t>

Breaking News

Harga Daging Naik.


Nampaknya menteri kita mungkin akan garu kepala lepas neh. Ayam naik harga. Dia suruh boikot ayam dan makan ikan dengan daging. Sekarang daging naik harga, apa agaknya kenyataan yang dia akan keluarkan untuk menjawab kepada situasi neh agaknya ek?

Hehe.

Dalam pada itu, rupa2nya ;

1. Daging bukan merupakan harga kawalan. Aku baru tahu. Ingatkan daging macam ayam. Harga yang kerajaan kawal. Rupa2nya bukan.

2. Harga daging dispekulasikan akan naik sehingga 50% dari harga asal. Hah mampos la masing2 lepas neh nak mencekik daging pun mahal, ayam pun mahal. Takan nak buat rendang ikan bilis kot? Ikan bilis pun mahal wehh.

3. Kegagalan NFC.

Eh ada kena mengena ke? Ya. Ada sangat2. NFC ditubuhkan untuk mengatasi isu2 macam neh la. Nampaknya NFC tak berperanan langsung. Duit pinjaman lebur, bisnes lingkup, rakyat terkena lagi macam biasa.

Haizh.

Baca bawah ;


Daging tempatan yang dijual di Pasar Pendang didapati mengalami kenaikan harga sebanyak RM2 iaitu peningkatan dari RM22 sekilogram (kg) kepada RM24/kg.  Peniaga, Che Ani Baharom, 58, berkata, harga daging naik sejak seminggu sebelum Ramadan dan menjadi perkara biasa ketika menjelang musim perayaan.  Menurutnya, dia terpaksa menjual daging dengan harga tinggi kerana bekalan yang diambil daripada pembekal adalah tinggi. 
“Jualan daging merosot dari seekor sehari kepada setengah ekor sahaja kerana pembeli mengehadkan kuantiti pembelian mengikut kemampuan mereka.  “Modal peniaga juga tinggi menyebabkan mereka tidak berani untuk menanggung risiko kerosakan jika mengambil bekalan banyak,” katanya kepada Sinar Harian. 
Che Ani berkata, kenaikan harga daging mengejutkan pembeli kerana tiada pengumuman dimaklumkan pihak terbabit.  “Kenaikan harga daging begitu memberi bebanan bukan sahaja kepada peniaga namun kepada pengguna kerana daging tempatan merupakan barang basah yang sering mendapat permintaan tinggi ketika perayaan. 
“Golongan yang berpendapatan rendah begitu merasai bebannya memandangkan Ramadan memerlukan perbelanjaan yang tinggi untuk persiapan Aidilfitri,” katanya.  Peniaga, Ghazali Abd Ghani, 57, berkata, peniaga daging menerima tempias dengan kenaikan harga daging apabila ada pembeli yang mendakwa peniaga sengaja menaikkan harga sedangkan perkara itu terjadi bergantung kepada pembekal. 
“Pihak bertanggungjawab sepatutnya mengawal harga daging lebih awal supaya pembekal tidak sewenang-wenangnya menaikkan harga.  “Peniaga kecil macam kami ini tak ada kuasa apa kerana orang kampung banyak yang tidak faham berkaitan kenaikan harga,” katanya. 
Ghazali berkata, kebanyakan peniaga bimbang kerana mendengar khabar angin bahawa harga daging tempatan dijangka naik 50 peratus sekilogram menjelang Aidilfitri kelak.
Dalam pada itu, sumber daripada Pejabat Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan (PPDNKK) memaklumkan bahawa daging dan beberapa barang kawalan lain masih belum dimasukkan dalam skim kawalan harga. 
“Sekarang daging dan beberapa barang kawalan harga lain masih tidak dimasukkan dalam skim terbabit menyebabkan harga barang tidak stabil dan bergantung kepada barang dan permintaan,” katanya.  Sumber berkenaan berkata, semua barang yang tersenarai di bawah skim kawalan harga perlu diseragamkan harga dan peniaga dikehendaki menjual pada satu harga seluruh negara. 
Dalam pada itu, ditanya berkaitan khabar angin kenaikan harga daging kepada 50 peratus menjelang Aidilfitri, pihak terbabit menjelaskan bahawa khabar angin itu merupakan taktik berniaga biasa untuk mengaut keuntungan. - SH