t>

Breaking News

Warganegara Mudah Kepada Bangladesh.

Kisah mesti baca dan share. Bukan lagi satu rahsia di mana kita sedar bahawa aktiviti pemberian IC kepada warga asing agar mereka mengundi BN pada pru - 13 ini sedang berlaku. Ramai sedar. Ramai tahu. Bukti ada. Pengumpulan bukti pun sudah berlaku. 

Antara kejayaan protes kita adalah siasat pemberian IC di Sabah. RCI. Siasatan Diraja. Itu antara kesungguhan orang2 SABAH bersama wakil2 rakyat PR yang bergabung mendesak kerajaan agar membuka siasatan khas bagi menyiasat dakwaan2 tersebut. Akhirnya bukti2 dan kronologi siasatan mendedahkan hasil bahawa BN memang bagi IC pada warga asing atas nama UNDI.

Mereka pernah buat dulu. Tak mustahil mereka buat lagi sekarang ini. 

Dan ini ada satu lagi perkongsian maklumat dari seseorang. Berkenaan isu pemberian IC kepada warga asing. 

Baca bawah ;

Bismillah | Warganegara Mudah Kepada Bangladesh.

Petang tadi, ketika membasuh tong sampah di luar rumah. Saya dihampiri seorang pemuda warga asing dengan alat pemotong rumput.

Setelah tawar-menawar, saya setuju untuk mendapatkan khidmat beliau. Saya sempat bina rapport dan bertanyakan beberapa perkara dengan beliau. Berikut merupakan ringkasan maklumat yang diberikan oleh Bangladesh itu sendiri. Maklumat diberikan secara sukarela.

- Beliau ditawarkan kad pengenalan biru. Iaitu sebagai warganegara Malaysia.

- Saya tanya, dapat PR atau macam mana? Beliau cakap 'citizen' ( warganegara )

- Sudah tinggal 6 tahun di Malaysia.

- Ada kawan beliau yang mendapat warganegara, walaupun 3 tahun di sini.

- Setiap mereka diberikan ganjaran RM 500.

- Akan diberikan kad pengenalan dalam masa lebih kurang sebulan lagi.

- Diuruskan oleh seorang Dato', dikatakan dari Putrajaya ( nama tempat ). Beliau bukan namakan nama pejabat. Sekadar nama bandar. Beliau ada sebut nama Dato' itu, tapi sebutannya kurang jelas..maka saya tidak tuliskan di sini.

- Saya tanya apakah yang perlu mereka buat ( sebagai syarat / balasan ),apabila dapat warganegara nanti.

- Katanya beliau disuruh pilih Najib ( beliau sendiri sebut nama ini ), dalam election ini. Apabila saya sebut pilihanraya, beliau kurang faham. Saya sebut election, terus dia faham.

- Beliau juga ada sebut Muhyiddin. Tapi saya tak dapat tangkap apa beliau cakap mengenai nama ini.

- Dikatakan sudah ada 200 rakan beliau akan dapat warganegara. Jumlah besar ialah 5000. Tapi beliau tidak beritahu kawasan mana.

- Pihak tertentu yang mencari mereka di kawasan tertentu. Dan mereka juga cari kawan mereka juga. Ganjaran RM 500 seorang. Saya tidak pasti, sama ada maksud beliau..ganjaran itu diberikan kepada penerima warganegara atau kerana merekemenkan rakan lain.

- Beliau dengan bangganya mengatakan akan menunjukkan IC itu kepada saya apabila mendapatnya pada bulan depan.

Kesimpulan : sebelum ini, saya hanya dengar dan baca daripada akhbar / sumber alternatif di internet. Hari ini, saya sendiri mendapatkan maklumat ini daripada Bangladesh.

Sebagai rakyat Malaysia, saya sangat kecewa dengan perkembangan ini. Saya sedih apabila negara kita 'dijual' dengan cara ini kerana faktor kuasa politik.

Saya tidak fitnah atau menuduh sesiapa atau mana-mana pemimpin. Saya cuma ceritakan balik pengalaman dan isi perbualan yang masih segar di ingatan, kira-kira kurang dua jam yang lalu.

Anda nilailah sendiri. Malaysia perlukan kerajaan yang amanah kepada kedaulatan negara.


Ini sumbernya ; https://www.facebook.com/MuhammadOoi/posts/10151458516428120

Saksi kejadian.  

Ingat tak kes kisah IC tarikh luput? Aku rasa IC tarikh luput tu digunakan untuk warga2 asing yang mendapat warganegara express. Bila sampai satu tempoh samada mereka teruskan diberikan IC tarikh luput supaya undi BN ataupun BN tak perlukan mereka lagi apabila BN rasa mereka mudah menang. BN takan gunakan taktik2 ini di semua tempat, di semua PRU. Ia hanyalah ketika mereka terdesak, bila mereka rasa mereka kehilangan sokongan yang banyak, peluang untuk kalah itu tinggi.

Taktik2 ini juga BN akan gunakan di tempat2 yang mereka percaya mereka tidak boleh dikesan. Atas sebab itulah kita berharap lebih ramai rakyat biasa sudi jadi pemerhatian bebas, sukarelawan pilihanraya agar kita bersama2 dapat tangkap mereka2 yang kita percaya adalah pengundi hantu dan pengundi warga asing.

Masa depan negara kita di tangan kita. Bukan kita nak kedekut ke apa. Tapi biarlah satu2 individu tu layak mendapat warganegara kerana merit, bukan kerana undi. Oke bai.