t>

Breaking News

Ini lah rupa sebenar cikgu yang hina Sahabat Nabi SAW !


Di Malaysia.

Takan tak tahu yang SAHABAT2 Nabi SAW bukan seseorang or sekumpulan yang boleh dipersendakan melalui apa jua cara? Bukan budak kecik. Bahkan seorang guru yang berusia 22 tahun? 

Patut dihukum untuk bagi akai sikit kat cikgu neh. Alasan tidak tahu dan minta maaf adalah cara dangkal. Ini bukan hina sultan, ini hina Sahabat2 Nabi saw. Bahkan sangat dangkal larh alasan cikgu tersebut pun.

Rujuk petikan kosmo kat bawah neh ;


Guru dan pengusaha pusat tuisyen di Tangkak, Muar yang menimbulkan kontroversi apabila memaparkan karikatur menghina para sahabat Nabi Muhammad S.A.W. dalam nota ringkas yang diedarkan kepada pelajar baru-baru ini tampil memohon maaf secara terbuka semalam.
Ku Chong Yoong, 22, yang merupakan guru dan individu yang bertanggungjawab menyediakan bahan tersebut serta pengusaha pusat tuisyen Indah Permai Jaya, Lim Lee Yee, 26, mengaku tidak berniat untuk menyentuh sensiviti umat Islam apatah lagi menghina sahabat Nabi.
“Saya kesal perkara ini berlaku. Niat saya hanya ingin membantu pelajar agar lebih mudah faham dan saya tidak berniat untuk menyentuh isu sensitif orang Islam.
“Di sini, saya dengan ikhlas ingin memohon maaf kepada semua umat Islam di Malaysia khususnya di Tangkak serta di seluruh dunia. Saya mengaku, tindakan saya ini kurang matang dan berjanji tidak akan mengulanginya lagi,” kata Chong Yoong yang sudah dua tahun mengajar di pusat tuisyen terbabit.
Sementara itu, Lee Yee pula mengaku tidak tahu mengenai bahan yang disediakan tenaga pengajarnya sehinggalah isu terbabit disiarkan di akhbar.
“Selepas ini, saya janji akan lebih berhati-hati dan memantau bahan-bahan yang digunakan oleh guru tuisyen untuk mengajar. Kami juga telah meminta balik semua nota tersebut daripada pelajar dan telah menerangkan hal sebenar kepada mereka,” katanya.
Apa yang guru tue buat? Lukis karikatur Sahabat Nabi SAW..

Persoalan nya,
1. Cikgu tue ajar subjek apa sampai para sahabat dijadikan bahan?
2. Motif menjadikan para sahabat sebagai bahan tue apa?
3. Tengoklah cara kartun tue dilukis... itu lukisan mengajar ka mempersenda?
Aku bukan nak panjangkan isu. Tetapi geram juga dengan sikap segilintir mereka yang macam saja je cucuk sensitiviti umat islam. Alasan yang selalu dorang gunapakai untuk tegakkan perbuatan dorang ialah ;
Eleey umat islam di malaysia pun banyak yang haprak.. so nasihatkanlah depa tue dulu

YA. BETUL sangat.

TAPI

Itu bukan alasan untuk membenarkan tindakan2 mereka yang menghina dan mencuit sensitiviti umat islam oke.
Umat islam yang lalai => satu kes
Orang bukan islam yang cuit sensitiviti umat islam ==> satu kes yang lain.
Kalau seme pun nak main kait mengait payah lah gitu. Baik aku hina orang bukan islam lepas tue cakap hah tue perompak baru2 neh rompak emas orang bukan islam kan? Perangai burukk.. so apa citer? Boleh?
Tahu pun tak boleh. Tahu pun marah bila kait mengait. So jangan lue sendiri kait mengait kalau lue sendiri panas bila orang kait mengait. Aku nya pendirian mudah. Umat islam yang lalai dan tidak mengikut perintah Allah swt tak harus kita sokong dan haruslah kita cari jalan untuk tarbiah mereka dan dalam masa yang sama mana2 individu yang cuba dan telah mencuit  sensitiviti umat islam juga harus diberikan pengajaran yang setimpal sesuai dengan perlakuan mereka.
Dah lama da.. dah lama hidup di malaysia takan tatau? Yang p berkawan dengan sebangsa je sapa suruh? Kan dah jadi kera sumbang. Rasakan.