t>

Breaking News

Jika Jenazah Chin Peng Dibawa Pulang Ke Malaysia, KAMI Sanggup Uruskan - Nik Hakim.


Isu Chin Peng bukan isu bangsa. Siapa kata takde melayu yang menganggap Chin Peng hero? Ada wehh..

Dan siapa cakap komunis hanya melibatkan orang2 cina? Ada je orang2 yang bukan cina wehh..


Kumpulan Aktivis Mahasiswa Independen (KAMI) sanggup untuk menguruskan jenazah Chin Peng jika dibawa balik ke Malaysia. Kesanggupan KAMI untuk menguruskannya adalah bagi mengingati jasa Bekas Setiausaha Agung Parti Komunis Malaya (PKM) itu.
Chin Peng meninggal dunia pada 16 September berserentak dengan sambutan  hari Malaysia. pemergian seorang tokoh ini adalah mulia walau apapun warna dan simbol panji perjuangannya.
Bersemadinya beliau tetap sebagai pejuang kemerdekaan bagi mahasiswa dan anak muda khususnya dalam KAMI.
Tunku Abdul Rahman sendiri pernah mengakui jasa-jasa Chin Peng, tapi kenapa mereka yang menggalas senjata ini tidak mendapat penghormatan yang sepatutnya?
Beliau memang komunis yang dianggap negatif bagi masyarakat pada umumnya. Tapi adakah kebenaran bahawa Chin Peng menggalas senjata lawan penjajah yang berjuang masuk ke hutan harus digelapkan daripada sejarah?
Apabila kita menghayati Memoir Said Zahari, Chin Peng juga pemimpin PKM yang menganjurkan kempen ‘Ops Lapar’ dengan mengedarkan makanan yang dimasak oleh ahli PKM untuk diedarkan secara percuma kepada penduduk miskin disekitar Baling, Kedah yang majoritinya berbangsa Melayu dan beragama Islam sehingga menimbulkan kemarahan oleh pihak British yang seterusnya menghantar wakilnya dari Kuala Lumpur untuk mengugut penduduk agar tidak menerima bantuan tersebut.
Itu lah salah satu jasa Chin Peng dan kawan-kawannya yang digelapkan dalam sejarah.

Chin Peng digelar sebagai pengkhianat kerana membunuh Sir Henry Gurney adalah tidak relevan.
Kita selalu mengutuk Chin Peng, tetapi tidak pernah cuba memahami apa yang Chin Peng mahu sampaikan. Siapa yang Chin Peng bunuh itu? Tahukah kita siapa Sir Henry Gurney ini?
Henry Gurney adalah merupakan "Chief Secretary to the Palestine Mandate Government (1946–1948). Beliau telah diberi tanggungjawab untuk memecahkan negara Palestin pada tahun 1947. Dengan fikiran yang bergeliga, beliau telah berjaya memecahkan negara Palestin dan membentuk negara zionis Israel.
Pada 14 Mei 1948 , terbentuklah negara Israel hasil dari perpecahan yang dirancang oleh Sir Henry Lovell Goldsworthy Gurney. Setelah berjaya dengan cemerlang, beliau telah dihantar ke Malaya pada 13 september 1948 pastinya untuk memecahbelahkan perpaduan 3 kaum utama di Malaya supaya mereka boleh terus berkuasa.
Selepas 3 tahun di Malaya, pada 6 oktober 1951, Gurney yang diiring oleh gerombolah kereta kebal telah diserang hendap oleh komunis yang diketuai oleh Chin Peng dalam perjalannya ke Bukit Fraser. Pernahkah kita terfikir kenapa Chin Peng dan kawan-kawannya membunuh Sir Henry Gurney ini? Rasionalkah kita mengatakan Chin Peng dan kawan-kawannya itu sebagai pemberontak?
Oleh itu, Kumpulan Aktivis Mahasiswa Independen (KAMI) menyeru pihak berwajib khususnya kepada Kerajaan supaya jenazah Chin Peng dibawa balik ke Malaysia dengan segera bagi mengingati dan memberi penghormatan terakhir atas segala jasa beliau.
Soal pengurusan jenazah, Kumpulan Aktivis Mahasiswa Independen (KAMI) bersedia untuk membantu menguruskan mendiang dengan segala keupayaan yang KAMI ada. - 16 September, 2013.