Kenapa ceramah Ustaz Azhar Idrus batal ?

Kepala hotak AmenoWorld on Monday, May 21, 2012

Jakim.


Ya jakim memainkan peranan penting dalam isu neh. Kita dimaklumkan bahawa jakim telah menarik balik tauliah dari ustaz azhar idrus untuk berceramah di PICC, putrajaya convention centre. Pada mulanya mereka cakap ia cuma ditangguhkan ke satu tarikh yang sesuai. 

Sebab2 penangguhan dibuat kerana ia serentak dengan satu program anjuran kerajaan pusat. Dibimbangi program anjuran kerajaan pusat tidak akan mendapat sambutan hangat berikutan ustaz azhar idrus juga bakal mengadakan program pada hari yang sama maka ia ditangguhkan.

Konon nya nak bagi laluan kepada najib dan kerajaan pusat disamping mengelakkan heavy traffic jam pada hari tersebut. Namun satu persatu spekulasi mula timbul. Ada yang bagitau setiausaha najib telah mengarahkan jakim agar menarik balik ketauliahan ustaz azhar idrus agar dia tidak boleh berceramah di sekitar wilayah persekutuan pada masa akan datang. 

Maksudnya kat sini program tersebut bukan sahaja ditangguhkan malahan terpaksa berpindah lokasi berikutan keputusan drastik JAKIM terhadap ustaz azhar idrus. Aneh juga difikirkan. Oleh kerana ustaz bukanlah seseorang yang pro bn maka secepat kilat jakim bertindak. Malahan lebih cepat dan pantas berbanding tindakan terhadap penulis pro lesbian yang telah bertapak di malaysia selama 3 hari.

Err kejap. Sampai sekarang pun mana ada tindakan dari jakim terhadap penulis yang dipercayai pro lesbian tu. Mereka hanya keluarkan satu kenyataan bahawa mereka akan perhatikan. Ya, sekadar perhatikan. Tetapi tindakan terhadap ustaz yang mahu memberikan kuliah agama pula dihalang. Logik ke?

Berikutan spekulasi yang tersebar itu ramai peminat2 ustaz azhar idrus marah. Aku pun marah juga. Kenapa pula jakim sibuk nak tarik tauliah dari ustaz yang nak sebarkan ilmu agama berbanding perkara kat bawah neh ;

Ada benda yang patut disekat, jakim taknak sekat. Apa benda yang tak patut disekat, jakim sibuk nak sekat. Apa peranan jakim sebenarnya neh? Membantu penyebaran dakwah islam ataupun menyukarkan ia? Sapa tahu jawapan sebenarnya? 

Updated :

Dimaklumlah oleh PA ustaz bahawa ceramah ustaz di PICC memang dibatalkan terus atas alasan akan menyebabkan heavy traffic pada hari tersebut disebabkan bertembung dengan program anjuran kerajaan pusat himpunan jutaan belia. 

PA ustaz juga "menegaskan" ia tiada kaitan dengan isu politik. Tauliah ustaz tidak ditarik balik namun program akan digantikan dengan lokasi baru. Pengumuman lanjut mengenai itu akan dibuat kelak. 

Pandai ustaz jaga ahti seme pihak. Itupun ada yang berani tuduh ustaz sesat? Ermm tah pape seme tue. 

Sozcyili : Nak buat kuliah agama islam pun dilarang.. tapi bila orang murtad pongpang2 salahkan orang kafir.. tapi siapa punca seme tue ek?

CHANCE for you to save up to 50% on hotels for your next holiday!

 

Followers

Readers