t>

Breaking News

CASTMET Sdn. Bhd. Nafi Arah Penyanyi Turun Pentas Kerana Bertudung.

Nafi la pula.

Alasan nya disebabkan majlis tersebut ada hidangan alkohol. Yang aku pelik tue kalau ikut kenyataan penyanyi tersebut dalam majlis tersebut ada ;

1. Tetamu yang berhijab.

2. Tetamu terdiri daripada pelbagai bangsa dan agama.

3. Pengerusi syarikat CASTMET yang juga orang melayu + penganut agama Islam juga berada disitu. 

4. Penyanyi gantian pun orang melayu yang menganuti Islam.

Slumber aje hidangkan alkohol walaupun para tetamu rata2nya penganut Islam siap ada yang bertudung lagi. Penyanyi tak boleh bertudung pula?

HAHAHAAH..

Kang ada la yang melalak isu suara wanita itu aurat dan sebagainya dan blablanla lagi la. Padahal benda tue khilaf ulama aje. Focus la bab tudung tue sudah la. Bab aurat takde khilaf ulama lagi dah. Rambut wanita memang terbukti aurat derrrrrrrr..

HAHAHAHA..

Syarikat pemaju hartanah, CASTMET Sdn Bhd menafikan sekeras-kerasnya bahawa mereka bertindak mengarahkan seorang penyanyi, Marinatasha Isnariah Mustapar turun dari pentas dari membuat persembahan kerana dia berhijab dalam pemakaiannya ketika majlis makan makan malam tahunan syarikat tersebut di Bukit Kiara pada Sabtu lalu. 

Pengarah Urusannya, Tan Keh Wah memberitahu syarikatnya tidak pernah mendiskriminasi mana-mana individu berdasarkan latar agama, keturunan dan juga kepercayaannya.

“Ingin saya tegaskan disini, syarikat kami bukanlah syarikat berteraskan perkauman atau ‘rasis’ dan kami tidak pernah mendiskriminasikan mana-mana individu kerana pegangan agama, kepercayaan atau keturunan,” kata Tan.

Menurut Tan, Marinatasha ditegah untuk tidak membuat persembahan oleh pihaknya bukan kerana dia bertudung tetapi dia bukanlah penyanyi yang dipersetujui oleh pihaknya dan pihak pengurusan acara.

Pada 6 Januari lalu, Jawatankuasa Majlis Makan Malam Tahunan CASTMET 2014 telah bermesyuarat dan dalam mensyuarat itu, pihak CASTMET Sdn Bhd telah menjemput Mohd Solih Toha, iaitu wakil dari syarikat pengurusan acara.

“Dalam mesyuarat tersebut, kesepakatan telah dicapai dimana kumpulan muzik yang akan membuat persembahan akan berinteraksi seperti menari dan menyanyi bersama tetamu yang hadir pada malam itu,” kata Tan kepada pemberita di Bukit Damansara pada Selasa.

Pada 15 Januari pula, ketika raptai dijalankan, penganjur (CASTMET Sdn Bhd) telah diperkenalkan dengan kumpulan ‘Rufus’ yang akan membuat persembahan pada majlis tersebut.

“Kumpulan ini dianggotai oleh seorang penyanyi, pemain dram, pemain gitar utama, pemain gitar ‘bass’ dan pemain ‘keyboard dan ketika itu kami dimaklumkan dari ketua kumpulan ini, Nazri bahawa penyanyi yang muncul ketika majlis ‘preview’ itu, Marinatasha hanyalah sebagai penyanyi pengganti untuk sesi raptai dan kami berpendapat bahawa beliau tidak sesuai untuk majlis pada malam itu,” kata Tan lagi.

Tan menambah keputusan untuk tidak melibatkan penyanyi wanita bertudung adalah disebabkan pada majlis tersebut ada dihidangkan minuman beralkohol.

“Menurut isi perjanjian itu, penyanyi harus berinteraksi dengan tetamu yang kebanyakkannya lelaki bukan Islam dengan menari dan menyanyi bersama mereka dan demi menjaga maruah dan sensitiviti orang Islam, syarikat telah bertegas untuk tidak melibatkan penyanyi yang bertudung dalam majlis tersebut,” jelas Tan lagi.

Melalui wakil syarikat pengurusan acara juga, Tan difahamkan penyanyi utama bagi persembahan malam tersebut bukanlah Marinatasha tetapi adalah bekas peserta Akademi Fantasia Musim ke-8 iaitu Zafarina Jamhari atau Farina.

Pada majlis makam tersebut, selepas Marinatasha tidak dibenarkan membuat persembahan, beliau masih lagi naik ke pentas setelah diundang oleh Farina untuk mendendangkan dua buah lagu bersamanya.

“Ketika berada di pentas itulah, Marinatasha telah bertindak mengumumkan di khalayak ramai bahawa beliau adalah penyanyi utama dan beliau tidak dibenarkan membuat persembahan kerana memakai tudung,” kata Tan lagi.