t>

Breaking News

Kerajaan mohon bajet tambahan RM13 bilion

Timbalan Menteri Kewangan Datuk Awang Adek Hussin membentangkan rang undang-undang itu selepas sesi soalan dan memohon wang tambahan sebanyak RM13,186,713,000.

Sebelum ini, pada pembentangan Bajet 2011, perdana menteri yang juga menteri kewangan Datuk Seri Najib Razak tahun lalu telah memohon RM162,805,323,000.

Peruntukan tambahan itu menjadikan anggaran perbelanjaan bagi tahun ini bertambah kepada RM176 bilion. 

Berdasarkan rang undang-undang itu, kerajaan memperuntukkan sejumlah RM6 bilion bagi Kementerian Kewangan, iaitu peruntukan tertinggi daripada keseluruhan peruntukan tambahan itu. 


Peruntukan bagi Kementerian Kewangan itu bertujuan menampung pembayaran tuntutan subsidi barangan petroleum untuk tahun ini (RM5.6 bilion), menampung pembayaran subsidi bagi pengecualian bil elektrik bulanan bagi penggunaan RM20 dan ke bawah (RM150 juta), menampung kos menjalankan program latihan kemahiran di seluruh negara (RM100 juta).

Menampung dana jaminan untuk pembeli rumah kali pertama di bawah Skim Rumah Pertamaku (RM100 juta) dan menampung kos program latihan dan kemahiran untuk Multimedia Development Corporation (MDeC) bagi melatih graduan dalam bidang ICT (RM50 juta).

Sejumlah RM1.5 bilion diperuntukkan kepada Kementerian Pelajaran manakala RM1 bilion diperuntukkan kepada Kementerian Kesihatan.

Selain itu, peruntukan tambahan sebanyak RM11.3 juta dikehendaki untuk membiayai kerja-kerja penyelenggaraan bangunan Parlimen.


Urmm kita harap bajet tambahan ini benar2 digunakan untuk pembangunan negara dan rakyat. Janganlah kes seperti email 1malaysia, portal rm1.4juta dan facebook rm1.8juta wujud lagi.

Sozcyili : bajet dah habis ke?

Tiada ulasan