Non Muslim Malaysia Dilarang Menggunakan 34 Perkataan Ini.

Antaranya ;

Wali

Dakwah

Qiblat

Haji

Injil

Rujuk ;

 
Susulan isu rampasan bible oleh JAIS baru2 ini. Enakmen ini pindaan bagi 10 negeri2 di Semenanjung kecuali Sabah dan Sarawak. Nampaknya akidah umat Islam di Sabah dan Sarawak lebih baik dari akidah Umat Islam di Semenanjung kan?

HAHAHAHA..

Larangan ini hanya berkuatkuasa untuk bible bahasa melayu. Aku tak pasti bagaimana pula dengan bible bertulisan arab ataupun bible berbahasa English? Adakah terpakai dengan larangan yang sama ataupun sebaliknya?

Dengan larangan ini maka bertambahla umat Kristian di negara neh merasa tertindas. Dari awal lagi penganut apa2 agama, apa2 kepercayaan sekalipun bukan la ancaman buat umat Islam. Sebaliknya diri kita sendiri adalah ancaman kepada akidah kita sendiri. 

Adakah kita  telah berjaya mengelakkan diri dari melakukan perkara2 yang Allah larang sepenuhnya? Ataupun kita pun kadang kala slumber aje buat maksiat dan berzina bagai?

Kita tak tentu hala disebabkan sikap kita. Boleh pula kita sewenang2nya meletakkan akidah kita pincang di atas bahu umat kristian? Malu nya.. sendiri malas solat, sendiri malas kenal Islam, sendiri malas belajar alih2 penganut agama lain pula yang kena. Usah kata kita, bahkan kerajaan kita pun pandang enteng bab akidah umat Islam.. oooo akhirnya semua kesalahan berpunca dari penganut Kristian?

Yang aku heran tue, sesetengah perkataan di atas tue ialah perkataan2 dari bahasa arab. Itupun dilarang juga?

Kelakar la pula aku rasa.

Hahaha..

Share this :

Previous
Next Post »