t>

Breaking News

Penduduk Tertekan Masalah Air Di Pekan - Najib Sila Bantu.



Penduduk mengalami masalah gangguan bekalan air sejak beberapa bulan lalu semakin kritikal sehingga mengganggu rutin harian.

Penduduk dari Felcra Sri  Makmur  Peringkat Satu, Zulkifli Mohd Nordin, 57, berkata, masalah gangguan bekalan air di kawasan itu telah dilaporkan kepada pihak berkaitan, namun masih tiada tindakan penyelesaian dilakukan.

Menurutnya, dia dan jiran terpaksa menadah air di dalam baldi dan tong bagi menampung kegunaan isi rumah berikutan masalah berkenaan.

“Ada masa penduduk dapat bekalan air namun tekanannya amat rendah dan dalam tempoh dua bulan ini keadaan semakin kritikal apabila penduduk mengadu tidak mendapat bekalan air yang cukup.


“Keadaan sukar ini semakin dirasai apatah lagi kini Ramadan,” katanya.

Katanya, mereka sukar menyediakan makanan untuk bersahur disebabkan bekalan air bersih yang tidak mencukupi.

Ingatkan di Selangor jek ada masalah air. Rupanya kat Pekan, Pahang pun ada juga. Harap2 TV3 masukkan dalam berita mereka la. Sebab penduduk di kawasan tersebut dah lakukan macam2 perkara agar masalah air di kawasan mereka dapat diselesaikan tapi tak selesai2 juga.

Ingatkan duduk di kawasan yang Najib jadi WAKIL RAKYATnya, takde masalah. Rupanya 2 x 5 juga. PM ka tak PM ka, tetap tak jaga kawasan rupanya.

Hehe.