t>

Breaking News

BNM akan keluarkan siri wang kertas dan syiling baharu

KUALA LUMPUR 23 Mei - Bank Negara Malaysia (BNM) mengumumkan bahawa satu siri reka bentuk baharu wang kertas dan duit syiling Malaysia akan berada dalam edaran pada awal 2012. Langkah itu dilakukan secara berkala dalam setiap tempoh 12 tahun.

Reka bentuk mata wang siri baharu itu akan mengandungi ciri-ciri yang khusus bagi Malaysia, kata BNM dalam satu kenyataan hari ini.Siri wang kertas itu juga mempunyai ciri-ciri keselamatan yang lebih canggih sejajar dengan kemajuan teknologi wang kertas mutakhir ini, katanya.

Reka bentuk wang kertas siri keempat yang baharu itu adalah untuk wang kertas dalam denominasi RM1, RM5, RM10, RM20 dan RM100.Reka bentuk terkini wang kertas RM50 yang telah pun berada dalam edaran sejak bulan Disember 2007 bagi memperingati Ulang Tahun Ke-50 Kemerdekaan Malaysia akan terus dikekalkan dalam edaran.

Bentuk baharu itu merupakan siri yang ketiga bagi denominasi 5 sen, 10 sen dan 50 sen, kata BNM. - Bernama


Sozcyili : Alangkah bagusnya kalau gaji baharu juga ditetapkan untuk rakyat malaysia.. huhuhu..

Tiada ulasan