t>

Breaking News

Kenaikan Telur Tidak Membebankan Pengguna Kata Peniaga.

Mana ko tahu membebankan ke tidak membebankan? Ada ke ko interview semua pembeli2 telur kat negara neh?

HAHAHAHA..

Apa pun aku faham la serba sedikit kenapa peniaga2 telur terpaksa menaikkan harga jualan mereka. Bukan aku tak faham. Cuma jangan la bagi jawapan bengong. Sebijik macam jawapan menteri2 kat negara neh. Setiap kenaikan samada dalam skala besar ataupun kecil semuanya membebankan pengguna. Kerana apa? Kerana kita terpaksa keluarkan lebih wang untuk mendapatkan product tersebut berbanding sebelumnya. Mana mungkin tak membebankan kalau dah kena tambah duit ketika membeli kan?

Baru2 ini peniaga telur mengatakan harga jualan telur terpaksa dinaikkan.

Rujuk ;

 
Harga telur ayam tidak akan kurang dari RM11 satu papan yang mengandungi 30 biji mulai 1 Januari lalu dan tidak mungkin diturunkan pada harga lama sampai bila-bila.

Itu kata penjual telur ayam di Balakong, Cheras sambil menyifatkan kenaikan harga telur sudah tidak dapat dikawal lagi walaupun banyak pelanggan yang mengadu mahal.

“Pertengahan tahun lalu, telur gred AA masih boleh dijual pada harga bawah RM10 tetapi mulai tahun ini, harga jualan melebihi RM11 satu papan 30 biji.

“Harga telur kita jual ikut pasaran semasa. Lagi sekarang barang semua sudah naik, kita pun terpaksalah naikkan harga jualan," katanya di sini hari ini.

Menurutnya, telur memang sentiasa ada permintaan dan tidak pernah mencukupi walaupun harganya dinaikkan.

Orang tetap akan beli terutama peniaga kedai makan, kata peniaga telur, Lim Kang Tee.

Katanya, telur gred yang paling kecil turut dijual pada harga melebih RM10 kerana untung mengimbangi harga pasaran.

“Ini bukan soal untung banyak atau sedikit tetapi kita sebagai peniaga tahu orang tetap mahu makan telur setiap hari. Lagipun, harga yang dinaikkan tidaklah membebankan orang ramai,” ujarnya. -MG-

Tak mungkin turun ke harga lama kata mereka. Tidak mungkin turun sampai bila2. Dan pengguna terpaksa menerima kenyataan tersebut.

Kalau dulu mereka2 yang miskin mungkin hanya mampu makan telur, sekarang neh nak beli telur pun terasa mahal. Beli telur dan maggie aje kurang2 kena ada rm2.00 dalam tangan. Maggie pun ada yang jual rm1 sebungkus. Ada yang jual rm1.20. Ikut tempat la kan. 

Telur sebijik 40sen. Itu baru sekali makan. Buatnya ko makan maggie pagi tengah petang malam.. nak jimat punya jimat pun tatau jimat tahap macam mana tah. Harga makanan memang mahal nak mampos sekarang neh. Tak terbendung lagi dah. Inila angkaranya bila BARANG NAIK still stay in power. Mengadap la kita sama2 masalah kenaikan kos sara hidup. Apa boleh buat.. lepas neh semua makanan yang berkaitan telur pun mesti naik harga punyala.. tak caya korang tengokla sendiri..