t>

Breaking News

Masuk Islam Tanpa Rela Dan Dibayar RM100 !!!!


Ini menjejaskan nama baik Islam itu sendiri. 

Adakah dakwaan ini benar? Ia perlu disiasat hingga ke akar umbi. Jika dakwaan ini benar, kita perlu ambil tahu apa tujuan mereka dan siapa mereka ini? Jika dakwaan ini palsu kita perlu siasat pula tukang2 yang menyebarkan fitnah. Apa tujuan mereka menyebarkan fitnah ini?

Islam bukan agama yang menganjurkan wang. Itupun secara paksaan dan manipulasi. Laporan pemberitaan FTM ini perlu disiasat. Kita takmo nanti ada orang memperlecehkan Islam. Ala.. yang masuk Islam tue sebab kena tipu je. Ada ka suruh orang yang tak faham apa2 masuk Islam. Menipu je kerjanya..

Situasi.

Kalau dia mahu memeluk Islam. Dan dibayar RM100 kerana memeluk Islam takde hal.

Tetapi situasi dia sekarang ialah dia tatau pun yang dia kena peluk Islam.. dimanipulasikan seolah2 mereka memeluk Islam dan membayar mereka kerana perkara tersebut..

Apa ke bengongnya dorang neh main2kan agama sampai tahap macam neh?

Baca ;
KUCHING: Isu serbuan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) ke atas Persatuan Alkitab Malaysia (BSM) mendapat pelbagai reaksi daripada banyak pihak.
Belum sempat isu ini reda, penduduk Sabah merungut bahawa ada pihak memperdaya penduduk kampung di sekitar Sabah untuk menerima kepercayaan Islam.
Menurut sumber, penduduk kampung akan diberikan ganjaran RM100 sahaja kepada mereka yang berjaya menukar agama.
Hal ini disebarkan melalui laman sosial Facebook yang ternyata menimbulkan rasa tidak puas hati dalam kalangan pengguna Facebook Sabah dan Sarawak.
“Jangan kerana harta yang tidak seberapa itu penduduk mahu tukar agama, kesian orang kampung yang tidak tahu apa-apa jadi mangsa,” ujar Fabian Osmond Daimon
Sementara itu, Gendang Gindien dari Sibu mendedahkan bahawa sekitar tahun 1970-an, ada rumah panjang diberikan elaun RM300 dan elaun bulanan RM100 jika mereka memeluk Islam.
“Tidak tahu sekarang masih terima elaun atau tidak, saya pun tidak ambil kisah dan sampai sekarang mereka masih Islam dan balik rumah panjang seperti biasa,” tegas beliau
Joshua Jabeng pula berkata: “Saya ingat hanya di Sarawak sahaja berlaku hal begini, Sabah pun menerima nasib yang sama.”
Kira-kira 27 penduduk dari Kampung Maliau, semuanya penganut Kristian membuat satu laporan polis mengenai upacara penukaran agama secara besar-besaran pada 1 Januari lepas.
Makadan Masabu, 54 tahun, berkata beliau dihubungi seorang kenalan yang memberitahunya, satu kumpulan dari Kuala Lumpur akan melawat Pitas untuk memberi bantuan ‘kebajikan’ di Kota Marudu pada Disember tahun lepas.
“Lelaki itu memberitahu saya, kumpulan itu akan memberi bantuan kebajikan kepada penduduk kampung dalam bentuk wang tunai,
“Apabila kami tiba di tempat itu, semua MyKad kami dikutip dan kemudiannya dikembalikan, dan kami disuruh menandatangani satu borang yang kami tidak faham kerana kebanyakan kami buta huruf,” kata Masabu.
Mereka kemudiannya disuruh duduk secara berkumpulan dan menyebut “kata-kata yang kami tidak faham”.
“Selepas itu seorang lelaki yang dikenali memberitahu kami, kami semua sudah bertukar agama. Kami terkejut dan panik,” katanya.
Selepas upacara itu, mereka masing-masing diberi satu sampul berisi RM100, katanya.
Satu portal berita agama atas talian juga melaporkan upacara itu melibatkan 74 penduduk dari tiga kampung di Pitas.
Hal ini terjadi juga di Sarawak, sesetengah ibu bapa yang enggan nama mereka didedahkan memberi aduan bahawa anak mereka dipaksa berdoa dengan cara Islam dan belajar Jawi atau bahasa Arab di sesetengah sekolah.

Rujukan : http://www.freemalaysiatoday.com/category/nation/2014/01/14/tukar-agama-dibayar-rm100/