t>

Breaking News

Blog mempromosikan pelacur melayu untuk melayu ke neh?

Lihat dulu gambar2 gadis cantik di bawah neh ;







Cantik2 kan mereka semua neh? Tapi apa kaitan gambar gadis2 neh dengan blog pelacur melayu agaknya? Apa sebab gambar2 mereka neh terpampang di dalam blog lucah dan penuh dengan kepornoan melampau? Adakah mereka neh buat part time job sebagai pelacur atau apa?

Hah..

Ini baru sebilangan kecil. Yang sebenarnya ada banyak lagi di dalam blog terbabit. Pheiewww.. tapi kenapa? 

Sebenarnya gambar2 di atas neh telah dicuri!

Di ulangi,

TELAH DICURI.

Gambar2 gadis cantik neh dan banyak lagi telah menjadi MANGSA kepada satu blog lucah amat. Macam mana aku tahu? Adakah aku pelayar blog lucah? Hheheh.. ya. Betul. Baru sekejap neh keluar dari blog lucah setelah mendapat informasi melalui email. Terpaksa masuk, godek, siasat dan baca apa2 yang dia tulis disitu. 

Memang keji gila perbuatan neh. Mereka suka curi bukan hanya gambar2 yang seksi, gambar2 yang bertudung pun depa curi gak. Banyak yang dicuri melalui fb dan twitter. Lepas tue share di blog untuk tatapan orang yang gila seks.

Selalu kes macam neh, ramai orang suka salahkan perempuan yang upload gambar di fb. Kata mereka perempuan2 neh saja nak tayang kecantikkan lah.. nak pikat lelaki lah.. apa lah. Laarrr.. fb dia, dia punya pasal lah. Janji dia tak upload gambar2 seksi or mengarut. 

Walaupun ada perempuan yang upload gambar2 seksi sekalipun, si pemblog tersebut tak sepatutnya curi gambar2 neh dan jadikan ia modal untuk melucah bagai. Apatah lagi "membayangkan" seolah2 depa neh pelacur. 

Walaupun tak cakap, tapi aku percaya si pengirim email neh samada dia dah terkena or ada kekawan dia yang dah terkena. Sapa yang tak sakit ahti andai gambar digunakan untuk perkara2 yang macam neh? 

Risau juga andai ada yang tersalah tafsir bahawa depa2 neh ialah pelacur.. almaklumlah blog lucah. Nak anggap apa lagi kan? Manalah tahu dek disebabkan neh, boleh timbul  masalah yang lain pula. Silap2 orang rogol dia tengah jalan bila dah hari2 tengok dalam blog. Pun bahaya juga. 

Ada baiknya anda set privacy gambar2 anda. Biar hanya rakan2 yang dipercayai je boleh melihat ia. Dan kalau boleh approve je orang yang anda betul2 kenal dan percaya. Langkah terakhir yang boleh dibuat ialah report pada SKMM. 

Aku akan menghantar posting neh sebagai email kepada SKMM berserta alamat blog terbabit. Kalau korang nak komplain pun okey. Aku takan dedahkan alamat blog tue disini. Kang ada pula yang buat modal melucah. Kalau ada gadis2 yang nak tahu adakah gambar2 depa termasuk sekali boleh contact aku. Untuk rekod koleksi gambar gadis2 yang dicuri dalam fb memang siyes banyak. Ataupun kalau ada yang tahu bahawa gambar2 anda digunakan untuk tujuan neh, jom sama2 report kat SKMM. 

Sozcyili : Apa pun tak boleh lah depa neh.. ada je modal bersangap.