t>

Breaking News

Polis siasat kenyataan provokasi Ibrahim Ali.


Ketua polis Pulau Pinang Datuk Abdul Rahim Hanafi berkata presiden PERKASA Datuk Ibrahim Ali akan dipanggil untuk memberi keterangan berhubung seruannya untuk membakar Bible dalam bahasa Melayu dan tulisan Jawi yang menggunakan kalimah Allah. Katanya, MP Pasir Mas itu akan disiasat mengikut Seksyen 298A Kanun Keseksaan.

Peruntukan itu adalah berhubung kesalahan menyebabkan suasana tidak harmoni, perpecahan atau permusuhan, benci membenci atau niat jahat atau memudaratkan pemeliharaan keadaan harmoni atau perpaduan.

Ia memperuntukkan hukuman penjara tidak kurang dua tahun dan tidak lebih lima tahun.

Bercakap dalam satu sidang media hari ini, Abdul Rahim juga berkata polis menerima tujuh laporan polis berhubung kenyataan Ibrahim.

Kenapa taknak bakar MANGGA majalah lucah tue? Tak pun bakar kilang arak? Kata pejuang islam la sangat. Hehe.

Patut dah lama panggil. Hampir setiap kenyataan2 yang dikeluarkan oleh Ibrahim Ali mewakili PERKASA memang merupakan kenyataan2 yang menghasut bahkan memburukkan imej melayu dan islam di Malaysia. Ini kerana sesetengah non muslim fikir bahawa kenyataan2 PERKASA itu mewakili majoriti melayu  dan penganut islam.

Kenyataan2 itu sering disiarkan di media massa. TV dan akhbar. Kenyataan2 yang tak menyokong PERKASA pulak jarang disiarkan. Jadi non muslim tak berapa alert kalau dorang takde media internet. Dorang akan bentuk persepsi konon nya melayu neh racist, so automatik dorang akan racistkan diri dorang untuk bertindak balas dengan kenyataan racist. 

Meskipun itu satu perbuatan yang tak matang tetapi itulah kebanyakkan yang non muslim akan buat bila mereka tatau pendapat sebenar majoriti melayu dan muslim di Malaysia. Racist vs racist tiada siapa yang akan menang. Kita takan kemana kalau seme pakat2 racist.

Mohon sangat2 PDRM siasat dan KDN haramkan PERKASA. Walaupun itu cuma satu mimpi tetapi harap2 perkara itu akan berlaku suatu hari nanti. Nak tunggu PERKASA insaf? Boleh.. bila BN hilang kuasa. Masa tue baru dorang belajar tunduk diri, kenal tanah. Kalau tak, selama2nya ego dan bodoh sombong macam ketua dorang tue la. Hehe. Bai.