t>

Breaking News

Kanak-kanak hilang, di sahkan mati.

Dalam seminggu ini kami warga fb, blog. twitter bahkan media massa dengan kerjasama dari Indah Water telah bersatu tenaga untuk mengedarkan info mengenai kehilangan seorang kanak2 bernama William Yau Zhen Zhong berumur 6 tahun yang keluar dari kenderaan milik ibu bapa nya meninggalkan adiknya seorang diri dalam kereta ketika kedua ibu bapa nya keluar melihat peti sejuk [tak silap aku] di kedai elektrik.

Tapi nampaknya usaha kita telah terhenti disini. Ini kerana kanak2 yang hilang itu telah pun disahkan mati. Polis telah sahkan perkara tersebut menerusi satu kenyataan akhbar, rujuk bawah ;



Sebelum itu disini ;





Berdasarkan pakaian yang dicam ahli keluarga, mayat budak lelaki yang dijumpai di Sungai Sireh, Pelabuhan Klang, lewat petang semalam disyaki William Yau Zhen Zhong, 6, yang dilaporkan hilang pada 16 Januari lalu.

Menurut sumber Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) di sini, kira-kira jam 12.30 malam tadi, ahli keluarga mangsa telah membuat pengecaman ke atas mayat kanak-kanak yang ditemui tersangkut di tepi bot berhampiran jeti Sungai Sireh di depan flat Sri Perantau itu.


Katanya, berdasarkan pengecaman ahli keluarga terbabit, kanak-kanak terbabit memakai seluar dalam sama seperti seluar dalam yang dipakai William Yau pada hari kehilangannya.

Bagaimanapun, usaha wartawan Harian Metro untuk menemubual ahli keluarga mangsa terbabit gagal kerana difahamkan mereka masuk dan keluar melalui pintu belakang rumah mayat HTAR.


 Sementara itu, bercakap kepada pemberita di HTAR, Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Mohamad Mat Yusop berkata, mayat kanak-kanak itu itu dijumpai orang ramai pada jam 6.30 petang semalam.

“Polis terima panggilan daripada orang ramai berhubung penemuan satu mayat budak lelaki tersangkut berhampiran bot di jeti Sungai Sireh, Pelabuhan Klang petang semalam.

“Berdasarkan siasatan awal, polis tidak dapat kenal pasti identiti mangsa untuk dibuat pengecaman berikutan mayat dipercayai sudah lama berada di laut.

“Ketika dijumpai, mayat berkenaan lengkap berpakaian iaitu kemeja-T berwarna oren kekuning-kuningan dan seluar pendek,” katanya di sini, semalam.

Difahamkan, kemeja T berkolar bulat itu bertulis perkataan `Active Group’ dan `Best Team’.

Beliau berkata, mayat mangsa dibawa ke rumah mayat Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang, untuk dibedah siasat yang dijangka dilakukan pagi esok.

“Kita tidak menolak kemungkinan ujian DNA akan dilakukan bagi mengenal pasti identiti mangsa. Tiada sebarang kesan perbuatan jenayah pada mayat berkenaan dan berdasarkan keadaan fizikalnya, kita percaya mangsa adalah warga tempatan,” katanya.

William Yau dilaporkan hilang pada 16 Januari lalu selepas keluar dari kenderaan untuk mencari ibu bapanya ketika singgah di kedai alatan elektronik di Jalan Putra Mahkota, Putra Heights Subang Jaya.

Pengajaran buat kita semua.

1. Jangan tinggalkan anak2 dalam kereta. Kita tiada tahu apa yang boleh berlaku.

2. Jangan sesekali biarkan anak seorang diri. Lebih2 lagi tanpa rakan sebaya ataupun orang dewasa.

3. Persekitaran kita tak selamat jadi kita kena extra careful.

4. Jangan sampai anak2 jadi mangsa kecuaian ibu bapa.

Yang dah mati, dah mati. Yang hidup kena belajar cermin kesalahan diri. Salam takziah kepada keluarga mangsa. Semoga tabah. Bai.