Punca sebenar Nazmi Pulang Semula Ke Malaysia terdedah.

Kepala hotak Soz Cyili on Thursday, February 7, 2013


Seminggu neh adik Nazmi asyik kena kutuk2 je. Kesian plak aku tengok. Kutuk2 tue kalau berpada2 takpe juga. Ini melampau2 sampaikan benda takde kena mengena pun terbabit. 

Apa pun aku tak pasti samada kenyataan terbaru dari Nazmi ini benar ataupun tidak. Dah terlalu banyak spekulasi yang tersebar sekarang neh. Aku baca je la.

1. Balik sebab rindu kat awek.

2. Balik sebab tak tahan tekanan/pressure main di luar negara

3. Balik sebab rindukan family

4. Balik sebab tak boleh nak sesuaikan diri dengan keadaan di negara lain

Terkini dari Nazmi, balik sebab kematian family terdekat.

Baca bawah ;

KEHILANGAN orang tersayang dikatakan menjadi titik tolak Nazmi Faiz Mansor meninggalkan Beira-Mar.

Menurut sumber, Nazmi pada awalnya telah membeli tiket untuk pulang sempena cuti Krismis dan sambutan tahun baru.

Pada masa sama juga, tanpa diduga, salah seorang ahli keluarga yang rapat dengannya meninggal dunia.

Difahamkan, Beira-Mar enggan melepaskan Nazmi untuk pulang ke Kuala Lumpur.

Sumber memberitahu, keengganan kelab Portugal itu menjadi antara punca Nazmi meninggalkan benua Eropah.

Di sebalik perkembangan itu, hasrat peminat tempatan untuk menyaksikan kelibat Nazmi beraksi di pentas Eropah lebih lama tidak kesampaian.

Ini kerana pemain berusia 19 tahun itu mengambil keputusan menamatkan kontrak tiga tahunnya dengan kelab Divisyen Satu Portugal, SC Beira-Mar.

Sebelum ini, Nazmi mencipta sejarah muncul selaku pemain tempatan pertama beraksi di Portugal.

Namun, kepulangan mengejutnya dan menyertai pasukan berstatus kelab PKNS FC mencetuskan kontroversi serta tanda tanya.

Pada sidang media Ahad lalu, Nazmi tetap dengan pendirian enggan mendedahkan punca dia meninggalkan SC Beira-Mar sambil menegaskan keputusan yang diambil demi kebaikan dan masa depannya. -SH-

Sebenarnya memang seronok tau tengok Nazmi bermain di liga luar negara. Bukan senang ek nak tengok pemain tempatan beraksi di luar negara. So sedikit sebanyak tindakan Nazmi mengecewakan peminat2 bola sepak tempatan. 

Tapi oleh kerana ini keputusan Nazmi, maka kita hormat je la sudah. Tapi Nazmi pun kena open minded la. Sebab dia dah kecewakan harapan ramai orang kat sini. So kalau mereka meluahkan perasan kecik ahti tue normal la.
 

Followers

Readers