t>

Breaking News

Betul Ke Gambar Anggota Polis Kena Penggal Tue..?





Terkini, seorang unit keamanan Malaysia dipenggal kepala oleh penganas Sulu. Menurut sumber yang berada di Bandar Semporna,Seorang pegawai dan empat anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) terkorban dalam serangan hendap oleh sekumpulan lelaki bersenjata di Kampung Sri Jaya, Siminul, Semporna, Sabah, Sabtu.

Insiden di lokasi tersebut telah mengorbankan 5 anggota polis berlaku dengan amat kejam, mereka telah bergegas ke lokasi kerana mendapat laporan kononnya terhadap sekumpulan lelaki bersenjata api,Tiba ditempat kejadian, Anggota polis itu ditembak semasa menuju ke sebuah premis di kampung berkenaan dan mereka membalas tembakan untuk mempertahankan diri,seorang ditembak tepat dikepala manakala 3 orang lagi ditembak dengan menggunakan mesingan. Seorang lagi pada ketika itu dijadikan tembusan dan berakhir dengan kepalanya dipenggal.

Kejadian di perkampungan atas air pada pukul 8 malam itu turut menyebabkan dua anggota kumpulan bersenjata terbabit terbunuh.

Kelima-lima anggota polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah Semporna itu ditugas untuk menjalankan siasatan di kampung berkenaan berikutan polis mendapat maklumat mengenai sekumpulan lelaki bersenjata di kampung itu.

Sumber :  https://www.facebook.com/photo.php?fbid=261299507337891&set=a.124699437664566.22091.100003735311061&type=1&ref=nf

Tadi ada orang inbox tanya pendapat penyebaran isu di atas. 

Pendapat aku ;

1. Gambar di atas tak tele dengan jalan cerita. Kenyataan di atas cakap seorang anggota polis di pengal tetapi gambar nampak macam 2 kepala. Apa citer? 

2. Setakat ini lebih dari 4k orang share cerita di atas di facebook.

3. Polis baru je pesan jangan sebarkan khabar angin.

4. Bukan nak halang penyebaran maklumat benar tetapi nak kurangkan kerisauan orang awam yang jauh dari sanak saudara. Mereka2 ini ada sedara mara di sabah, penyebaran berita2 yang lebih kepada khabar angin akan merisaukan mereka. 

5. Lebih2 lagi ahli keluarga polis dan askar yang ditugaskan untuk menjaga sabah.

6. kita boleh sebarkan beberapa info yang dah sah masuk akhbar, tetapi citer di atas aku dah semak2 dalam paper.. belum masuk lagi. 

7. PDRM minta kerjasama orang awam agar JANGAN sebarkan sesuatu sebarangan, rasanya tak salah kalau kita bekerjasama dengan polis. Kalau benda dah terbukti sahih, takde masalah. Tapi biarlah dari sumber2 yang boleh dipakai antara contoh sabahkini.net ke laman web tentera ke wall pdrm ke.. 

Sementara itu marilah kita bersama2 doakan pasukan keselamatan kita dapat memerangi penceroboh itu secepat yang mungkin. #PRAY4SABAH 

Update :

Gambar kena penggal tue nampaknya dipetik dari sini ==>  http://eddyrizal.blogspot.com/2010/08/penggal-kepala-askar-thailand.html

Takde kaitan dengan insiden lahad datu. Adoi la.