t>

Breaking News

Selangor dapat internet percuma tahun depan!

Wahhh.. 

Seronoknya duduk di Selangor. 

Baca antara petikan khalid Ibrahim di bawah neh ;
Selain itu, beliau berkata kerajaan Selangor akan menyediakan perkhidmatan Wi-fi dan Broadband di seluruh negeri pada tahun hadapan yang merangkumi kawasan bandar dan luar bandar secara percuma.
Katanya tujuan penyediaan mekanisma perhubungan ini akan membukaan minda rakyat dengan informasi yang benar memberikan ruang kepada semua pihak mengemukakan idea baru dan tidak terkongkong dengan propaganda Umno- BN, ujar beliau lagi.
“Kerajaan Selangor juga harus memberikan komputer percuma kepada golongan belia dan memberikan kursus dalam bidang ini untuk menguasai informasi dan teknologi terkini dalam dan luar negara,” katanya.
Di bawah cadangan ini, semua pihak termasuk pimpinan negeri dan masyarakat perlu membuat satu perbincangan dan dialog terbuka setiap minggu bermula tahun hadapan diseluruh 56 Dun Selangor agar maklum balas dan suara hati rakyat dapat di dengar dan dasar kerajaan dapat diperjelaskan.

Percuma. Baca baik2. 

PERCUMA.

Wahh.. bestnya. Kalau percuma makna nya tak perlu lah susah payah nak langgan internet lagi. Ini salah satu kaedah menjimatkan wang rakyat dan penjimatan tersebut boleh digunakan untuk perbelanjaan yang lain.

Hermm bila lah perak nak buat macam neh ek? Kalau tak dapat percuma pun takpe. Janji dapat kurangkan bil internet dan tambahkan kelajuan pindahan data. Yelah.. di negara2 maju even banding dengan thailand pun charge internet bulanan di malaysia boleh dikategorikan sebagai MAHAL. 

Kalau bil bulanan dapat dimurahkan sikit rasanya tak rugi kowt syarikat penyedia perkhidmatan internet neh ye tak?

Sozcyili : Tahniah rakyat selangor.. makin ke depan.. hahaha..