t>

Breaking News

Had Operasi kedai hiburan : PAS betul, DAP dan MCA kena tolak-ansur.

Tindakan kerajaan Kedah di bawah pimpinan Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak mengeluarkan arahan bertulis mengarahkan semua pusat hiburan di negeri itu menghentikan operasinya pada Ramadan ini adalah satu tindakan yang betul.

Ikatan Muslimin Malaysia (Isma) menyokong penuh tindakan tersebut kerana ia menguatkuasakan undang-undang yang telah sedia ada iaitu Enakmen Hiburan dan Tempat-tempat Hiburan 1997 yang perlu dihormati oleh setiap rakyat tanpa mengira kaum.

“Tindakan Datuk Seri Azizan adalah satu tindakan yang betul kerana ia berdasarkan undang-undang. Oleh itu, Isma menyokong tindakan beliau dan tidak timbul isu ia perlu dirunding semula,” kata presidennya, Ustaz Abdullah Zaik Abdul Rahman dalam satu kenyataan.

Katanya, sebagai menghormati bulan Ramadan yang mulia, pihak pengusaha pusat hiburan perlu mematuhi arahan tersebut walaupun sepatutnya aktiviti maksiat diharamkan bukan sahaja pada bulan Ramadan semata-mata.

“Bulan Ramadan adalah bulan yang mulia bagi umat Islam, maka ia perlu dihormati dengan menghentikan aktiviti hiburan dan maksiat. Ia bukan sahaja patut diharamkan pada bulan ini, malah sepanjang tahun,” katanya.

Tambahnya, Isma juga berpendapat bahawa langkah yang diambil oleh pihak kerajaan negeri amat sesuai dengan imej Malaysia sebagai negara Islam.

Mengulas berkenaan tuntutan pihak DAP yang mahu perkara itu dirunding semula, Abdullah menyatakan bahawa tindakan melaksanakan undang-undang dan menegakkan syiar Islam tidak perlu dirunding sebaliknya harus dihormati oleh semua pihak.

Merujuk kepada kenyataan MCA pula, Abdullah mahu MCA menerima hakikat bahawa Malaysia adalah negara Islam yang merdeka dan memiliki undang-undang sendiri.

“MCA perlu terima hakikat bahawa Malaysia adalah negara Islam yang merdeka dan ada undang-undang sendiri. Jadi, tidak perlu merujuk kepada mana-mana norma asing seperti deklarasi hak asasi manusia atau sebagainya,” jelas beliau.
Ini ialah satu tindakan yang tepat sekali. PAS bukan suka2 nak kurangkan waktu operasi pemilik perniagaan hiburan kalau tidak bersebab. Beberapa banyak kali terjadi di mana budak2 islam neh menjadikan operasi perniagaan untuk berbuat maksiat. Mereka makan di dalam kedai. Mereka buat maksiat di dalam kedai. Mereka minum arak sambil main game. Dan macam2 lagi aktiviti tidak sihat mereka di dalam kedai2 hiburan neh.

Manakala pemilik perniagaan dan pekerja2 pula membiarkan sahaja budak2 islam neh berbuat sesuka ahti mereka atas alasan tiada peruntukan dan undang2 untuk mereka menjaga dan mengawal moral budak2 islam. Memang betul akidah budak2 islam neh sepatutnya mereka budak2 islam neh sendiri jaga dan kawal, bukan tanggungjawab orang bukan islam pun. Tetapi dengan membiarkan mereka [budak2 islam] berbuat sesuka ahti di dalam premis perniagaan mereka, seolah2 mereka, para peniaga seperti mengalakkan lagi budak2 islam neh untuk rosak dan hanyut pada bulan puasa [khususnya].

Jadi disebabkan itulah kerajaan negeri kena ikut campur. Malam2 patutnya di habiskan utk terawih tetapi mereka budak2 islam neh suka melepak di snooker lah, pusat judi lah, pusat karoaoke lah dan macam2 lagi. Andai pemilik perniagaan boleh menjamin bahawa umat islam tidak akan diberikan keizinan untuk masuk ke premis perniagaan mereka, mungkin kerajaan negeri kedah boleh menimbang semula waktu operasi perniagaan mereka. 

Ia memerlukan hubungan dua hala untuk bertolak ansur. Bukan lah kerajaan negeri kedah nak menjejaskan rezeki sesiapa, tetapi apa guna hidup mewah berbekal duit orang islam? Tidak salah mereka berniaga tetapi biarlah hasil dari duit orang bukan islam yang berhibur. Jangan lah mengajak orang islam berhibur kerana perkara2 seperti itu haram buat orang islam. Mungkin ramai yang tidak tahu bahawa ia haram kepada umat islam tetapi diharapkan selepas penjelasan neh mereka faham bahawa umat islam memang haram mendekati tempat2 hiburan yang memaksiatkan. 

Belajar lah untuk bertolak ansur dan memahami umat islam!

Sozcyili : Kedah sejahtera di bawah islam

Tiada ulasan