t>

Breaking News

Malaysia tayang filem hina Islam.


Ketika Mahkamah Tinggi Madras masih menggantung filem Tamil, Vishwaroopam lakonan Kamal Hassan kerana didakwa menghina komuniti Islam di sana, rakyat Malaysia bebas menonton filem itu.

Ekoran itu, sebuah NGO dari komuniti India Muslim akan membuat laporan polis bagi membantah tayangan filem ini.

Menurut mereka, selain Madras, filem ini telah di halang untuk tayangan di Singapura, Srilanka dan UAE tetapi di Malaysia kini sedang ditayangkan di seluruh negara.
Antaranya di GSC Midvalley, tempat tumpuan anak muda untuk menonton filem.

Filem Tamil ini didakwa mengandungi penghinaan terhadap Islam khasnya komuniti Islam di India. 

"Esok (hari ini) kami NGO India Muslim akan membuat laporan polis terhadap penghinaan ini dan untuk menghentikan dgn segera filem ini," kata satu kenyataan.

Mahkamah Tinggi Madras telah menggantung penayangan filem ini sehingga 28 Januari ini.

Mahkamah akan menonton sendiri filem itu pada 26 Januari sebelum keputusan dibuat. -HD-

Kalau sampai dah Singapore pun ban filem tersebut, mesti ada sesuatu mengenai filem tersebut yang menyinggung perasaan umat islam. Kenapa agaknya filem tersebut boleh lepas di Malaysia ek? Sapa dah tengok? Any comment? Aku tak tengok.. nak komen pun susah. Tatau penghinaan macam mana yang dia buat sekarang neh..