t>

Breaking News

Tarik lesen jika berniaga di ceramah pembangkang.


Tahu kah anda bahawa peniaga2 tidak boleh berniaga di ceramah2 pakatan rakyat? Jika anda seorang peniaga, sila fikirkan semula jika anda benar2 ingin berniaga di kawasan atau ceramah pakatan rakyat. Ini adalah disebabkan lesen perniagaan anda akan ditarikbalik jika anda ditemui berniaga di kawasan2 ceramah pakatan pembangkang. 


Amaran ini baru sahaja dikeluarkan dan akan mula berkuatkuasa sekarang. Baca petikan berita kat bawah neh terlebih dahulu ;
KUALA KLAWANG, Negeri Sembilan - Amaran keras akan diberikan termasuk menarik lesen berniaga sekiranya peniaga tertangkap ketika berniaga di ceramah pembangkang dengan menggunakan kemudahan yang diberi kerajaan.

Pengerusi Jawatankuasa Negeri Pertanian, Industri Asas Tani, Pembangunan Usahawan dan Koperasi Negeri Sembilan, Datuk Yunus Rahmat berkata, pihaknya menerima aduan bahawa ada peniaga yang berniaga di tapak ceramah anjuran pembangkang di sekitar daerah ini.

“Kita tidak menghalang mereka berniaga tetapi yang menyedihkan mereka menggunakan kemudahan dan peralatan diberikan kerajaan.

“Baru-baru ini, kami berjaya mengesan ada peniaga berniaga menggunakan payung Fama di Kampung Bukit Serambai ketika ceramah Pas diadakan di sana," katanya ketika ditemui semasa mengadakan lawatan ke Pasar Tani Kuala Klawang, awal pagi, semalam.

Hadir sama, Pengarah Fama Negeri Sembilan, Abdul Rahman Sulaiman; Ketua Polis Daerah Jelebu, Deputi Superintendan Setapa Yusof dan Timbalan Pengarah Fama Negeri, Siti Nurul Haida Ibrahim.

Yunus yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Klawang berkata, beliau mengarahkan pegawai Fama daerah agar memantau kegiatan peniaga di tapak ceramah pembangkang.

“Pegawai Fama perlu melaporkan kepada saya sekiranya terdapat peniaga berniaga menggunakan peralatan yang mempunyai label jabatan kerajaan.

“Kita memahami situasi peniaga yang mahu mencari rezeki dan kita tahu tidak semua peniaga itu menyokong pembangkang. Mereka hanya mengambil peluang berniaga sekiranya dipelawa pembangkang dan ia menjadi tempat mereka mencari rezeki,” katanya.

Beliau berkata, malah ada peniaga yang tidak berlesen, namun dijemput pembangkang untuk berniaga dan ini menjadi masalah.

“Selain itu, wang hasil berniaga itu akan diserahkan kepada pembangkang sebanyak 30 peratus dan ini secara tidak langsung mereka menyokong pembangkang,” katanya.

Yunus berkata, selain lesen perniagaan ditarik semula, peniaga yang tertangkap juga perlu memulangkan semula kemudahan diberikan jabatan kerajaan terbabit.-SH-

Merujuk kepada kenyataan di atas neh, jelas bahawa ;

1. Kerajaan melarang peniaga2 yang mendapat kemudahan kerajaan berniaga di ceramah pakatan pembangkang. Ini satu bentuk dikriminasi. Sesiapa pun apabila dia mendapat apa2 bantuan pun, itu adalah disebabkan dia layak mendapat bantuan. Urusan kecenderungan politik dia bukan sesiapa berhak dan patut kawal. 

Berkaitan isu bantuan pula, mereka mendapat bantuan atas sebab layak mendapat bantuan. Bantuan pula disalurkan menggunakan wang pembayar cukai. Kalau si pembayar cukai pun tak complain, kenapa kerajaan perlu complain? 

Di satu sisi pula, apakah kerajaan mahu menunjukkan hanya mereka2 yang sanggup menjilat kerajaan jek layak mendapat apa2 peruntukkan? Sesiapa yang mempunyai pandangan yang berbeza dari dasar sedia ada kerajaan adalah hamba abdi di malaysia neh? Jangan kelirukan rakyat dengan pandangan politik yang sempit.

2. Kerajaan cakap dia faham bahawa peniaga meniaga ikut arus. Di mana ada ramai orang disitulah mereka berniaga. Jadi apa masalahnya pula kalau dah faham? Kenapa nak tangkap dan hukum mereka? Adakah kerajaan sudah terlalu takut sampaikan hal sekecil2 neh pun nak melenting?

3. Kerajaan juga cakap ada peniaga2 yang tidak diberikan lesen tetapi ditawarkan berniaga oleh pakatan rakyat. Itupun jadi isu ka? Biarlah mereka berniaga. Bukan seme peniaga2 yang mohon lesen kerajaan luluskan. Jangan2 ada pihak yang dengki sengaja tak bagi lesen sebab tahu dia tue peniaga pro pakatan rakyat. Sapa lah ko nak sekat2 rezeki orang? Allah swt pun tak minta sewa bila ko bernafas di bumi dia? Adakah ko ialah firaun ataupun lebih kejam lagi?

4. Peniaga bagi 30% hasil jualan kepada pembangkang? Nampak sangat pembohong. Ini satu pembohongan! Aku kenal ramai peniaga2 kecil yang selalu berniaga di ceramah2 pakatan rakyat. Siap ikut meniaga lagi. Ya Allah swt, aku berani kerat leher ini satu pembohongan. Semoga Allah swt membalas fitnah jahat neh. Ingatlah, fitnah kepada orang yang ko benci tetap merupakan satu dosa besar. Ingat baik2 tue. 


Sozcyili : Dorang neh sakit jiwa ka?