t>

Breaking News

Susu 1malaysia beracun? Lagi murid sekolah keracunan angkara susu.


Kuala Nerang: Seramai 24 murid Sekolah Kebangsaan Seri Bakti, Padang Terap di sini yang mengalami sakit perut, cirit-birit dan muntah dipercayai keracunan makanan dikejarkan ke Hospital Kuala Nerang, hari ini.

Kejadian membabitkan 16 murid perempuan dan lapan lelaki dari Tahun Dua hingga Tahun Lima yang mengadu mengalami simptom itu selepas minum susu kotak di sekolah mereka pagi ini.

Pengarah Pelajaran Kedah Mansor Lat berkata, sehingga 1.30 tengah hari tadi, lapan orang iaitu empat lelaki dan empat perempuan masih ditahan di wad, manakala yang lain sudah dibenarkan pulang.

"Keadaan lapan murid terbabit adalah stabil," katanya ketika dihubungi, di sini.

Beliau berkata, mereka mula mengalamai keadaan itu kira-kira 9.15 pagi, iaitu selepas sejam setengah meminum susu kotak berkenaan.

"Jabatan Pelajaran masih menyiasat kejadian itu, manakala susu yang dibekalkan pula masih baru dan belum sampai tarikh luput," katanya.

Pengarah Kesihatan Kedah, Dr Ismail Abu Taat, ketika dihubungi, berkata pihaknya sudah mengambil sampel susu tersebut untuk ujian.

"Kita tidak menolak keracunan dialami pelajar terbabit berpunca dari susu kotak yang mereka minum. Kebanyakan pelajar itu mengalami sakit perut, cirit-birit dan muntah," katanya. - BERNAMA


Petikan neh tidak menyebut nama susu yang dimaksudkan. Sedangkan kita sudah sedia tahu bahawa susu kotak yang dibekalkan ke sekolah ialah susu 1malaysia. Kes keracunan yang melibatkan susu 1malaysia bukanlah perkara baru. Beberapa pakar pernah mengulas bahawa susu neh beracun tetapi dinafikan oleh muhyiddin yassin individu yang bertanggungjawab dalam projek susu 1malaysia selaku menteri pendidikan. 

Penafian muhyiddin tidak dibantu oleh mana2 pakar kesihatan kecuali majlis agama islam di bawah jamil khir memberikan penjelasan bahawa susu satu malaysia halal walaupun di import dari korea. Persoalan nya sekarang sampai bila kes keracunan susu neh akan berakhir? Adakah sehingga melibatkan kematian baru lah muhyiddin nak mengelabah sakan? Dinasihatkan, jauhkanlah anak2 anda dari susu 1malaysia sebelum ada yang mati angkaranya. Lebih baik boikot dari minum barangan percuma yang menjejaskan kesihatan anak anda.

Sozcyili : Apa salahnya siasat pembekal susu 1malaysia tue? Mungkin mereka bermasalah.. ataupun ada saham tpm dalam syarikat pembekal macam shahrizat juga? Herm..