t>

Breaking News

Kecoh - Guru Mengamok Belasah Pegawai Jabatan Pendidikan!

Aik.

Ada masalah mental ke guru neh? Kalau laporan berita neh betul la kan. Takan minta rekod mengajar pun sampai nak bantai orang? Macam2 kes la sekarang neh. Guru kena belasah dengan pelajar la. Pelajar merokok la. Sangkut dalam kerusi la. Yang terkini guru pula membelasah.

Lihat ;

Padang Besar: “Saya tergamam melihat seorang rakan ditumbuk di bahu, belakang kepala dan badannya oleh dua guru lelaki di kaki lima kelas sebelum kejadian itu dileraikan.”

Begitu kata seorang saksi kejadian yang hanya mahu dikenali sebagai Hisham, 30-an, apabila melihat rakannya yang juga pegawai di Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) dikepung dan ditumbuk dua guru berusia 40-an yang berlagak ala samseng dalam kejadian di sebuah sekolah rendah, di sini.

Dalam kejadian jam 8.50 pagi kelmarin, mangsa berusia 39 tahun dibelasah dua guru lelaki terbabit yang dipercayai akibat berang dengan tindakannya memantau sesi mengajar di dalam kelas yang dikendalikan seorang daripada mereka.

Sebelum itu, Hisham berkata, pada kira-kira jam 7.30 pagi, dia bersama 30 pegawai Jabatan Pendidikan negeri daripada Bahagian Sektor Penilaian sekolah hadir ke sekolah berkenaan.

Kehadiran mereka termasuk mangsa bertujuan memantau sesi pembelajaran berikutan prestasi Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) sekolah itu kurang memuaskan.

Kalau nak diikutkan cerita dari pegawai jabatan pendidikan tue, dorang datang sana sebab nak pantau keadaan. Nak melihat sendiri cara guru2 mengajar di sekolah tersebut disebabkan pencapaian murid2 tahun enam, UPSR agar buruk di sekolah tersebut.

Then salah seorang guru di sekolah tersebut mengamok bila di minta rekod mengajar. Lalu kejadian belasah membelasah pun berlaku la..

Perghh..

Garang gila. Elok juga dengar penjelasan dari guru terbabit. Baru boleh menilai sapa betul, sapa salah. Tak adil mendengar penjelasan dari satu pihak aje.

Tapi percayalah... masyarakat di negara neh semakin cepat merasa tertekan disebabkan masalah kos sara hidup. Tahap kesabaran semakin kurang. Tahap tekanan semakin tinggi. Kita sudah semakin kurang gembira. Lue fikirlah sendiri.