t>

Breaking News

Luahan Hati seorang Gay.

First, tolong jangan kecam julian. Dia bercakap berdasarkan kepada apa yang dia rasa. Andai korang mahu membalas maka tulislah dengan santun.

Salam. Aku adalah seorang lelaki gay. Aku mengundi, membayar cukai, dan mempunyai pekerjaan profesional di dalam sebuah akhbar tempatan.

Aku mempunyai ramai kawan2 heteroseks dan ahli keluarga yang menyokong saya secara emosi. Aku tidak memilih untuk menjadi gay, ianya semulajadi. Bukan salah siapa. Dan most importantly, bukan seperti yang disangka: aku tidak merogol, mendera kanak-kanak secara seksual, ataupun menyakiti sebarang orang lain dengan perkara yang tidak senonoh.


Aku merupakan lelaki tipikal, berpakaian seperti seorang lelaki, pergi gim etc. Gay bukannya bererti aku berpakaian macam perempuan etc. Aku tidak bercakap secara menjengkelkan di publik. Aku seperti kamu semua.


Hanya kebetulan sahaja aku ada boyfriend, bukannya girlfriend, until 2 tahun berturut2 dah.


Yang paling penting, ada jugak orang Malaysia (Melayu, Cina, dll) yang menghormati diriku sebenar... Mereka terdiri daripada lawyer2, penulis, orang yang professional dan BERPENDIDIKAN.


Aku tidak menzalimi orang lain. Jadi mengapa perlu menzalimi aku, seorang warganegara Malaysia, hanya kerana aku tidak seperti kamu semua? Perlukah menzalimi beratus-ribu orang Malaysia yang dilahirkan dengan seksualiti alternatif?


Julian,

Aku pun ada kawan gay. Kawan aku itu pun tidak menganggu sesiapa. Walaupun dia gay tetapi dia tidak terbuka mengakui kepada mereka2 di luar sana bahawa dia ialah gay. Bagi pandangan aku ialah seorang gay muslim tidak patut dan tidak perlu mengakui bahawa mereka seorang gay kepada umum. Itu kalau mereka muslim. 

Kalau non-muslim aku berpendapat bahawa hak mereka untuk mengakui gay tetapi tidak boleh sesekali mendorong sesiapa mengamalkan seks dalam apa jua cara / kaedah, menuntut pengiktirafan perkahwinan, dan lain2 perkara yang berkaitan dengan kehidupan seorang gay.

Sudah tentu ada sebab kenapa seorang lelaki berpasangan dengan seorang perempuan. Itu adalah perkara yang normal. Seperti magnet. Dua mode berbeza akan tertarik. Apabila seorang lelaki berpasangan dengan lelaki itu aneh. Jadi mentaliti masyarakat melihat perkara itu aneh tidak seharusnya menjadi persoalan sebab perkara itu sendiri sememangnya aneh.

Harap julian faham. Bagi saya seorang gay harus dihormati selagi mereka tidak mempunyai matlamat seperti menuntut hak gay dihormati, menuntut perkahwinan sejenis, mengamalkan seks songsang, berniat mengubah perlembagaan agar golongan gay dibela, terlibat dalam sebarang urusan pentadbiran negara yang menentukan dasar2 dan polisi2 negara bagi membuat keputusan yang dibuat berpihak kepada golongan seperti anda.

Bayangkan kepada generasi akan datang. Apa akan terjadi andai gay dan lain2 seksual neh dibiarkan berleluasa? Ini ialah budaya negatif. Perkembangan neh ialah tidak sihat kepada persekitaran masyarakat. Sebab ia akan mempengaruhi pelbagai aspek kehidupan dan mengacaubilaukan institusi kekeluargaan. 

Anda mungkin rasa marah. Tetapi anda kena belajar terima.Perkara neh ialah perkara yang negatif. Ya sudah tentu kami tidak seharusnya mengecam dan melabel anda. Tetapi saya berpendapat golongan seperti anda perlu diubati agar mengenalpasti kenapa anda ada kecenderungan nafsu yang sedemikian.

Apa pun bagi saya selagi gay itu duduk diam2 ia tidak menjadi masalah buat saya. Sebab itu saya boleh berkawan dengan gay. Tetapi jika mereka menuntut agar masyarakat menerima apa yang mereka bawakan itu tidak patut berlaku. Kita sudah bear dengan diri mereka yang bersikap "pelik". Takan nak kita bear dengan menganggap bahawa perlakuan itu normal dan patut diterima oleh masyarakat malaysia?

Sozcyili : Masih mampu mengubah.