t>

Breaking News

Polis buru individu yang tunjuk punggung di himpunan Janji Demokrasi.


KENYATAAN PENGARAH JABATAN SIASATAN JENAYAH:

Semasa perhimpunan janji bersih yang diadakan pada malam 30 Ogos 2012 di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur telah berlaku beberapa insiden seperti berikut : - 

 
1.Beberapa individu yang mempamerkan bendera baru untuk mengantikan bendera Malaysia (jalur gemilang ) ;

 
2.Beberapa individu yang bertindak memijak gambar pemimpin negara ; 


dan

3.Seorang individu yang menunjukkan punggung atas gambar pemimpin negara ;


Sehubungan dengan ini, satu laporan polis telah diterima, ia itu tun H.S.Lee repot 29960/12, pada 01 Sept. 2012.



Siasatan sedang dijalankan di bawah seksyen berikut : -



•Tindakan mempamerkan bendera baru untuk mengantikan bendera malaysia (jalur gemilang) disiasat di bawah Seksyen 4(1)(a) Akta Hasutan 1948 . Perbuatan ini boleh mengembangkan perasaan jahat dan permusuhan antara beberapa kaum atau golongan penduduk Malaysia ;



•Tindakan memijak gambar pemimpin negara disiasat di bawah Seksyen 290 dan Seksyen 504 Kanun Keseksaan ;



•Tindakan menunjukkan punggung di khalayak ramai disiasat di bawah Seksyen 509 Kanun Keseksaan.

Pihak polis memandang serius perbuatan – perbuatan ini yang mengugat kestabilan negara. Berikutan dengan itu, pihak polis mohon individu –individu yang terbabit untuk tampil ke hadapan bagi membantu siasatan.



Kegagalan berbuat demikian, pihak polis akan mengambil tindakan sewajarnya untuk mengesan individu – individu terbabit mengikut lunas undang-undang.



Sebelum itu, pada 29 Ogos 2012, laporan polis telah dibuat bersabit dengan kegagalan penganjur perhimpunan janji bersih untuk mengemukakan pemberitahuan (notis) kepada Ketua Polis Daerah dalam tempoh yang ditetapkan, ia itu sekurang – kurangnya sepuluh hari sebelum perhimpunan diadakan.

Laporan polis Tun H.S.Lee rpt 29607/12 dan Tun H.S.Lee rpt 29608/12 berkaitan. Kes – kes disiasat di bawah Seksyen 9(5) Akta Perhimpunan Aman 2012. 

PDRM juga mengeluarkan kenyataan di bawah ;

TUKAR BENDERA, PIJAK GAMBAR- INDIVIDU TERLIBAT DIMINTA TAMPIL: 

Ketua Polis Negara memandang serius perbuatan beberapa individu yang terlibat dalam perhimpunan 'Janji Demokrasi' pada malam ambang merdeka, 30hb lalu yang telah menganjurkan tukar bendera. Perkara ini adalah bercanggah dengan perlembagaan dan proses demokrasi. 

Justeru itu, PDRM meminta mereka yang terlibat serta saksi-saksi penganjuran tukar bendera dan memijak gambar Perdana Menteri dan isteri untuk tampil membantu siasatan polis.
Mereka boleh menghubungi Pusat Media PDRM di talian 03-2266 8320/8321 atau menulis ke pusatmediapdrm@rmp.gov.my.

Rasanya takde masalah pamerkan bendera tersebut. Sekadar pamerkan aje. Bukan ada niat yang jahat pun. Cuba baca penjelasan mereka pada malam itu disini terlebih dahulu. Mereka tiada apa2 niat untuk tukar bendera. Risalah CHANGE tue tak tau siapa yang cipta dan edarkan..

Harap2 PDRM lakukan siasatan dengan telus. Berkenaan lelaki yang tunjuk punggung tue.. memang lah perbuatan dia tersangatlah tidak patut. Tetapi kalau kita imbau kembali perbuatan beberapa orang yang lepas2 seperti kencing di atas gambar ulama, pijak gambar lim guan eng, bakar harakah.. rasanya macam takde beza jek dengan perbuatan lelaki tersebut.

Bukan nak bandingkan perbuatan buruk dengan perbuatan buruk untuk rasa diri tak buruk. Harap PDRM siasat seme tanpa bias jek. Kalau taknak siasat satu2 kes, jangan siasat seme walaupun individu2 yang buat demikian mungkin datang dari parti2 yang berbeza.

Tapi kalau dah memilih untuk siasat, maka siasat seme. Tak kira lah benda tue dah lepas ataupun baru jek berlalu. Bukan apa, kalau PDRM melakukan siasatan terpilih jangan marahkan kami pula kalau kami ada persepsi negatif terhadap PDRM pula.

Hahaha. 

Dan nasihat untuk kita semua. Berhimpun itu tidak salah. Tetapi sikap sesetengah orang ketika berhimpun boleh mengundang padah. Mari lah kita berhimpun dengan aman. Tanpa perbuatan provokasi seperti menunjuk bontot, berak di atas muka pemimpin, pijak gambar pemimpin atau apa seme, matlamat satu2 perhimpunan tetap boleh terlaksana.

Sila perhatikan dan belajar perhimpunan2 yang lepas. Sekurang2nya perhimpunan bersih 1,2 dan GMI. Tiada provokasi dan ia masih mampu menyerlahkan apa yang ingin kita sampaikan. Renungkan. 

Semua kenyataan ini dikeluarkan di facebook rasmi PDRM. Rujuk sini.