t>

Breaking News

Penyokong BN Di Tahan Berhubung Kes Tetak.

Berebut kawasan nak pasang bendera.

Isu kecik je pun. Isu kecik pun sampai sanggup nak tetak dan bunuh orang. Memang dasar parti yang sokong keganasan. Dari samseng sampai menetak seme ada dalam parti dia.

Kalau di kawasan aku neh bendera bn dan pas sebelah menyebelah je. Satu tiang yang sama. Bukan rugi apa pun berkongsi tiang.

Dulu ada kes di mana umno pasang bendera bn kat bangunan orang ramai. Then pas pun pasang. Tapi kena tegur. Suruh buka. Pemuda pas cakap bn boleh awat pas tak boleh?

Itu kan bangunan orang ramai? Kata orang2 pas. Bukan seme sokong bn oke. Nak pasang kita pasang sama2, tak bagi pasang, dengan bn2 sekali kena buka. Ikut konsep keadilan kat sini.

Then bn buka.

Kenapa bn buka? Sebab orang2 bn kat kawasan aku ada akai. Better kita sama2 ikut peraturan. Nama parti pun tak buruk. Nak raih sokongan bukan dengan cara ganas.

Tapi tak terpakai untuk seme tempatla. Buktinya bila penyokong bn sanggup tetak orang pasal bendera. Yang baik2 ada taraf minoriti je. Majoriti plak jenis samseng. Lue fikirla sendiri.

KUALA LUMPUR: Empat lelaki, termasuk dua beradik ditahan petang semalam bagi membantu siasatan berhubung kes tetak seorang lelaki ketika sedang memasang bendera sebuah parti politik di Kemaman, Terengganu Jumaat lepas.

Penolong Ketua Urusetia Ketua Polis Negara (Perhubungan Awam) ACP Ramli Mohamed Yoosuf berkata kesemua suspek berusia antara 28 dan 44 tahun itu ditahan di hadapan Balai Polis Chukai, Kemaman, Terengganu kira-kira 6.45 petang. "Mereka ditahan dan disiasat mengikut Seksyen 148 Kanun Keseksaan atas kesalahan merusuh dan jika sabit kesalahan hukuman penjara lima tahun atau denda atau keduanya dan Seksyen 324 Kanun Keseksaan iaitu sengaja menyebabkan kecederaan," katanya pada taklimat pilihan raya umum ke-13 (PRU13) di Bukit Aman di sini hari ini.

Jumaat lepas, seorang lelaki berusia 40-an cedera parah di bahagian depan dan belakang badan setelah ditetak menggunakan parang dan kayu oleh lima individu ketika mangsa bersama rakannya sedang memasang bendera parti.

Difahamkan kejadian kira-kira 11 malam itu dipercayai berpunca akibat perebutan kawasan untuk memasang bendera parti.