t>

Breaking News

Senarai Kenaikan Harga Barang Tahun 2013 - 2014.


Tahun 2013, terutamanya sejak BN mengalih alih pentadbiran negara semula, seperti 55 tahun yang lepas, kita menyaksikan beberapa siri kenaikan harga barang. Kesan dari pelan rasionalisasikan subsidi yang di susun oleh kerajaan konon nya atas nama pemulihan ekonomi negara yang berada di ambang kegawatan dan negara akan berada di ambang kebankrupan jika tidak di atasi dari sekarang.

Pun begitu.

Ada beberapa perkara yang menimbulkan tanda tanya pada orang awam.

1. Jika benar negara berada di ambang kegawatan - kenapa pemimpin2 negara masih berboros seperti selalu bahkan semakin melampau2 jadinya? Bukan nya jika penjimatan itu perlu dilakukan, maka ia harus bermula dulu dari perbelanjaan berhemah dari semua kementerian2 yang wujud? Nampaknya ketirisan dan penyelewengan masih lagi wujud dari tahun ke tahun.

2. Jika benar ekonomi negara bermasalah dan rakyat perlu hulurkan tangan ringankan beban negara, maka kenapa pula kerajaan masih mengekalkan perbelanjaan2 yang tidak perlu seperti subsidi untuk kroni IPP dan juga masih meneruskan amalan2 yang tidak sesuai seperti perbelanjaan tinggi setiap kali gunakan pesawat kerajaan?

Nampaknya, tindakan kerajaan kadang kala tidak seiring dengan apa yang mereka ucapkan. Kadang2 nampak macam ekonomi gawat bila subsidi demi subsidi terhadap rakyat di kurangkan. Konon nya atas alasan rakyat tidak perlu malas, berhenti bergantung harap pada subsidi dan subsidi sepatutnya disalurkan kepada mereka yang benar2 memerlukan aje.

Kadang2 nampak macam ekonomi kita oke bila kerajaan cakap pelaburan banyak masuk, inflasi susut, hasil negara meningkat dan sebagainya.

Boleh lihat betapa peningnya pemimpin2 negara kita setiap kali mereka berucap di hadapan rakyat. Tak pasal2 dengan rakyat sekali rasa pening sebab nak kena selidik kebenaran disebalik kata2 mereka. Tak ke itu menyusahkan namanya tue?

Sekarang kita imbas kembali beberapa kenaikan yang berlaku sepanjang tahun 2013 dan kenaikan2 ini akan terus berlaku sepanjang tahun 2014 sehinggalah kepada tahun 2016, kesan daripada pelaksanaan GST pada tahun 2015 kelak. Maka ini bermaksud 3 tahun dari 
sekarang ;

JIMAT
JIMAT
JIMAT 
DAN JIMAT

Rakyat perlu bersedia.

Senarai kenaikan harga sepanjang tahun 2013 - 2014.

1. Kenaikan harga petrol dan diesel. Berpunca daripada pengurangan subsidi oleh kerajaan.

2. Kenaikan harga rokok. Berpunca daripada peningkatan cukai sebanyak 14%.

3. Kenaikan harga gula. Berpunca daripada pemahsuhan subsidi gula oleh kerajaan. Gula kini tanpa subsidi namun pembalut2 gula bercop subsidi oleh kerajaan masih lagi berada di pasaran. Stok lama barangkali.

4. Peningkatan tarif elektrik sebanyak 15%. Membabitkan penggunaan rumah dan juga industri.

5. Kenaikan tol di 13 lebuhraya di seluruh negara. Kadar kenaikan dari 30sen kepada rm2.

6. Kenaikan kadar tambang LRT, teksi, bas sekolah (naik sebanyak 40%), bas ekpress, monorail, KTM = senang cakap pengangkutan awam la.

7. Kenaikan cukai hartanah sebanyak 300% di KL bermula pertengahan tahun 2014.

8. Pada tahun 2014 ;

- Petrol + diesel dijangka akan naik lagi disebabkan pelan rasionalisasikan subsidi oleh kerajaan.

- Tarif air akan dinaikkan

- Cukai jalan masih dalam peringkat kajian untuk dinaikkan

9. Seperti yang kita sedia maklum. Kesan dari rasionalisasikan subsidi oleh kerajaan ini juga telah mendorong kepada kenaikan ;

- Harga rumah

- Harga barangan asas, makanan dan juga perkhidmatan seperti POS LAJU.

- ASTRO.

- TNB juga menaikkan surcaj tenaga boleh diperbaharui sebanyak 1.6% bermula tahun 2014.

- Surcaj dikenakan kepada pengguna LRT yang turun di station yang sama, samada sengaja atau tidak sengaja, mula diperkenalkan.

- Pemahsuhan sistem bayaran tunai di beberapa lebuhraya dan mengantikan sistem touch dan go di pondok tol.

- Kenaikan2 tidak langsung yang membabitkan kelompok tertentu seperti kenaikan yuran taska atau tadika swasta, harga perabot, barang2 elektrik dan sebagainya.

Nah, seberapa banyak yang rakyat mampu bersabar, serap dan tanggani perkara ini?

Lue fikirlah sendiri.