t>

Breaking News

Buang bayi di tong sampah lepas baca amanat haji hadi.


Kenapa awak tergamak buang bayi yang awak kandungkan ? 9 bulan dia dalam rahim awak. Lahir2 jek dia di dunia ini awak campakkan ke tong sampah? Nasib baik la ditemui oleh orang yang selenggara tong sampah, kalau tak jumpa? Jadi la anak awak mayat tak berkubur. Mati begitu jek.

Baru2 ini satu lagi kes buang bayi berlaku di Ipoh.Ia diberitakan di berita jam 1.30 di tv3 sebentar tadi. Mayat bayi ditemui di dalam kawasan pembuangan sampah. Dipercayai dibuang oleh ibu kandung yang mengandungkan anak tersebut. Namun tak sure jek. Itu agakan jek. Selalu pun begitu.

PDRM akan menyiasat untuk mengenalpasti identiti pelaku yang melakukan perbuatan tersebut. Dalam pada itu kita tertanya-tanya kenapa agaknya mereka2 ini suka buang bayi? Adakah mereka buang bayi selepas membaca, mendengar dan mengamalkan mana2 perkara yang terkandung dalam amanat haji hadi yang mana kes nya disensasikan seolah2 itu la masalah utama umat islam malaysia hari ini? Ataupun sebenarnya mereka terjebak dalam jenayah sosial disebabkan ketidakcekapan kerajaan dalam mentadbir negara?

Pernah tak korang kenal mana2 penjenayah yang melakukan jenayah seperti rempit, dadah, merokok, seks bebas, seks luar tabie, merogol, buang bayi, berzina, merompak dan sebagainya melakukan kegiatan tersebut selepas mereka membaca amanat haji hadi?

Tahu kah anda bahawa masalah terbesar rakyat malaysia sekarang ialah masalah sosial yang membelenggu anak2 muda malaysia terutamanya anak2 melayu?

Dan masalah sosial ialah antara penyebab kepada salah laku jenayah seperti kes2 di atas.

Dan masalah2 ini semakin hari semakin berkembang meskipun beberapa langkah telah diambil untuk membendung perkara tersebut. Seolah2 langkah2 yang diambil tidak mampu menyekat aktiviti salah laku di atas. Boleh jadi langkah2 itu tidak pro aktif akibat kegagalan penguatkuasa menguatkuasakan undang2 ataupun kerana langkah2 itu sendiri tidak relevant dengan masalah yang kita hadapi sekarang.

Namun tahu kah anda menteri2 kita lebih sibuk bergaduh, bertumbuk dan membebel mengenai amanat haji hadi siang malam pagi petang sampai buat forum, masuk parlimen untuk membincangkan isu yang telah lepas selama 32 tahun?

Berapa banyak agaknya umat islam yang tidak mahu solat di masjid yang mana imam nya ialah ahli umno?

Pernah kah ada pihak tertentu melakukan kajian dan stastistik untuk meletakkan satu rujukan yang tepat?

Ataupun ia berdasarkan kepada andaian dan persepsi kerana permainan politik? 

Jadi sekarang permainan politik, perkara yang sudah berlalu selama 32 tahun itu lebih  penting untuk difikirkan berbanding mengkaji kenapa agaknya kes buang bayi semakin berleluasa meskipun pelbagai langkah2 telah diambil untuk mengatasi perkara tersebut?

Nampaknya jadi menteri sangat senang di malaysia. Anda buat isu yang tah hapa2, terima gaji dan enjoy setiap bulan manakala rakyat pula sibuk pening kepala selesaikan masalah sebenar untuk dapatkan kehidupan yang aman dan sejahtera sambil bayar cukai banyak2 kepada pemerintah. Hebat. Tahniah ya.