t>

Breaking News

Ketua Penceroboh Abgimudin Kiram Dilaporkan terbunuh.


Desas desus mengenai kematian ketua lanun pilipin - sulu ini telah tersebar luas di media internet. Tetapi menerusi kemaskini dari PDRM mengatakan bahawa memang perkampungan tempat agbimuddin berkubu diserang dan dibom dan 20 mayat penceroboh telahpun dikenalpasti dan dijumpai setakat ini [sehingga artikel ini ditulis] tetapi tiada lagi penemuan ke atas mayat abgimuddin. Abgimuddin ialah adik kepada sultan sulu [self-claim] dan mengetuai serangan ke atas lahad datu.

Serangan yang bermula pada khamis lepas adalah soroton dari perundingan demi perundingan yang berlangsung antara 2 pihak sebelum ini iaitu antara tentera penceroboh dan dan kerajaan malaysia di bawah pimpinan hishamuddin hussien.

Sebelum itu menteri KDN menafikan bahawa kedatangan abgimuddin ke lahad datu adalah untuk melancarkan keganasan dan menyifatkan ia sebagai khabar angin. Laporan itu disiarkan secara meluas di media massa dan internet. Namun selepas beberapa hari pasukan keselamatan malaysia telah diserang hendap dengan mortar dan diperdaya.

Hishamuddin Hussein dipersalahkan kerana lambat bertindak dan teragak2 dalam mengambil keputusan sehingga meragut belasan nyawa pasukan keselamatan malaysia.

Ketika ini kampung tanduo yang telah ditawan oleh pasukan pemberontak sebelum ini telahpun berjaya dibebaskan oleh pasukan pertahanan negara. 

PDRM dan ATM perlukan masa untuk memberkas kesemua penceroboh2 tersebut disebabkan ada di antara mereka mempunyai ic yang didapati melalui projek IC mahathir. Penduduk yang diberikan IC ini dipercayai membantu mendapatkan keperluan asas seperti makanan dan tempat tinggal agar mereka boleh meneruskan peperangan dengan pasukan pertahanan negara.

Kita doakan agar kesemua pasukan keselamatan kita dapat bertempur dengan selamat pulang. Kita juga berharap kerajaan mengambil iktibar atas apa yang berlaku di sabah. Sudah cukupla tue projek2 IC ke atas pendatang asing. Memang kita tak patut benci warga asing. Jika mereka ke sini mencari rezeki, mereka di alu2kan, jika mereka ke sini untuk merampas kedaulatan tanah air kita, itu haruslah ditentang sekeras-kerasnya. Ini harus menjadi pengajaran berguna buat kerajaan kita khususnya barisan nasional.