t>

Breaking News

Di Halau Dan Dimalukan Angkara Bertudung.

Pakai tudung pun jadi satu kesalahan ka di negara neh? Tak faham betul aku dengan mentaliti sesetengah pihak. Mereka masih tak faham2 lagi.

Bertudung tue sama macam ko pakai seluar, baju, aksesori2 seperti pin baju, kasut dan sebagainya. Dalam erti kata lain tudung juga merupakan salah satu jenis pakaian. Pakaian untuk rambut. So, kenapa pula bila seseorang pakai tudung, dia perlu dilayan secara berbeza kerana memakai tudung?

Ce citer?

Ini satu bentuk penindasan, diskriminasi kepada mereka2 yang memakai tudung.

Pakai tudung maksudnya pakai tudung. Pakai tudung tiada kaitan samada ko boleh buat kerja dengan baik ataupun sebaliknya.

Aduhai

Cuba baca ;


Arahan berbaur perkauman tersebut dikeluarkan oleh Pengarah Kewangan CASTMET, Shannon Yong. Menurut Marina lagi, Shahnon ada menemuinya sebelum acara berlangsung dengan meminta dia mencari penyanyi ganti yang tidak bertudung untuk menjayakan persembahan tersebut.
 
“Semasa saya mengadakan latihan bersama pemuzik di studio Plaza Damas pada 16 Januari lalu, wakil CASTMET ada bersama dan mereka tidak pernah isukan mengenai tudung yang saya pakai. Hanya semasa hari majlis tersebut, Shahnon menimbulkannya atas alasan tidak sesuai, sedangkan ada tetamu yang datang berhijab.”
 
Artis Akademia Fantasia 8, Zafarina Jamhari atau Farina yang muncul kemudian dalam persembahannya turut bersimpati dengan mengundang Marina untuk naik ke atas pentas bagi menyanyikan dua buah lagu, “Someone Like You” dan “Price Tag”.
 
“Saya lihat tetamu tiada sebarang masalah dengan penampilan saya berhijab. Malah Pengerusi kumpulan syarikat CASTMET, Tan Sri Mohd Anwar Mohd Nor turut meminta saya menyanyi lagu tambahan,” jelas Marina yang kemudian telah dimarahi Shannon setelah selesai persembahan tersebut.
 
Menurutnya lagi, Shannon kemudian telah memanggilnya di bahagian luar dewan kerana tidak berpuas hati dengan tindakan Marina menyanyi dalam keadaan bertudung. Setelah melepaskan kemarahannya, Shannon meninggalkannya bersama Penolong Pengurus Pembangunan syarikat, Jaharudin Abdul Malek untuk menyelesaikan masalah tersebut.

Rujukan :  http://www.mysuara.net/index.php/bedah-buku/4910-penyanyi-bertudung-dihalau-turun-pentas

Kalau baca dari petikan di atas, big boss tue orang islam tuee. Takan la big boss dia tak aware dengan tingkah laku lelaki tersebut? Apa la masalah lelaki tersebut yang prejudis dengan mereka2 yang bertudung. Yang lebih teruk tue, kalau ko tak suka sangat orang2 yang bertudung, cakap elok2 dah la. Tak perlu la sampai memalukan dan mengaibkan wanita tersebut.

Persoalannya, apa masalah lelaki tersebut yang beria2 begitu anti dengan mereka2 yang bertudung?

Aku ingat awek bertudung pernah tolak cinta dia agaknya. Tue yang anti semacam dengan mereka2 yang bertudung.

HOHOHOHOHOH...