OT Amah Indonesia sehari RM27 rupanya..

Peh.

Demand sungguh mereka-mereka itu. Nak tergelak aku baca statement terbaru kat bawah neh. Baca sendiri beb ;


Oke,

Semalam sapa tengok berita mesti ada dengar statement menteri kan? Menteri kita cakap ;

1. Statement dari kerajaan indonesia mengelirukan.

2. MOU yang telah ditandatangani bersama tidak memperincikan apa yang telah disebutkan oleh kerajaan indonesia.

3. Mereka akan berbincang semula dengan pihak di sana.

Tapi menurut berita kat atas neh, orang sana pun rujuk MOU juga untuk buat statement. Ada dua MOU yang berbeza-beza kah? Mula2 mereka dibayar rm700 sebulan untuk satu jenis kerja jek. Dan kini jika mereka berkerja untuk hari cuti [untuk satu jenis tugas jek pun] mereka akan dibayar rm27 sehari. 

Ada juga yang mempersoalkan adakah kerajaan indonesia mengenakan syarat yang sama terhadap negara2 lain yang mengimport amah dari indonesia ataupun hanya malaysia jek yang dapat syarat2 macam neh? 

Sekarang neh yang aku tengok, kerajaan indonesia semakin besar kepala. Menteri malaysia pulak tak boleh nak direct cakap yes or no but dia hanya cakap ianya mengelirukan. Jangan2 dia yang tak faham MOU sebelum sign kot? 

Apa pun cadangan neh [yeke cadangan? dah sign MOU konon nya] tidak boleh dan tidak patut dilaksanakan. Elok boikot amah dari indonesia. Cari jek orang lain. Banyak ragam betul dorang tue.

Walaupun tak dapat dinafikan ada majikan2 yang jahat tapi kalau dibandingkan dengan amah2 yang jahat peratusan amah2 yang jahat lagi tinggi. Dan harus di ingat, majikan yang kejam neh peringkat minoriti, bukan majoriti pun. Kadang2 some of them [amah] memang layak pun kena marah sebab PEMALAS dan SUKA SKIP KERJA. Yang tak tahan tue siap ada yang LARI dan MENCURI. 

Banyak terdengar runggutan rakan2 especially my ex boss, pasal amah neh siyes. Tapi macam biasalah, bab2 yang malaysia jahat jek media indonesia keluarkan.  Tang jahat dia, haram nak tulis. Berat sebelah. Say no to amah indonesia guys. Cari alternatif lain kalau sungguh syarat2 neh dilaksanakan kelak.

Sozcyili : Rakyat malaysia sendiri kena bersaing kerja dengan indonesia..  huh.

Share this :

Previous
Next Post »