Penjelasan Kenapa Pemuda UMNO Di Pukul Oleh Pemuda PR. [BACA dan SHARE]

Kepala hotak Soz Cyili on Sunday, March 31, 2013


Salam.. hari ni aku buka FB Isu Politik Semasa dan Page UMNO yang lain kecoh pasal kes seorang Mamat dan nama dia memang MAMAT pun,... dipukul oleh seorang sahabat aku Mohammad Saiful Bin Mansur yang berpunca dari sikap biadap dan dengki UMNO/BN dengan bendera tiga jalur yang dipasang bersama dengan bendera Besar PKR di BANDAR TUN RAZAK DEKAT DEPAN CIMB BANK JALAN JUJUR. Kejadian pada Malam kelmarin itu sebenarnya adalah dari keangkuhan dan kesamsengan yang terlampau MAMAT ini yang datang mahu membuka bendera tersebut. Aku ada ditempat kejadian bersama sahabat ini dan seorang lagi rakan. Mereka BN semuanya 5 orang termasuk pemuda UMNO mewah.

Semasa perbincangan beliau ( MAMAT yang kena pukul tu ) menunjukkan lagak dan gaya yang sangat kurang ajar bila bercakap dengan Saiful yang lebih tua berpuluh tahun dari beliau. Mamat mengatakan persatuan Ayahnda PEKIDA bising dan minta beliau turunkan bendera 3 jalur yang kami pasang tersebut. Aku mengatakan kami boleh membuka bendera tersebut jika pihak BN juga membuka satu signboard di Desa Tun Razak yang bercantum logo PEKIDA dan BN serta dipasang lagi bendera BN. Beliau berdolak dalih kononya tiada kuasa nak buka sedangkan beliau sendiri nak mengacau bendera kami. Kalau takde kuasa nak buka sendiri punya apahal pulak ada kuasa nak buka orang lain punya.

Semasa perbincangan tersebut Mamat ni cakap main lepas saja dan tangan beliau angkat tinggi-tinggi seolah-olah menunjukkan kepoyoan beliau terhadap saiful yang bukan kecik anak Ayahndanya. Saiful sudah memberi amaran agar Mamat jangan tinggi suara dan jangan naikkan tangan dengan tunjuk-tunjuk jari ke arah saiful,sebab dia seperti tak hormat Saiful yang lebih tua umur dan pangkat. Tapi amaran tidak di endahkan. Dengan nada bongkak si Mamat ini tadi berkata beliau tidak peduli apa yang akan jadi dan akan tetap mencabut bendera kami pada malam itu juga. Saiful yang sudah tak boleh sabar melayan kerenah Poyo dan ala samseng si Mamat ni mula menolak beliau kerana tangan mamat yang menunding jari hampir kena ke muka Saiful seolah-olah mahu mencucuk muka beliau. Maka berlaku lah tolak menolak dan tumbuk menumbuk yang mana Si Mamat tadi ni hampir teruk kena tumbuk.

Pergelutan yang berlaku dalam masa 10 ke 15 minit itu menyaksikan Saiful mendapat kuasa dalam pertarungan itu. Geng-geng UMNO/BN cuba masuk campur tetapi diberikan amaran oleh seorang lagi sahabat aku. Kami sendiri pun tak masuk campur kenapa mereka pulak nak melebih-lebih. Kerana aku tak sampai hati membiarkan mereka terus-terusan bergelut aku telah mengambil satu tindakan drastik meleraikan kedua-duanya. Mamat aku tarik dulu sebab aku tengok mulut dan muka beliau berdarah. Aku suruh dia dan Saiful Istighfar. Ingat Allah. Sabar . Jangan kerana bendera kita sesama kita berbunuhan berlawan. Kita ni sekampung dan aku kenal Mamat ni sejak kecil. dia budak baik dulu selalu berserban dan berjubah serta rajin ke kelas agama. Cuma lepas sekolah dia berubah gila-gila seolah-olah kena kejutan budaya. Aku katakan benda kecik macam ni boleh di bawa bincang. Mamat pun aku salahkan kerana cakap ngan orang tua agak kasar. Pertarungan terhenti sampai disitu dengan masing-masing tak berpuashati. 

Aku mengatakan kepada Mamat dan geng UMNOnya. Jika bendera itu tidak disenangi oleh Ayahnda Pekida beliau, masing-masing ada majlis pimpinan. Biar pimpinan yang mengambil tindakan jika kami salah menggantung bendera dan kena bersikap adil dalam melaksanakan hukum kerana dipihak UMNO/BN juga ada signboard Pekida terang-terangan menyokong BN dan memasang bendera serta logonya sekali. Sedangkan bendera kami hanya memasang bendera tiga jalur sahaja dan tiada logo PEKIDA. Boleh saja kami katakan itu bendera Jamaica atau penyokong Bob Marley. Ingat tiga jalur je semua PEKIDA ke.?? Malah jika alasan Mamat kononya PEKIDA itu NGO dan tak terlibat dengan politik, bagaimana pula dengan saignboard PEKIDA menyokong BN tersebut itu belum lagi dikira dengan Markaz belia 4B yang di buka di Perumahan Sri Pulau Pinang bukankah belia 4B itu hak kerajaan dan tak boleh berpolitik juga. Tetapi apa yang kami tengok mereka juga pasang bendera BN. So jangan marah jika nanti ada belia 4B yang lain pasang bendera parti-parti PR pula.

Akhirnya masing-masing kembali ketempat masing-masing setelah aku serta sahabat dan geng UMNO/BN sepakat bahawa bendera tersebut tidak perlu dikacau sehingga majlis pimpinan masing-masing mengambil ketetapan. Biar mereka yang buat keputusan.Jika kena buka bendera tersebut kami akan akur tetapi signboard itu juga mesti dibuka. Masing-masing bersetuju dan pulang ke tempat masing-masing. Dalam perjalanan balik aku bertanya pada Saiful apa yang beliau rasa. Dia cakap dia memang geram bila ada budak-budak bawah dia cakap dengan cara kurang ajar dan angkat tangan ke muka dia. "Dah le mereka datang nak cabut bendera kita ( maruah tu beb ) lepas tu cakap macam samseng macam seolah-olah kita ni kena ikut telunjuk dia pulak. Aku bukan adik-adik dia nak cakap kurang ajar macam tu Siapa dia nak turunkan bendera kita. Kalau Ayahnda dia bising mari jumpa aku dan aku boleh je berunding cara baik. Malah aku memang lemah bila berunding dengan orang baik dan kadang-kadang orang baik sendiri boleh kalahkan aku dengan cara baik tapi ini perangai serupa Yahudi datang serang dan nak runtuhkan bendera orang lepas tu cakap mulut takde insuran. Baru jadi AJK Pemuda UMNO caw dah berlagak macam ni. Kalau jadi Menteri ke MP ke macam mana nanti lagak dia ". Kata beliau.

Esoknya aku dapat tau kes ini sudah kecoh dan laporan polis kononnya telah dibuat oleh Mamat. Menurut cakap sahabat aku laporan polis yang dia buat adalah sebagai melindungi diri beliau kononya jika berlaku sesuatu kepada Saiful atau bahasa mudahnya jika Saiful kena pukul bukanlah berpunca dari beliau dan beliau tidak bertanggungjawab. Alahai takkanlah kita ni tak guna akal yang waras. Jika Saiful kena pukul ke apa ke dah tentu dia juga kena sebab dia dah ada motif. Korang reportlah beratus report tapi Polis bila ada sesuatu kes mereka akan utamakan motif dulu dari report korang lah. Kalau Saiful kena pukul dah tentulah si Mamat ni akan disoal dulu sebab beliau mempunya konflik diawalnya. Kena pula kalau memang terbukti dia yang buat atau upah orang dah tentulah dia kena dulu silap-silap double charge sebab mengelirukan polis. Sebab sebelum ni kami dapat kantoi UMNO/BN upah kepada samseng untuk pukul orang-orang PR termasuk Saiful. Budak yang diupah sendiri buka mulut dia dibayar untuk pukul dan senarai orang yang dipukul pun beliau berikan. Bodoh puak-puak ni pakai kaki pukul tapi bodoh tak tau kaki pukul tu kawan kami jugak hahahah.. Lawak2..

Sehingga hari ini kes ini sudah dimainkan dihalaman-halaman dan page UMNO terutama page Isu Politik Semasa. Banyak yang menggugut nak mencederakan Saiful. sedangkan mereka itu semua tolol sebab tak tahu apa yang berlaku main hentam keromo saja. Dah le takde bukti bergambar lepas tu tunjuk gambar saiful dan tuduh beliau macam-macam seolah-olah mereka lebih tau apa yang berlaku. Kecoh je memanjang sehingga Artikel ini ditulis pun isu itu masih hangat dikatakan mereka. Padahal bodohnya mereka terima berita bulat-bulat dari orang yang main hentam je buat fitnah. Semakin aku menyampah dengan UMNO bila kejadian ini berlaku dan semakin aku nampak kelemahan UMNO. UMNO suka jaja cerita fitnah, Berlagak Poyo, Suka memerintah orang yang tak sebulu dengannya, Suka tunjuk kuasa dan pengecut bila kes kecik macam ni sampai nak berpolis-polis buat laporan Alahai UMNO Layu Melayunya. Oleh Aku Sham Gee

9 Unexpected Interruptions Every Woman Dreads

 

Followers

Readers