t>

Breaking News

Harga minimum rokok RM7 mulai 1 September.

Berkuatkuasa bulan depan. Aku tetap beranggapan bahawa jika kerajaan konsisten mahu memerangi budaya merokok neh, kerajaan patut hentikan terus kemasukkan rokok dalam negara. Bukan ada faedah melainkan dapat sakit jek. 

Nanti kerajaan juga yang bising bila terpaksa keluarkan bajet berjuta2 untuk buat kempen kesedaran bahaya merokok? Time tue janji diungkiti lah, janji balas budi larh, apa segala macam janji seme terkeluar. Habis. Tak pasal2. 

Wakakaka..



Kerajaan menetapkan harga minimum bagi semua jenama rokok ialah RM7 mulai 1 Sept dan hanya membenarkan syarikat rokok mengeluarkan 20 batang rokok dalam satu paket.
Menteri Kesihatan Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata serentak itu, kerajaan turut memansuhkan semua jenis diskaun yang ditawarkan oleh syarikat rokok.
Beliau berkata kerajaan juga hanya membenarkan syarikat rokok mengeluarkan 10 paket dalam satu karton.
"Mulai 1 Sept 2012, semua diskaun jualan rokok akan dimansuhkan... semua jenama rokok tidak boleh mengadakan diskaun. Pelarasan diskaun harga jualan runcit rokok dimansuhkan. Hanya satu harga minimum iaitu RM7 untuk paket 20 batang.
"Pengilang-pengilang membungkus rokok perlu memastikan dalam paket hanya 20 batang dan satu karton mengandungi 10 paket sahaja," katanya pada sidang akhbar selepas memperkenalkan 'Duta ASAP Smoke Free Lifestyle', di sini hari ini.
Liow berkata dengan penguatkuasaan peraturan itu kesemua rokok yang dijual dalam negara hendaklah dijual dengan harga tidak kurang daripada harga minimum yang ditetapkan itu.
Tahun lepas harga minimum rokok ditetapkan RM7 bagi 20 batang apabila Kementerian Kesihatan menguatkuasakan Peraturan Harga Minimum Rokok dan Larangan Promosi Harga menerusi Peraturan-Peraturan Kawalan Hasil Tembakau.
Bagaimanapun kerajaan ketika itu tidak menetapkan saiz paket dan terdapat 21 batang rokok (RM7.23), 22 batang rokok (RM7.70), 23 batang rokok (RM8.05). -SH-

Hammboiii.. kempen ASAP SMOKE FREE LIFESTYLE lagi tue.. tapi still jadi pengutip untung "SMOKE" bahkan membenarkan "SMOKE" apa barang ???

Harga rokok yang tinggi takan menghalang orang hisap rokok. Cuma akan menyebabkan mereka komplain jek. Contohnya gaji rm500 rat, hisap rokok, rokok mahal, kos sara hidup pun naik, so dorang takan fikir nak hentikan hisap rokok sebaliknya dorang akan fikir ini masa nak tumbangkan bien.

Beginilah pemikiran2 normal rakyat jelata. Jangan expect sesuatu yang tak normal macam dalam kepala hotak pemimpin2 tue. So cara terbaik, halang kemasukkan rokok di malaysia. Walaupun kerajaan tak dapat cukai hasil penjualan rokok, kerajaan juga tak perlu keluarkan duit untuk pelbagai kempen kesedaran supaya jangan merokok. So nak fikir apa lagi?