t>

Breaking News

QADAM GHAIB - Mari Baca Ini, Anda Pasti Terkejut.

Kat Malaysia pula tue. Ingatkan troll. Tapi siap dengan account bank bagai. Aduhai. Sesudah air Alkhadafi, kini kita ada QADAM GHAIB pula.

Aduhaiii

Korang baca dulu ;

Untuk makluman anda Qadam ini terdiri dari 2 jenis, pertamanya dari unsur "Anmadil" dan yang keduanya dari unsur "Hainan" . Golongan Anmadil adalah dari golongan yang baik-baik, mereka ini adalah dari Agama Islam , menjalani perkara-perkara yang disuruh dan meninggalkan perkara yang dilarang. Manakala golongan Hainan adalah dari golongan yang melakukan kejahatan dan kebinasaan, mereka ini melakukan perkara-perkara yang dilarang dari Allah.
Sekarang mungkin anda sudah mula fahami tentang persoalan yang bermain difikiran. Jadi jelaslah sekarang Anmadil (Baik) dan Hainan (Jahat). Jadi serinya anda mengambil Qadam Hainan sebagi dampingan sudah pastinya anda akan mendapat susah dan anda akan diganggu seluruhnya. Manakala sekiranya Qadam dari Anmadil dijadikan dampingan insallah anda akan didorang juga melakukan kebaikan serta melakukan perkara-perkara yang baik.
 Maksudnya?

1. Ada qadam baik, ada qadam tak baik.

2. Kalau amek qadam baik = boleh dorong kita lakukan benda2 yang baik.

3. Qadam2 ini adalah sebahagian dari alam ghaib.

4. Qadam2 ini boleh digunakan untuk mendampingi kita..

Errr..?

Nak tahu apa yang lebih pelik? Lihat bawah ;

a) Qadam Pemurah Rezeki
* Membantu melancarkan berkaitan kerezekian, sangat sesuai bagi mereka yang ingin mencari pekerjaan, perniagaan dan lain-lain. 

b) Qadam Penjaga Diri pendinding 
* Membantu dalam membentengkan diri dari terkena gangguan Nyata dan Ghaib! seperti gelas pecah apabila minuman diisi racun.

c) Qadam Pemanis dan pemikat
* Menaikkan keserian dan pemanis wajah bagi tujuan perniagaan, pasangan bercinta, pasangan berkahwin dan lain-lain.

d) Qadam penggerun
* Amat sesuai bagi mereka yang menjalankan pekerjaan seperti penguat kuasa, mengarah pekerja supaya mendengar arahan atau nasihat. Segala kata-kata dihormati dan dipatuhi

e) Qadam Persilatan
* Didatangi ilmu persilatan sewaktu kecemasan, walau anda jahil berkaitan silat.

f) Qadam Guru Agama
* Membimbing anda didalam hal-hal keagamaan sebagai contoh , mengingatkan anda waktu solat (kejut waktu subuh) , menghalang anda dari melakukan perkara-perkara yang boleh membawa kerosakan seperti perjudian, maksiat dan lain-lain.
 


Dan, antara yang terpelik paling pelik dalam citer neh ialah ;


Pfttt

Boleh jual beli pula tue. Siap boleh order guna SMS.

Aduhaii.. sapa la yang percaya... aku harap2 takde la yang betul2 mempercayai benda2 gini. Benda2 ghaib dalam Islam diakui. Tidak kita mempersoalkan perkara2 yang ghaib yang tidak mampu dijawab oleh akal biasa kita, tetapi tidak la sampai kepada perkara2 seperti ini. Ini bukan alam ghaib pada pendapat aku. Ia lebih kepada alam pembodohan. Apa pun kita tunggu la penjelasan dari orang2 yang arif dalam agama untuk terangkan dengan lebih menyeluruh..

Blog yang jual beli qadam2 neh boleh rujuk kat sini ==> http://www.alamghaib.com/Qadam.php

Alamat kedai apa semua lengkap. Korang tengokla sendiri oke.