t>

Breaking News

Kementerian Kesihatan Kantoikan SPR.


Tak pasal2 malu.

Adoyai. 

Lainkali kalau nak menipu ke nak heret nama mana2 kementerian ke, discuss la dulu dengan pak menteri kementerian terbabit. Kan dah terkena sendiri. Nampak sangat yang ;

1. SPR sedang cari jalan nak bersihkan imej dan kredibliti sendiri.

2. Sedaya upaya sedang menegakkan benang basah.

3. Sedang mencipta persepsi seolah2 bahawa semua tindakan SPR ada asas dan kewajaran nya.

4. SPR tak pernah melakukan apa2 kesilapan sepanjang proses dorang menguruskan PRU ke 13 baru2 neh.

Sudah la SPR. 

Mula2 cakap kalau ada apa2 yang tak puas ahti lawan ah guna mahkamah. La neh orang dah heret ke mahkamah, hari2 ko buat statement yang semua tindakan SPR betul dan tepat. Macam cacing kepanasan. Melatah tak tentu pasal. 

Kenapa?

Ada buat salah ka?

Keh Keh Keh

Baca bawah ;

Menteri Kesihatan telah menafikan dakwaan oleh Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof dan Ketua Penerangan Umno Datuk Ahmad Maslan mengenai dakwat kekal yang digunakan pada PRU13.
Sebelum ini, Abdul Aziz dan Ahmad mendakwa kandungan silver nitrate di dalam dakwat kekal dikurangkan demi kesihatan para pengundi.
Kandungan silver nitrate yang rendah di dalam dakwat kekal yang disapu pada jari pengundi telah disebut-sebut sebagai punca dakwat itu boleh dibasuh terus selepas digunakan.

Ditanya sama ada memang terdapat alasan perubatan untuk mengurangkan silver nitrate, Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr S Subramaniam berkata: “Saya tidak pasti, anda perlu bertanya SPR soalan tersebut. Jika anda tanya sama ada mereka tanya kita untuk sebarang laporan, saya rasa tidak".

Subramaniam juga berkata tiada perbincangan dengan kementerian untuk mendapatkan laporan mengenai penggunaan dakwat kekal dari sudut perubatan.

“Jika mereka ada bertanya pada kita dan kita diberikan laporan, maka ia amat berlainan, tapi saya tidak rasa begitu…” tambah Subramaniam lagi.

Sebelum ini, Aziz mendakwa SPR telah mendapat satu surat daripada Kementerian Kesihatan yang memberikan amaran mengenai penggunaan silver nitrate yang berlebihan di dalam dakwat kekal yang boleh menyebabkan penyakit ginjal dan kanser.

Ahmad pula mendakwa keputusan ditukar pada saat-saat akhir untuk merendahkan kandungan silver nitrate adalah untuk tujuan kesihatan.

“Ini adalah kali pertama saya mendengarnya,” kata Subramaniam ketika ditanya mengenai dakwaan Abdul Aziz dan Ahmad. - HD -