t>

Breaking News

Sirul Azhar Mungkin Dibebaskan.


Tak sangka permohonan rayuan dia dibenarkan. 

Mahkamah Rayuan membenarkan permohonan bekas pegawai polis Sirul Azhar Umar untuk mengisytiharkan perbicaraan silap dalam kes melibatkan pembunuhan warganegara Mongolia Altantuya Shaariibuu.

Pihak pendakwaan, diketuai oleh Tun Abdul Majid Hamzah tidak membantah permohonan itu.

Panel tiga anggota terdiri daripada Hakim Mohamed Apandi Ali, Linton Albert dan Tengku Maimun Tuan Mat mengarahkan pasukan pembelaan Sirul memfailkan permohonan dalam tempoh 10 hari.

Ini bagi membolehkan pasukannya mengumpulkan nota prosiding dan dokumen lain daripada Mahkamah Tinggi Shah Alam.

Kes ditangguh kepada 24 Jun.

Pada tahun 2009, Sirul Azhar dah dijatuhkan hukuman mati. Dan sekarang selepas hampir 4 tahun berlalu, tiada apa2 perkembangan melainkan peguam Sirul Azhar asyik merayu dan merayu berkali2 atas alasan yang berbeza2. Rakyat melihat isu neh seolah2 dijadikan sandiwara oleh pihak tertentu.

Tah macam mana, aku terfikir yang Sirul Azhar mungkin akan dibebaskan andaikata rayuan dia mampu menyakinkan hakim. Hujah dia agak kuat juga kali neh di mana dia menggunapakai bahawa surat akuan bersumpah 1 dan 2 yang telah tersebar di internet sekaligus telah mengundang persepsi dia bersalah sebelum dibuktikan bersalah.

Rujuk sini : http://sozcyili.blogspot.com/2013/06/sirul-azhar-rayu-hakim-isytihar-dia.html

Tak mustahil dia akan dibebaskan, ataupun sekurang2nya dari hukuman gantung kepada hukuman penjara. Tunggu dan lihat perjalanan kes neh macam mana nanti.