Hantaran Kahwin Semakin Meningkat - Pemilik PHD Demand RM30,000!

Yelah tu.

Kalau ada PHD tue mesti usia dah lewat2 20an. Nak demand tinggi2 konon. Jadi anak dara tua baru padan muka kau.

WAKAKA..

Lepas tue bila dah jadi anak dara tue mula la terhegeh2 nak mengorat laki orang. Almaklumla, nak mengorat bujang semua stok dah kahwin kalau seusia dengan anak dara tua..

Hehe..


UPSR demand RM2,000
SPM demand RM8,000
Diploma, Ijazah dan Master demand lebih kurang bawah RM30,000 kot.

Kalau ada PHD depa demand RM30,000.

Motif demand banyak2 neh dah kenapa? Nak buat kenduri kendara bagai ke apa? Kalau hantar anak belajar tinggi semata2 nak berbangga2 kat orang, anak ko pandai, anak ko ada PHD, anak ko kerja hebat, anak ko kerja besar baik tak payah la woit.

Jangan2 anak2 yang ko bangga2kan sangat time ko sakit melarat dia upah orang gaji. Tak sanggup nak jaga ko dah masing2 sibuk dengan kerjaya yang menawarkan gaji besar2, hebat. 

Bukan la mengatakan semua yang kerja bagus2 tue mesti jenis pentingkan diri. Tak pula aku beranggapan ibu bapa yang suka melihat anak mereka cemerlang dalam bidang akademik tue tak betul. Cuma amek yang sedang2 sudah la. Yang belajar tue perlu. Sebab kehidupan kita menuntut kepada ilmu. Kalau takde ilmu macam mana kita nak memahami satu2 perkara. Even kalau ko nak masak nasi sekalipun, ilmu masak nasi tue perlu ada. Bukan boleh main masak aje. Senang cakap ilmu pengetahuan yang ko belajar tue sepatutnya digunakan untuk menambahbaik kehidupan ko, pemikiran ko, cara ko menguruskan perkara2 dalam hidup ko. Bukan gunakan ia untuk berbangga2an. Hey aku hebat oke. Ada PHD. Mao kahwin sama aku? RM30,000 mari.

Itu kebodohan namanya.

Kadang2 ada orang kahwin kemain gah. Mahal. Lepas tue cerai. Lue pandai2 la hadam siapa yang aku maksudkan. Banyak dah berlaku perkara macam neh kat negara neh. Dimanakah keberkatan nya? Perempuan yang suka demand2 neh, ego tinggi. Jenis tak suka bertolenrasi. Berkira. Buat kerja pun entah reti entah tidak. Masak pun tunggang langgang. Tapi nak suruh suami layan baik punya. Lepas tue mula la mengungkit dan berkira. Suami gaji rendah. Dia gaji tinggi. Itu semua poyo. Suami pun ada maruah juga. Agak2 suami dah tak mampu nak desak dia sampai ke tahap dia dah tak mampu dah kenapa? Untuk puaskan nafsu ko semata2? Best ke ikut tuntutan nafsu ko tue?

Mampos aku. Kejap lagi kena sound pula dengan wanita2 di luar sana.

FYI, aku bukan anti wanita demand ke apa. Tapi kemon la. Benda2 gini kita tak perlu beria2 terkejar2 sangat. Biarlah kita menjalani kehidupan yang simple2 sudah. Bila ramai2 approach perkahwinan yang serdahana maka ramai2 la akan berkahwin secara serdahana.

Senang cakap, turunkan hantaran kahwin. Wanita dan keluarga wanita berhenti la demand bagai. Dah tahu harga barang semakin mahal, kita cut kos la apa2 yang patut. Bukan dok sibuk nak juga begitu begini. Kita kahwin bukan nak tunjuk kat orang. Perkahwinan adalah untuk diri kita sendiri. Buat semampunya sudah la. Berserdahana itu lebih baik. Yang wajib jangan remeh2kan. Yang tak wajib tak perlu sibuk berat2kan dia pula. Lue fikirlah sendiri. 

Share this :

Previous
Next Post »