Ini Respon Kedutaan Mesir Di Malaysia Bila Diserbu Oleh Rakyat Malaysia..

Kepala hotak Soz Cyili on Friday, August 16, 2013


Kisah Ustaz Wan Subki (Naib Presiden Pertubuhan IKRAM Malaysia) bertemu wakil Kedutaan Mesir di Malaysia :

"Ini kali ketiga Himpunan Aman diadakan untuk Morsi dan rakyat Mesir. Pertemuan kali ketiga ini membuatkan saya lebih bersemangat! Bila kami tiba di pintu masuk kedutaan, mereka tidak membenarkan masuk. Jika ada urusan, selesaikan di sini sahaja. Maka, saya pun berkata kepada wakil Kedutaan Mesir :

"Saya telah banyak kali ke pejabat-pejabat kerajaan, kedutaan-kedutaan, tapi adakah ini layanan kamu kepada kami?"

Kemudian, barulah mereka benarkan kami masuk. Itupun, hanya membenarkan 2 orang wakil NGO sahaja. Kami dibawa ke pejabat dan bertemu dengan pihak kedutaan. 

Mereka bertanya kepada kami : "Apa tujuan kamu datang ke sini?"

Maka saya jawab kembali, "Sepatutnya jawapan itu ada pada kamu. Sebab tindakan kamulah, kami ada di sini hari ini. Kenapa kamu bunuh rakyat negara kamu?"

Mereka menjawab : "Bukan saja ratusan orang awam terbunuh. Bahkan 40 orang tentera kami juga terbunuh."

Saya jawab : "Tidak kiralah siapa yang terbunuh. Tentera ke, rakyat ke, sekarang ni ada yang terbunuh. Rakyat yang terbunuh berjumlah ribuan orang."

Mereka menjawab : " Itu bukan urusan kamu. Ini urusan negara kami. Kami mahu jaga keamanan."

Saya jawab : "Apa yang kamu lakukan tidak dapat dimaafkan. Ini pembunuhan. Ia isu kemanusian. Kami yang berada di Malaysia pun terasa kekejaman yang berlaku semalam, apatah lagi kamu rakyat Mesir, sanggup membunuh rakyat sendiri pula tu."

Mereka terdiam sejenak, kemudian menjawab : "errr.. kami hanya bekerja di sini."

Mereka menyambung kembali : "Kenapa jika Ikhwan melakukan pembunuhan, kamu tidak melakukan bantahan?"

Saya menjawab : "Tidak kiralah siapa yang melakukan pembunuhan. Ia harus ditentang."

Mereka berkata : "Mana senarai pertubuhan-pertubuhan yang bersama kamu hari ini?"

Saya memberikan kertas yang tertera ratusan NGO yang bersama bersolidariti bersama rakyat Mesir.

Saya berkata : "Jika kamu tidak selesaikan perkara ini, saya tidak jamin ia akan berakhir di sini. Esok, lusa dan seterusnya akan ada yang berhimpun di sini. Segala tuntutan kami ada di dalam memorandum yang kami serahkan ini. Nama kamu bermaksud baik, kami harap harapan kami ini disampaikan kepada pimpinan kudeta kamu di Mesir."

Setelah menyerahkan memorandum, kami menuju keluar dari kedutaan.


-----------------------------------------------------------------------------------------------

Ini adalah dialog Ustaz Wan Subki ketika berhadapan wakil Kedutaan Mesir di Malaysia. Ada beberapa point yang aku terlupa. Cumanya, aku nak khabarkan di sini, skrip Macai-Macai di dunia hampir sama. Bila tak dapat jawab, mulalah melalut ke sana-sini. 

Ya Allah, Hancurlah rejim2 Syaitan di seluruh dunia khusus di Mesir dan Syria. Hancurkanlah kuasa2 yang bersekongkol dengan Zionis Yahudi dan Amerika. Berikanlah kemenangan kepada rakyat Mesir yang teraniaya. Hancurkanlah mereka sepertimana Engkau mengazab kaum Aad, Thamud, Firaun, Namrud, Kaum Nabi Luth dan lain2. Berikanlah kekuatan kepada Dr Morsi, Para Ikhwan, penyokongnya dan rakyat Mesir. Amin Ya Rabbal Alamin..


Via ==>  https://www.facebook.com/photo.php?fbid=549082975159122&set=a.101246699942754.1687.100001722723145&type=1&relevant_count=1

8 Ways You Can Make A Difference Using Your Online Skills

 

Followers

Readers