t>

Breaking News

Kartun hina malaysia dan provokasi melampau penyokong Indonesia menjelang final.

Kesian pasukan negara kita yang menyertai pertandingan acara sukan SEA ke-26 yang berlangsung di Indonesia. Dorang macam pergi berperang. Padahal ini cuma satu pertandingan sukan je. Pertandingan yang sepatutnya untuk menguji siapa yang lebih pandai bersukan sambil berseronok2 dan dapat mengukir nama di arena sukan. 

Tetapi penyokong / rakyat Indonesia nampaknya menukarkan acara sukan SEA ke-26 kepada sebuah medan peperangan. Maknanya apa sahaja acara yang malaysia sertai, mereka akan provoke habis-habisan. Tak dapat melalui mulut, mereka balas melalui perbuatan, tak dapat melalui perbuatan mereka balas melalui facebook dan twitter. 

Begitu kuatnya semangat kebencian mereka terhadap rakyat Malaysia seolah2 Malaysia neh bagai musuh abadi jauh mengalahkan kebencian mereka terhadap Israel. Pembunuh islam no 1 di dunia. 

Peh.

Bila membaca luahan beberapa peneman kontijen negara di facebook, nampak sangat bahawa atlet kita tertekan dengan situasi di negara tersebut. Mereka mendapat layanan yang buruk dan dasat walau dalam apa2 acara sekalipun. Walaupun tiada pasukan Indonesia yang menyertai acara tue, asal ada pasukan Malaysia jek, mereka sanggup tonton semata2 nak booo + provoke. Gila betul.

Baca pula bawah neh ;

Datuk Naim Mohamad mahu media Malaysia menutup sebelah mata di atas kelemahan tuan rumah, sebaliknya memberi tumpuan kepada memartabatkan sukan di Asia Tenggara.Namun jelas Shabery dan Naim, dan mungkin juga ramai lagi pegawai serta rakyat Malaysia yang berada di Jakarta terutamanya, tertipu dengan slogan tuan rumah itu. 
Atau mungkin juga sebahagian besar penduduk kota Jakarta sendiri yang tidak memahaminya.Buktinya, di Stadium Gelora Bung Karno, Pusat Bowling Jaya Ancol, Velodrom Rawamangun, Dewan Taekwondo Cibubur - nama Malaysia seakan jijik buat penyokong tempatan yang begitu bersatu dan bangkit mengejek atlit negara dan lagu Negaraku. 

Paling meloyakan, kartun dalam sebuah akhbar tempatan pada hari perlawanan Malaysia-Indonesia di peringkat kumpulan yang menampilkan pemain Malaysia seperti banduan dan lanun dengan isu perebutan wilayah antara punca tohmahan berkenaan. 

Provokasi di Gelora Bung Karno yang sudah basi dan tidak mampu mempengaruhi mental pemain negara, dijangka akan lebih bingit dan menyakitkan telinga dengan misi membalas dendam serta mengubat ‘sakit hati yang mendalam’ (seperti dikatakan peminat dalam satu temubual radio tempatan) terhadap Malaysia akibat kekalahan di Piala AFF Suzuki tahun lalu. 

Menurut rakan wartawan yang pernah membuat liputan Sukan SEA di hampir semua negara di rantau Asia Tenggara ini, Sukan SEA di Jakarta antara yang paling teruk – terutama dalam sambutan rakyatnya terhadap kontinjen Malaysia.  
Kontinjen Malaysia yang hadir ke bumi Jakarta seolah-olah musuh ketat yang cuba dimalukan dan dimusnahkan. Bagi penyokong Indonesia, biar mereka tidak dapat emas asalkan bukan Malaysia yang memperolehnya.


Teruk betul pemikiran penyokong Indonesia neh. Pasal sukan pun nak sakit ahti dan berdendam? Kalau dah di ikutkan, Malaysia dah kalah banyak kali tapi still steady jek. Biasalah. Kita faham, kalah menang itu adat beb. Nama pun pertandingan. Nak expect apa lagi?

Malam neh akan berlangsung perlawanan akhir acara bola sepak Indonesia melawan Malaysia. Mesti mereka akan melakukan provokasi yang melampau2 terhadap pasukan kita. Dan apa yang lebih memalukan, yahoo news turut melakukan provokasi yang sama.

Lihat bawah neh ;


Petikan berita dari sinarharian. Lihat sini bagi bacaan penuh. Susah nak percaya yang yahoo news mendapat informasi yang salah berhubung perkara neh. Melainkan mereka sengaja melakukan provokasi melampau di media online. Senang cakap, saja cari pasal.

Beberapa ugutan dah pun tersebar di facebook. Ada yang sanggup tawarkan diri untuk koyak baju pemain. Ada yang nak bakar bendera. Dan lebih teruk ada yang mencabar pasukan negara berjalan di tengah2 penyokong Indonesia. Bodoh ka apa? Takan sengaja nak dibantaikan oleh penyokong Indonesia plak? Bengap tak sudah.

Dan tekanan yang paling teruk tentulah dirasai oleh pemain2 muda bawah 23 tahun, skuad bola sepak negara kita. Mereka sudah tentu tertekan untuk membawa kemenangan kepada negara sekaligus mematikan ego pasukan lawan yang tidak henti2 memandang rendah kepada Malaysia. Rakyat Malaysia juga mahukan kemenangan bagi mengajar ego penyokong yang suka bertindak kurang ajar atas setiap perkara yang membabitkan Malaysia.

Tetapi biarlah apa jua keputusan yang bakal berlaku, kita belajar terima dengan tenang. Dan sememangnya selalunya kita memang belajar terima dengan tenang pun. Yang tidak tenang itu Indonesia. Kalah pun bising. Menang pun bising. 

Tetapi yang penting sekarang bukan keputusan perlawanan. Yang penting sekarang ialah keselamatan pemain2 kita. Bimbang juga ada yang disepak dan diteranjang oleh pemain2 Indonesia. Silap2 hari bulan mereka baling bom. Jangan dibuat main2. Mereka sanggup buat apa sahaja bagi menghancurkan Malaysia. Oleh itu, mari kita sama2 doakan agar pasukan kita selamat pergi dan pulang meskipun perlu dilindungi oleh baracuda!

Sozcyili : Musuh.