t>

Breaking News

Anwar Ibrahim Kena Hentam Kaw2 Di Laman Sosial !!!

Mula2 MAZA. MAZA bidas direct jek. Takde perli2 dan sindir2 lagi dah. Sound tepat.

Lihat ;



Dan ini ;



Penjelasan lanjut oleh MAZA boleh di ikuti disini.

Kemudian geng2 mahasiswa dan anak muda.

Lihat ;



Dan ini ;



Dan lagi ;


Rujukan : https://www.facebook.com/fahmi.zainol.1/posts/810014072358336

Lagi ;



Petang semalam ketika berada di Pejabat Agung Pas menghadiri satu mesyuarat, saya dan semua yang ada ketika itu dikejutkan dengan pengumuman perletakkan jawatan oleh Ahli Dewan Negeri (ADN) Kajang Lee Chin Cheh sebagai wakil rakyat. Saya tertanya-tanya kenapa dan apa tujuan terhadap perletakkan jawatan tersebut.

Persoalan itu terjawab apabila Ketua AMK Pusat YB Shamsul Iskandar keluar kenyataan media bahawa "AMK hanya menerima Anwar Ibrahim sebagai calon".

Bermain di pemikiran saya kenapa tergamaknya pimpinan PKR bertindak dan mengambil sikap demikian dan membelakang parti komponen Pakatan Rakyat lebih- lebih lagi Pas di Negeri Selangor. Bahkan tindakan meletak jawatan Ahli Dewan Negeri adalah satu pengkhianatan terhadap mandat yang diberikan oleh rakyat.

Pas sebagai parti majoriti dalam Kerajaan Selangor dengan memiliki lebihan satu kerusi sepatutnya diberi penghormatan untuk dibawa kepada perbincangan jika persefahaman atas nama PR ini dijaga.

Jika melihat pada Pemuda Pas yang merupakan sayap dalaman parti yang menjadi tunjang kepada jentera pilihanraya cukup amat terkilan dengan tindakan ini. Semua para pemuda tidak pernah mempertikai keputusan pimpinan Pas apabila mengarahkan para pemuda bertugas dan bertungkus lumus untuk memenangkan calon PKR. Bahkan pimpinan Pas berusaha untuk menjaga persefahaman ini termasuk terhadap sebahagian petugas parti PKR. Namun isu ini telah mencederakan hati dan perasaan sebahagian besar Pemuda Pas di Selangor.

Saya yakin semua jentera dan ahli Pas disemua peringkat bahkan orang luar yang tidak terlibat sekalipun melihat tindakan ini adalah tindakan biadap dan mengkhianati semangat setiakawan yang telah dipelihara selama ini.

Saya yakin pemuda pas tidak teragak-agak untuk mengambil sikap berkecuali daripada hubungan ini andai PKR terus menerus bersikap tidak bertanggungjawab ini.

Syarhan Humaizi Halim.
28 Jan 2014
Gombak,Selangor


Rujukan :  https://www.facebook.com/PemudaGombak?filter=1

Dan lagi ;


Maria Chin Abdullah mewakili BERSIH.

Dan ini kenyataan rasmi dari pihak BERSIH mengenai tindakan DSAI yang mempermainkan PRU untuk kepentingan parti politik sehingga mengabaikan hak rakyat.

Rujuk ;

Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih 2.0) mengecam keras peletakan jawatan wakil rakyat PKR, Lee Chin Cheh daripada kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang kerana ia mengkhianati amanah rakyat.
Pertubuhan bukan kerajaan tersebut menegaskan tindakan itu sama sekali tidak boleh diterima semata-mata demi kepentingan PKR.
"Bersih 2.0 menegaskan ia tidak munasabah wakil rakyat meletak jawatan demi kepentingan parti politiknya.
"Peletakan jawatan Lee Chin Cheh adalah satu pengkhianatan yang diberi lapan bulan lalu," kata gabungan tersebut dalam satu kenyataan hari in.
Bersih juga membidas PKR kerana mengamalkan politik kotor dengan menerima peletakan Lee tanpa sebarang alasan yang munasabah.
"Politik kotor yang busuk ini perlu ditentang dan dikecam," kata Bersih 2.0.
Dalam pada itu, Bersih berkata tanggungjawab seorang wakil rakyat adalah memberikan khidmat kepada pengundinya dan bukan semata-mata terhadap parti yang diwakilinya.
"Perletakan jawatan Lee tidak meletak kepentingan rakyat terlebih dahulu."

Dan lagi ;



Rujukan : https://www.facebook.com/SHAHEED.AKRAM.AHMAR/posts/625881030824104

Dan yang dijangka paling kontroversi mestilah hujah dari Ali Abu macam biasa.

Baca ;





Rujukan : https://www.facebook.com/tomatosusu/posts/787055191307975



Pendapat aku.

1. Bukan sedikit orang yang marahkan PKR kerana salah guna kepentingan rakyat atas nama mementingkan parti.

2. Mereka tak melarang PKR bertindak selesaikan permasalahan dalaman. Tetapi mereka minta agar PKR selesaikan ia tanpa membabitkan kepentingan rakyat. 

3. Mereka juga menolak alasan bahawa Azmin punca utama kepada semua perkara ini. Jika sebelum Anwar jadi MB pun Azmin tidak dapat dikawal, apa jaminan Anwar dapat kawal Azmin selepas dilantik menjadi MB Selangor?

4. Lagipun tiada bukti konkrit yang boleh dikemukakan untuk mengatakan Azmin gila kuasa. Semua nya menuduh sebarangan. Bagi la hujah ke bukti ke saksi ke.

5. Kalau dilihat petikan berita dari MKINI versi english, DSAI mahu semua pihak jangan mengaitkan pencalonan dia di Dun Kajang dengan masalah AZMIN VS KHALID.

6. Kalau dah DSAI sendiri melarang perkara itu dijadikan alasan, apa sebabnya pula penyokong2 DSAI mengemukakan alasan itu sebagai hujah mempertahankan tindakan DSAI?

7. Kalau pun benar Azmin mengacau Khalid, bukan kah cara yang tepat ialah DSAI perlu cari jalan macam mana nak menghentikan langkah Azmin? Contohnya plan strategi untuk tukar timbalan presiden kepada orang lain ke. Kenapa pula Khalid yang di undurkan?

8. Cakap2 Khalid di undurkan ialah bersifat spekulasi. Tiada pengakuan rasmi dari PKR buat masa sekarang. Namun penyokong2 DSAI sudah pun mengeluarkan kenyataan tersebut di wall masing2. Bahawa Khalid sakit dan akan digantikan oleh DSAI. Kalau betul sakit kenapa tidak kosongkan Dun dan Parlimen yang Khalid tandingi pada tahun 2013?

Rujukan : https://www.facebook.com/apple.merah.96155

9. Apa yang orang rasa sekarang neh ialah ;

- Anwar akan ambil alih jawatan MB.

- Maka apa yang Khalid jaga dengan amanah selama neh akan menjadi habuan orang2 PKR.

- Khalid terkenal dengan sikap amanah dan intergriti. Dia berjaga2 dalam setiap satusen duit rakyat yang bakal dikeluarkan agar semua perbelanjaan2 tersebut akan menjadi berbelanjaan yang patut dan berhemah.

- Atas sikap Khalid yang tegas, amanah serta adil maka orang2 PKR naik berang kerana tak dapat 'habuan' sedangkan yang lead Selangor orang2 PKR juga. Bukan orang lain.

- Maka Khalid perlu digantikan.

- Khalid bukan gila jawatan dan gila kuasa. Jauh sekali orang politik. Dia cuma orang korporat yang pandai buat kerja.

- Oleh kerana ada 'desakan' dari orang berpengaruh maka Khalid bersedia undur diri. Setakat duit dan pangkat dia boleh cari. Berlambak2 lagi syarikat besar yang mahu gunakan khidmat dan kepakaran Khalid. 

- Maka itula apa yang berlaku sekarang neh.

Jika spekulasi ini terbukti benar, maka kita akan menyaksikan satu lagi parti yang meniru jejak langkah BN sedang berhempas pulas untuk menggunakan apa saja cara bagi mendapat 3billion itu. Yang Khalid jaga dengan penuh amanah.

Sekarang terpulang kepada Kajang dan rakyat Selangor sendiri bagaimana anda mahu wang itu dibelanjakan.

Jika wang itu pergi ke Khalid, ia akan pergi ke rakyat.

Jika wang itu pergi ke selain dari Khalid, belum tentu ia tidak akan pergi ke rakyat, tetapi tiada juga jaminan ia akan pergi ke rakyat.

Pada aku tindakan menyelesaikan konflik dalaman parti dengan menggunakan wang pembayar cukai memang salah.

Apatah lagi tindakan ini try and error. Maksudnya tiada jaminan ia akan diselesaikan cara baik bahkan tiada bukti langsung bahawa tindakan ini sebenarnya satu2 nya tindakan yang boleh dibuat bagi menyekat kemaraan Azmin. Itupun berdasarkan spekulasi yang konon nya  Azmin dah kemaruk sangat nak kan MB sedangkan Azmin sendiri dah dibuktikan tidak layak menjadi MB kerana dilahirkan di Singapore. Di manakah kerasionalan tuduhan tersebut?

Boleh jadi ia sengaja diwujudkan untuk memberikan gambaran tertentu dan untuk menyerap persepsi tertentu.

Jangan tatau. Ada juga yang menuduh ada 12 adun PKR akan lompat ke BN jika Khalid masih berkuasa. La. Kalau sungguh mereka nak lompat parti, lompat la. Apa ugut2 lagi. Kalau sungguh ada 12 adun, dedahkan nama mereka sorang2. Kenapa asyik pongpang2 cakap ada 12 adun tapi dengan bukti apa semua takde. Azmin nak lompat parti? Ingat Azmin tue bodoh sangat ke? Dia dah ada nama besar dalam PKR. Buat apa dia nak rosakkan imej dia semata2 nak dapatkan satu jawatan yang dia terbukti memang tak boleh dapat? Orang2 yang anti Azmin neh dah check balik ke hujah2 korang sebelum main tuduh2 aje?

Rujukan : https://www.facebook.com/penyuburjiwa

Kelakar.

Apa pun ia bukan la menjadi satu kesalahan untuk sesiapa pun menjawat dan mencabar jawatan MB Selangor. Anwar atau sesiapa saja kalau merasakan mereka layak, mereka boleh mencabar kedudukan Khalid. Ini termasuklah Azmin sekalipun andai dia layak. Ia sebenarnya dibenarkan dalam pentadbiran negeri apa. Ini bukan negara komunis. Ini negara demokrasi. Apabila seseorang mencabar seseorang lain, dia tak langgar undang2 pun. Mungkin sesetengah pihak beranggapan ia kerja jahat sedangkan ia bukan seperti itu.

Akan tetapi lebih baik kita menjadi jujur dan berterus terang dari menggunakan bermacam strategi untuk halalkan niat dan matlamat rampasan kuasa kita.

Sungguhpun kita boleh tipu orang, kita tak boleh tipu Allah. 

Apa pun kita serahkan kepada orang2 Kajang untuk buat penilaian sendiri. Apa pun keputusan pengundi Kajang akan kita hormati dan raikan. Dan ini la namanya demokrasi.