t>

Breaking News

Penjelasan Ustaz Samsuri berkenaan isu restoran nasi kandar pelita.

Benda neh dihebahkan sekitar tahun 2004. Kita amek dan petik seme cerita dan penjelasan yang wujud. Korang baca dan nilaikan sendiri. Aku juga siarkan penjelasan pihak yang dipercayai kenal dan tahu serba sedikit mengenai ustaz samsuri.

Lihat kat bawah neh.


Yang pertama penjelasan ustaz samsuri. Aku amek point2 jek. Panjang sangat, untuk penuh klik sumber oke;



Assalamualaikum

Nasi Kandar Pelita atau Pelita Samudra Pertama (M) Sdn.Bhd. adalah sebuah syarikat yang berdaftar. Nombor pendaftaran syarikat 481477-P. Syarikat ini mula beroperasi pada tahun 1994. Kini terdapat 7 (tujuh) orang pemegang saham (rakan kongsi). Enam daripadanya Muslim dan seorang India (belum Islam).

Saya Ustaz Shamsuri bin Ahmad adalah salah seorang daripada rakan kongsi dan pemegang saham syarikat ini. Buat masa ini saya telah dipilih sebagai Pengerusi Eksekutif syarikat ini.

Untuk makluman semua,
Pada zaman awal penubuhan syarikat ini, tidak banyak isu yang ditimbulkan. Tetapi isu yang berbagai-bagai mula timbul apabila syarikat ini mula berkembang dan menunjukkan prestasi yang memberangsangkan. Apakah motif sebenar di sebalik isu-isu yang ditimbulkan itu hanya Allah yang mengetahui.

Isu taukeh Hindu, ayam tidak disembelih dan sebagainya telah menjadi isu yang paling hangat diperkatakan dan digembar-gemburkan oleh pihak-pihak tertentu. Cara isu-isu ini dibangkitkan sangat menarik dan kadang-kala kelihatan “macam cerita benar”. Manakala pencetus isu dan pencipta fitnah ini pula menggambarkan dirinya sebagai seorang yang sangat bertanggungjawab dan sangat amanah terhadap Allah. Maka sudah pastilah akan ada orang yang terpanggil untuk mengembangkan fitnah ini atas rasa tanggungjawab terhadap agama.

Saya sebagai seorang yang berpendidikan agama (Islamic Scholar), apatah lagi seorang yang terlibat secara langsung dalam medan dakwah. Memberi kuliah-kuliah pengajian, lebih-lebih lagi kaset-kaset kuliah pengajian saya bertebaran di sana sini, sudah tentulah saya amat faham tentang hukum haram halal dan tentu tidak akan berkompromi dalam hal yang seumpama ini.

Saudara-saudara,


Izinkan saya membuat sedikit penjelasan.

1. Islam tidak pernah melarang umat Islam berkongsi niaga dengan bukan Islam. Tidak ada satu nas Al-Quran atau hadis nabi yang menyatakan larangan terhadap perkara tersebut. Bermakna dari segi agama seorang Muslim boleh menjadikan bukan Islam sebagai rakan kongsi dalam perniagaan. Di Pelita Nasi Kandar, rakan kongsi yang belum Islam ini ditugaskan sebagai Pengurus Akaun, sesuai dengan kebolehannya.

Setidak-tidaknya di Pelita nasi Kandar, saya sebagai salah seorang rakan kongsi (bukannya makan gaji) sentiasa mengawasi perkara-perkara ini.

Untuk makluman saudara-saudara juga, Pelita Nasi Kandar kini mempunyai pekerja Muslim seramai lebih kurang 800 orang. Daripada jumlah itu terdapat 5 orang yang hafaz Al-Quran. Kebanyakan daripada mereka adalah pekerja dari India yang kita semua maklum tentang kemiskinan dan kedhaifan hidup mereka.

Kami di Pelita Nasi Kandar sangat bersyukur kepada Allah kerana kami dapat membantu mereka. Pendapatan yang seorang pekerja perolehi dapat menyara dan memberi makan kepada beberapa ramai ahli keluarganya di India. Semoga Allah menerima amal kebaikan yang sedikit ini sebagai satu amal baik di sisi-Nya.

2. Untuk memastikan kebersihan dan kehalalan serta menghapuskan keraguan, Pelita Samudra Pertama (M) Sdn.Bhd. telah menubuhkan anak syarikatnya Ayam Pelita Sdn.Bhd. Nombor pendaftaran 554846-A untuk menguruskan soal pemerosesan ayam.

Pelita Nasi Kandar adalah satu-satunya rangkaian nasi kandar yang mempunyai pusat penyembelihan dan pemprosesan ayam sendiri. Kita menerima ayam hidup daripada pembekal kita iaitu Maju Ayam Sdn.Bhd. dan penyembelihan serta pemprosesan dilakukan sendiri oleh pekerja-pekerja kita.
Proses ini dilakukan mengikut kaedah dan kehendak Syarak sepenuhnya. Sohibus Samahah Dato’ Mufti Pulau Pinang Dato’ Haji Hasan Haji Ahmad dan rombongan daripada Jabatan Agama Islam Pulau Pinang telah dijemput untuk melawat, melihat dan memberi nasihat kepada pekerja-pekerja kita dari aspek Syariah.

Ayam Pelita Sdn.Bhd. juga telah diberi Sijil Halal oleh pihak Jabatan Agama Islam Pulau Pinang. Bahkan pekerja-pekerja bahagian sembelihan juga mempunyai Sijil Pengesahan Penyembelihan dari pihak Jabatan Agama Islam Pulau Pinang.

Semua outlets (rangkaian) Nasi Kandar Pelita di seluruh Malaysia, termasuk di Kuala Lumpur dan Petaling Jaya menggunakan ayam yang diproses sendiri oleh Ayam Pelita Sdn.Bhd. Lori-lori kita akan bergerak ke Kuala Lumpur dan Petaling Jaya 2 hari sekali. Pelita Nasi Kandar juga mempunyai satu bilik beku di Pelita Seksyen 2 Petaling Jaya dan 3 bilik beku di Pelita Jalan Ampang, Kuala Lumpur.

Ikhlas,

Ustaz Shamsuri bin Ahmad
Pelita Nasi Kandar
Penang
3.10.2004

Yang kedua ;

Ini pula komen yang ditulis oleh Goh. Source dia aku dah sertakan kat akhir post. Klik situ jek nanti.

goh hei come onlah... stop the bullshit. I know the history of PELITA close enough. Ustaz samsuri yg kaya raya ini tidak kena mengena dengan perkembangan pelita. It's just the bribery that paid by the owner who is hindu by origin to tackle the market (muslims). and this ustaz trying to tell the story on the name of allah. Don't try to create stories and justify ur action to make it legal infrt of islam. Remember ur money will not save u from the God. he knows everything.


U r trying to tell that Pelita is giving jobs for workers frm India. Let me give the real facts "udang sebalik batu"

1. the workers are paid minimum wage below the promise (rm 500/ month)
2. punishmnet to stand 12 hrs non-stop, continously busy, punished by the gangsters of the company if anyone try to sit or go against the rule.

3. lately a worker frm Pelita was killed by the gangsters of the boss and reported "bunuh diri" b'cause he tried to go against the rule.

4. The workers are treated worse than the animals 'even below the level of low class "cooli" in 1980's.

5. The work done by those workers are not worth the money paid at all.

6. remeber ppls like u "ustaz" and the boss are living by sucking the blood of the poor workers frm india"

7. if anyone have doubth on my writings, see urself the pain of each worker and sad story behind each and everyone.

8. The world of cruelism was prooven lately by report made by bangladeshi in Kl on his boss. imagine number of unreported cases in MAS!!! Allah is watching. pelita Nasi kandar the giant growing with name of muslims and all the money are actually spent in a wrong way to maintain in the business. All the business partners of this entreprize are govenrment officilas and vip's like u "ustaz" to cover the story. All are awaiting punishment by god. I know everything.........

Yang ketiga, benda yang dipetik dari facebook. Aku dah sertakan link dia semalam, tapi maybe ada yang tak alert..

Nasoruddin Shah Mat Sebelum ni antara ketegasan dan celupar belaiu apabila dia mai mkn char koayteaw dia tanya koayteaw ambik kat cina ka melayu...member bgtau ambik kat cina tahan lama sedikit.....dia jwb balik takpa nanti hg pun kena tahan lama nanti diakhirat.....dlm tape ceramah dia ada ulas.....last dia jd penasihat dan seterusnya menjadi Pengerusi Nasi Kandar Pelita salah satu nasi kandar yg buka time jumaat dan bolan posa serta jual rokok......

Nasoruddin Shah Mat Kami selalu panggil di ceramah di pejabat dulu...kebetulan dia cikgu koperasi Al irsyad dan aku semasa berkerja dulu jaga SPU dan koperasi Sek Al Irshad antara yg aku jaga ......jd agak kenai juga la....dan dulu aku simpati kat dia pasai bila org hentam dia pasai pakai keta honda civic EX limited...plat keta PCW atau org pakat kutuk Penceramah Cari Wang dia selalu ulas dlm ceramah raih simpati....rupa2 memang benar......sebelum terlibat naik pentas umno di perlis belaiu antara penceramah paling popular aku ada besembang dgn MUAZ trading dan beliau memaklumkan membayar rm4000 setiap bulan dan mendpt hak merakam dan menjual ceramah...kehidupan ust shamsuri boleh dianggap Mewah pendptan tak kurang dr rm10000 termasuk gaji guru gred 41 duit ceramah dan royalti dr muaz trading.....tetapi apakan daya nasi kandaq juga di minat....

Nasoruddin Shah Mat Mula2 dia pegang beliau melarang urusniaga dibolan posa kununnya ....tak brp hari hanya sekeping notis saja yg keluaq......umat islam dilarang makan di premis pada bolan ramadhan disiang hari .......duit duit duit

Sumber untuk kisah pertama dan kedua disini.

Yang ketiga pula disini.

Komen aku pula.


Aku tengok isu restoran majoriti sentuh bab halal haram. Tapi ada yang sentuh bab lain. Dorang ingat umat islam nak hancurkan perniagaan umat islam yang lain. Betul ke restoran nasi kandar pelita di miliki oleh orang islam? Ada bukti? Ada bukti yang ustaz samsuri masih memiliki saham restoran tersebut? Kena juga kita fikirkan seme kemungkinan yang timbul oke.


Yang ada bukti ialah restoran nasi kandar pelita di miliki oleh orang bukan islam. Ia terpapar dalam keratan akhbar. Itu boleh dijadikan bukti dan hujah. Jika restoran nasi kandar dimiliki oleh orang islam, tengoklah pekerja2 dia? Itu satu hal lagi. 



Yang amat dibimbangi bukan la kerana siapa pemilik dia mahupun siapa pekerja dia. Samada ia ada kaitan dengan umno ka bn ka apa ka itu bukan isu. Tak pernah lagi aku baca ayat Alquran yang mengatakan haram makan di kedai yang dimiliki mca, mic mahupun umno. Memang tak pernah. 

Tapi kita sendiri tahu bahawa kita hanya boleh makan makanan yang halal. Yang halal tu bukan bermaksud tiada babi dan arak semata2. Cara sembelihan, menu masakan bahkan cara sajian dikendalikan perlu dititikberatkan.

Bayangkan kalau pekerja2 hindu menggunakan kuali yang sama untuk masak benda yang tidak halal dan digunakan pula untuk masak benda2 yang halal. Seseorang hindu tahu kah mengenai peraturan tersebut sedangkan dia hindu? Nak salahkan dia? Mana boleh.


Sudah tentulah disini majikan memainkan peranan yang besar. Majikan bukan muslim jika berkerjasama dengan pekerja muslim untuk membekalkan makanan yang halal tidak salah. Pasti ada cara dan ruang untuk kita berkerjasama dan berbisnes. Tetapi kena la ikut protokol dan peraturan tertentu.


Bukan perkara baru ye, isu nasi kandar bertopengkan ayat  Alquran untuk menipu para pelanggan. So ia sekadar langkah berjaga2. Jangan la ingat rakyat malaysia ni kebulur nak boikot orang je.


Jauh sekali mereka nak boikot restoran tu melulu. Tolong faham. Tiada sesiapa pun nak dengki dengan restoran tersebut. Tetapi tak salah kalau kita mencari tahu kebenaran nya. Betul ka ia halal atau sebaliknya.. tu jek. Apa pun aku masih lagi berpegang dengan stail aku. Elakkan makan di restoran2 seperti itu selagi terdaya..