t>

Breaking News

77 senarai syarikat pelaburan tidak sah terdedah.


Ini khusus untuk mereka2 yang berminat nak melabur dan apa sahaja di dunia online mahupun di dunia realiti. Ketahui dulu dengan syarikat mana yang ingin anda seme laburkan. Jangan sampai kena tipu macam seorang artis baru2 neh. Habis lepas rm19,000 selepas melabur dalam satu skim yang dia baca melalui internet.

BNM dedahkan nama 77 syarikat yang sebenarnya tidak dibenarkan untuk menjalankan kegiatan pelaburan tetapi mereka ambil duit orang awam atas nama pelaburan. Syarikat2 neh banyak terlibat dengan pelaburan atas nama pelaburan emas, logam dan tukaran matawang asing.

Aku tak direct cakap dorang tipu atau apa seme. Sebab aku tak berapa pasti sangat macam mana dorang jalankan perniagaan dorang. Cuma yang aku tahu, syarikat2 tersebut tidak diberikan lesen oleh BNM untuk jalankan apa2 perniagaan berkaitan pelaburan. So aware larh. 

Ketahui lah kat mana korang simpan duit korang. Silap2 boleh kena tipu. Duit hilang, sakit ahti pun dapat. Dah penat2 kumpul duit, ingatkan nak belanja sakan last2 hilang kena tipu. Rugi tak? 

Mesti rugi punya kan? Jadi jangan lupa kenalpasti dan semak terlebih dahulu setiap syarikat2 yang menawarkan skim pelaburan. Lepas dah make sure dan confirm bersih + legal baru lah melabur oke. Bai.

Nak download nama2 syarikat tersebut? Klik sini.