di sabah ataupun sarawak. Ini sebab utama bagi pandangan aku.

4. Adakah orang islam patut marah dengan pembinaan gereja tersebut? Ini satu soklan yang aku tak boleh jawab sebab aku taktahu nak menjawab macam mana mengikut naluri org islam. Bagi pandangan aku sendiri.. aku tidak marah. Sebaliknya aku kena hormat ajaran kristian. Hak mereka telah diberikan oleh kerajaan untuk bebas menganuti apa2 agama selagi mereka tidak menindas dan menekan penganut islam. So kenapa pula nak kena marah? Mungkin marah kerana lokasi tersebut tidak bersesuaian. Tetapi bukan marah sebab pembinaan gereja tersebut. Ataupun marah kerana gereja tersebut akan menjadi tarikan pelancong sebab gereja tersebut adalah gereja terbesar di asia tenggara [betulkan kalau salah]. Tetapi, itu cuma ikut logik akal. Sebagai orang islam aku tetap merasa tidak selesa apabila mempromosikan gereja sebagai destinasi pelancongan. Tidak selesa bukan sebab aku anti-kristian so tak perlu salah faham. Tidak selesa kerana aku tidak pasti apakah cara terbaik yang sepatutnya umat islam ber-reaksi mengenai perkara ini.

5. Sudah tentulah bila gereja dibina ianya akan menjadi lambang untuk berdakwah kristian. Apatah lagi ianya dibina berdekatan bukit jalil. Bukit jalil ialah bandar yang berhampiran pusat bandar. Kebanyakkan orang islam bandar zaman sekarang memang moden teramat sehingga mengabaikan aspek2 islam dalam kehidupan mereka. Bukan sedikit jumlah melayu muslim yang telah keluar dari iktikad islam dan kemudian-nya masuk kristian. Namun tidak pula aku salahkan dakwah kristian. Kelemahan umat islam apabila mereka gagal mendalami apa itu islam. Adakah ini akan mempengaruhi umat islam di bandar untuk tukar agama? Aku tak pasti. Gereja belum dibina. So stastistik belum ada. Akan tetapi akidah umat islam bukan soal pratikal. Kita tak perlu latihan amali untuk itu. Kita tak boleh main2 bab akidah. Apatah lagi umur 18 tahun anda bebas pilih [tukar] agama. So apakah ada perlindungan supaya orang islam tidak boleh tukar ke agama kristian apabila gereja tersebut beroperasi kelak? Kita perlu tahu, ada atau tidak perlindungan itu?

Sehingga sekarang pun aku tengok belum ada mufti menaikkan perkara ini ataupun membincangkan secara terbuka. Perlu wujud diskusi supaya kita tahu di mana duduk letaknya perkara ini. Kerisauan aku bersebab. Tidak risau kristian merasa selesa dengan tempat ibadat mereka. Aku malahan tertarik melihat betapa tersusun nya cara paderi kristian berkerja untuk mengembangkan dakwah mereka. Bahkan mereka menyediakan beberapa kelas dan dana untuk membantu bagi mereka yang perlu. Ada sesuatu yang baik untuk umat islam tiru disitu.  Tidak dapat aku nafikan beberapa organisasi kerajaan, NGOs, dan PAS sendiri rajin berdakwah tetapi tidak dapat dilakukan menyeluruh dan meluas mungkin akibat kekangan pihak atasan ataupun lebih tepat angkara kerajaan pusat.

Asal ceramah agama ditangkap.  Alasan takde tauliah alasan paling bodoh pernah aku dengar. Tetapi ble paderi kristian berdakwah tiada ganguan buat mereka. So perjalanan dakwah kristian itu tenang dan selesa. Berbeza dengan perjalanan dakwah orang islam yang pada bila2 masa boleh ditembak sampai mati seperti arwah ustaz ibrahim libya ataupun difitnah macam2 seperti tuan guru nik aziz.

Sekali lagi aku sebut, ianya bukan salah penganut kristian apabila dakwah kristian itu berkembang baik di malaysia. Penganut kristian tidak patut memandang artikel aku ini berbentuk kecaman kepada ajaran kristian. Perlu hormat kepada ajaran kristian sebab itu asas dalam pergaulan. Sekadar memberikan pandangan ikhlas mengenai pembinaan gereja terbesar asia di malaysia. Tak lebih dan tak kurang.

Jika kerajaan boleh membiarkan dakwah kristian membiak tanpa ganguan, harapnya kerajaan yang sama boleh memberikan lesen tersebut kepada agama islam juga.



Ameno : Sudah muak membaca islam agama rasmi di malaysia.. rasmi apa?
Back To Top