t>

Breaking News

Betul ke Anwar Ibrahim tunduk kepada IMF ketika krisis kewangan 1997?

Selalu baca hujah dari rakan2 umno bahawa antara punca anwar ibrahim ditolak oleh mereka ialah disebabkan anwar ibrahim cuba menjual negara kepada bank dunia iaitu IMF ketika krisis kegawatan ekonomi 1997 - 2000.

Adakah perkara ini benar dan berpaksi kepada sebuah fakta? Apa kata kita baca jawapan dari Anwar Ibrahim di bawah neh terlebih dahulu ;


Azmin Ali bangun dalam Parlimen untuk mendapatkan penjelasan dari YB Dato' Seri Anwar Ibrahim berhubung dakwaan pemimpin UMNO bahawa beliau tunduk kepada IMF / World Bank ketika negara menghadapi krisis kewangan pada tahun 1997 / 1998.

Dakwaan UMNO disanggah oleh Ketua Pembangkang dengan tegas dan berfakta. Menurut Anwar, ketika beliau menjadi Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Bank Dunia, agenda utama ialah mendapatkan kelulusan negara-negara anggota termasuk Eropah dan Amerika Syarikat untuk menghapuskan hutang negara-negara miskin.

Tindakan ini dapat meringankan beban hutang negara-negara miskin yang turut gawat akibat krisis kewangan.

Ekonomi negara yang turut diserang menyebabkan institusi-institusi kewangan lemas dan ringgit semakin lemah. Dalam suasana krisis kewangan pada ketika itu, Article 4 mengkehendaki rundingan diadakan.

Dato' Seri Anwar Ibrahim menegaskan bahawa di sepanjang tempoh beliau menjadi Menteri Kewangan khususnya ketika mengurus krisis kewangan negara pada tahun 1997, beliau TIDAK PERNAH meminta "rescue package" daripada IMF / World Bank. Anwar mencabar pemimpin UMNO yang membuat tuduhan supaya menyemak rekod dengan Perbendaharaan dan Bank Negara.

Dato' Seri Anwar turut menjelaskan bahawa beliau mengambil initiatif menubuhkan Dana Harta dan Dana Modal untuk menjamin ketelusan dalam membantu syarikat-syarikat tempatan yang menghadapi krisis kewangan pada ketika itu.

Ketua Pembangkang turut mendedahkan bahawa pada tahun 1993, beliau selaku Menteri Kewangan telah menulis surat kepada Bank Dunia untuk memberhentikan pinjaman dari Bank Dunia. Kedudukan ekonomi ketika itu di bawah pengurusan beliau amat kukuh dan tidak memerlukan pinjaman dari Bank Dunia. Malahan, Anwar turut memulakan pendekatan "pre-payment" untuk pinjaman yang dibuat sebelumnya dari Bank Dunia.

 Kalau ikut dari jawapan anwar ibrahim neh, dari apa yang aku faham ialah ;

1. Malaysia memang dah pernah pinjam dengan IMF sebelum dsai jadi menteri.

2. Dan pinjaman itu dihentikan pada tahun 1993 selepas dsai jadi menteri.

3. Dan pembayaran balik secara berterusan kepada imf dilakukan sejak itu. 

Jadi, pemimpin mana pula yang pinjam dengan IMF sebelum neh? Kenapa pemimpin tersebut tidak dipersoalkan dan dipersalahkan sebagai menjual negara? Hurmm.. hairan2. Pelik betul lah.

Sozcyili : A yang buat, B yang kena, tapi lebih pelik A buat takpe, B walaupun tak buat tetap dipersalahkan. Hhahahah.. hairan2.