Kenapa kristian, buddha, hindu gesa muslim jangan sembelih lembu.

Kepala hotak AmenoWorld on Sunday, November 6, 2011

Aku tak tahu punca kesakitan orang bukan islam terhadap islam. Walaupun aku pernah cuba dan berterusan untuk cuba faham tapi aku masih gagal faham apa benda yang menyebabkan mereka sakit ahti sangat pada orang islam?

Terbaru persatuan kristian + hindu + buddha + tao + sikh = MCCBCHST melakukan gesaan agar tiada lagi upacara penyembelihan lembu dilakukan di kawasan awam dan sekolah. 

Peh.

Marah betul dorang dengan islam. Adakah ia kerana kami antara gerakan yang terang2an membantah seksualiti merdeka? Jadi ini balas dendam? <-- Tanya.

Aku takde niat nak marah depa. Aku rasa marah bukan ubat yang baik buat depa. Aku percaya depa ada pelali marah. Depa dah biasa kena marah so depa dah imune dengan virus tersebut. So tak payahlah nak marah2. Punca mereka buat gesaan neh adalah atas alasan penganut hindu menganggap lembu ialah binatang suci dalam kepercayaan mereka. So mereka tak boleh makan lembu. Macam orang islam tak boleh makan babi dan pelbagai makanan yang datang dari sumber haram. 

Lihat bawah neh ;


Sebenarnya kekurangan kita ialah perpaduan dan tolenrasi. Kelebihan kita pula ialah salah faham. Kita cepat salah faham tapi cukup lambat untuk saling bertolenrasi dan berpadu. Ramai orang bukan islam tidak faham istilah agama rasmi di dalam perlembagaan malaysia. Islam telah diiktirafkan sebagai agama rasmi di malaysia. Yakni apa2 juga upacara / ibadat / ibadah / sambutan yang berkaitan islam tiada batasan tempat, hari apatah lagi masa.

Tetapi islam itu indah. Telah diberi peringatan oleh Allah swt agar jangan sesekali kami menyakiti dan merebut hak2 orang bukan islam. Ini bererti kepentingan dan hak orang bukan islam rupanya turut dijaga rapi oleh Allah swt.

Dalam kes neh, mengikut peraturan, kami tidak bersalah apabila menyembelih lembu di tempat awam dan sekolah asalkan kami tidak memaksa orang hindu menyembelihnya,melihatnya, menyembelih di kawasan persendirian yang dimiliki oleh orang hindu, sembelih di depan kuil, dalam kuil, atau melakukan penyembelihan ketika sesi persekolah sedang berjalan.

Nah.

Ini dasar tolenrasi kami. Kami sudah pelihara hak2 kamu. Ada sesetengah sekolah adakan sambutan deepavali untuk sesama hindu. Bukan sekolah tamil. Tapi sekolah kebangsaan. Ini dasar tolenrasi. Ia disambut oleh persatuan tamil. Pernah kami kata hey u jangan sambut deepavali u tahu kah ini sekolah? Semua orang anut hindu kah? Takde. Kita tak buat. Kita malahan hormat.

Ada perayaan hindu seperti thaipusam dan yang berjalan2 sampai tengah malam atas jalan raya. Kat teluk intan selalu ada benda neh. Kita bila tiba hari itu akan ahti2 bawa kereta. Kita tidak hon ataupun marah mereka. Kenapa? Kita faham. Kita hormat. Itu upacara dan ritual mereka. 

Kita masing2 ada agama kita. Kita masing2 ada budaya yang berbeza.  Tak mungkin sampai bila2 pun kita boleh menjadi sama. Tapi satu benda yang mungkin dan kita boleh buat ialah bertolenrasi. Kita boleh buka peluang kepada diri masing2 untuk saling memahami. Janganlah. Jangan lagi menyakitkan ahti sesama kita. 

Daripada kita buang masa fikir benda yang sebenarnya takde effect apa pun lebih baik kita tumpu pemikiran kita kepada permasalahan yang lebih besar lagi. Ada banyak perkara yang perlukan akal kita untuk kita tanggani. Jangan jadikan isu neh sebahagian dari perkara2 tersebut. Ia merendahkan mentaliti kita sebenarnya.

Sozcyili : Tolenrasi perlukan usaha dari semua pihak.
 

Followers

Readers