Pelajar 14 tahun mengaku pernah dirogol lebih 20 lelaki.

Kepala hotak Nurul Asyikin on Tuesday, December 4, 2012

Sedih la aku baca story neh. Aku bukan rasa simpati kat remaja perempuan yang kena rogol lebih dari 20 lelaki oke. Aku sedih, simpati, kecewa dan terkilan bila memikirkan betapa teruknya dan rendahkan akhlak remaja2 melayu muslim di malaysia.



Aku baca story dia dan aku rasa oke.. ini masalah yang dia sendiri cari. Berkawan dengan budak2 rempit. Ikut orang laki naik motor. Dah kena rogol dengan 20 lelaki baru sibuk nak bela diri. Sebelum tue taknak cakap apa2 tapi hisap dadah pula tue. 


Tapi aku taknak meletakkan apa2 hukuman kat dia. Kalau dia ada kesungguhan untuk berubah dan bertaubat bagi aku itu dah cukup bagus. Sudah tentulah peranan kita membantu, mendidik dan mentarbiah dia untuk berubah. Bukan meletakkan label dan hukuman. Jika adik ini di-didik itu lebih baik daripada meletakkan hukuman dan persepsi negatif.

Cuma bila baca story2 begini.. terfikir2 pula. Di negara kita takde gempa bumi, takde gunung berapi, tsunami ke apa tapi bala datang dalam bentuk lain. Keruntuhan akhlak remaja muslim yang semakin menjadi2 sangat2 membimbangkan aku. Hari neh baca kisah anak orang, esok lusa mungkin kisah anak2 kawan awak, anak2 awak, anak2 ahli keluarga awak. Macam2 boleh jadi wo.

Sudah sampai masanya untuk kerajaan kita fikirkan cara nak tangani permasalahan ini. Bukan sekadar tangani jek bahkan kena cari sebab dan punca apa sebab gejala ini semakin berleluasa. Bukan kah ia sepatutnya ada kaitan dengan polisi dan cara kerajaan mentadbir sesebuah negara? Cara kerajaan melaksanakan undang2 dan langkah2 pencegahan? Betul tak?

Seorang pelajar perempuan berusia 14 tahun bersama rakannya ditahan berikutan penyalahgunaan dadah di sebuah rumah di sini, jam 2 pagi baru-baru ini.
Dia yang hanya mahu dikenali dengan nama Ima mula terlibat dalam penyalahgunaan dadah jenis methamphetamine ketika berusia 13 tahun.

Dari siasatan awal, Ima membuat pengakuan pernah dirogol lebih 20 remaja lelaki dan lima daripadanya merupakan murid sekolah berusia di antara 14 hingga 17 tahun.
Mangsa turut memberikan kerjasama dengan mencatat nama suspek yang pernah merogolnya.

Ima berkata, lebih malang, ada dalam kalangan mereka yang pernah cuba meliwatnya.

“Saya berkawan dengan mat rempit. Mereka membawa saya ke sebuah rumah dan saya dirogol beramai-ramai. Lama kelamaan perlakuan itu berlanjutan,” katanya.

Menurutnya, kejadian terkini berlaku dua minggu lalu apabila dia dirogol lima remaja di sebuah rumah di jalan Kilang Lama. Suspek mengugut untuk mencederakannya sekiranya enggan melayani nafsu mereka.

“Selain rumah tinggal dan bengkel, saya pernah dirogol bergilir-gilir oleh beberapa remaja di tengah padang permainan," katanya.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kulim, Superintendan Ghuzlan Saleh berkata, polis akan menyiasat aduan dibuat oleh mangsa dan mencadangkan supaya mangsa dapat diletakkan di bawah penyeliaan rumah perlindungan.
“Melakukan hubungan seks dengan mana-mana remaja perempuan bawah umur diklasifikasikan sebagai rogol walaupun mangsa merelakan perlakuan itu dilakukan terhadap dirinya.
"Mangsa juga memaklumkan bahawa dia mengenali kesemua suspek yang merogolnya. Dengan senarai nama suspek yang ditulis oleh mangsa sendiri ini memudahkan polis mengesan kesemua suspek terlibat,” katanya. -SH-

JUAL SEKALI, UNTUNG BERKALI2, DAPATKAN FORMULANYA DISINI

 

Followers

Readers