t>

Breaking News

Berita harian bagi baucar menipu ke?

Lihat bawah neh ;


Aku bukan membuat tuduhan ataupun memperkecilkan niat baik berita harian neh. Sebaliknya sebagai pengguna aku berhak mengelobratekan persepsi aku terhadap baucar tawaran neh. Bagi aku baucar tawaran neh menjurus kepada pemanipulasian.

1. Lokasi yang boleh ditebus ialah carrefour. Tempat yang tiada carrefour tak boleh larh tebus ye. Hahaha..

2. Barang yang boleh ditebus ialah tv 42" brand korea. Hhahaha.. taknak sebut nama brand selalu nya sebab ia tiada brand. Contohnya kalau LG dan SAMSUNG buat offer menarik macam neh mereka akan masukkan nama brand. Sebab apa? Itu strategi pemasaran. Sesuatu benda yang mereka offer, mereka nak raih balik dalam bentuk pengiklanan. Di sini kita panggil marketing. Contohnya begini ;

FULL HD SAMSUNG memberikan offer rebet rm400 ! 

Ada dua benda yang BH dan Samsung akan dapat sini ;

- Orang yang nampak offer neh akan beli BH sebab nampak offer menarik dari samsung. Antara jenama yang boleh di anggap ada jenama bagi barangan elektrik. [Tidak digalakkan beli tv hd jenama neh].

- Samsung dapat free iklan, yakni orang akan fikir bahawa samsung neh wow.. selalu ada offer, barangan dia murah dan akan meraih pelanggan disini.

3. Selalunya begitulah kalau barangan elektrik berjenama neh buat offer. Tapi boleh juga jadi bahawa berita harian tidak meletakkan nama jenama atas sebab ;

- Barangan yang ditawarkan tue bercampur2 jenama dari korea. Ada samsung, ada LG dan ada yang tiada jenama.Ikut nasib kot. Siapa cepat dia dapat.

- Carrefour belum finalisekan lagi jenama korea mana yang mahu diberikan tawaran murah..andai boleh di anggap sebagai "murah" disini.

4. Harga yang ditawarkan pula tiada lah semurah mana, andai dia benar2 menawarkan brand korea tue. Lihat ke dalam sikit ;

Harga tv brand korea : 1,999 = 2,000. Faham maksud pengenapan disini.

Baucar tunai : rm400

Harga tawaran : rm2,000 - rm400 = rm1,600

Perhatikan keyword syarat dan peraturan disini.  Adakah harga neh termasuk kos penghantaran dan pemasangan? Bagaimana pula dengan tempoh warranti? 

Lagipun setahu aku tv lcd tiada jenama memang rate dalam rm1,200 ke atas. Even 42". Tapi tak boleh tengok video larh. Member ada beli tapi bukan larh 42". Dia beli 32". Brand apa tah. Dia beli memang murah tapi takde full function baik takpayah. Buang duit je.

Bagi aku untuk barangan elektrik tak salah kita dapatkan yang terbaik dan bersesuaian dengan harga serta kemampuan dan penggunaan sebab nak pakai lama. Bukan hari2 nak ganti baru kan?

Lagi satu untuk pengetahuan korang, kalau nak beli tv jenama samsung neh tak berapa tepat bagi tv2 hd neh. Kalau nak beli biarlah beli brand sony ka, panasonic ka, sharp ka.. yang itu memang jenama yang boleh dipercayai. Aku sendiri guna brand panasonic. Selesa dengan brand tue.

Mak aku pernah beli flat tv brand samsung. Siyes cakap setahun belum rosak sudah. Gambar dah lari2. Teruk. Dan ramai gak member2 komplain pasal brand samsung neh. Aku takde penilaian sendiri pasal samsung sebab tak pernah guna langsung brand neh kecuali telefon samsung. Itupun sekejap je. Hhahaha..

Apa pun jadi lah pengguna yang bijak. Duit anda, anda tentukan.

Sozcyili : Jangan tipu2..