t>

Breaking News

Pencetus Ummah Kena Kritik Kaw2 Di Alam Maya..


Semalam memang meriah la laman sosial dengan kemaskini status mengenai program Pencetus Ummah. Satu program realiti TV yang berbentuk keagamaan..

Masih teringat lagi time Akademi Fantasia meletup dulu.

Masa tue ramai gak yang kondem. Buat program merepek. Baik ko buat realiti TV berbentuk keagamaan. Ajak kepada kebaikan.

Sekarang program2 realiti TV berbentuk keagamaan dah ada.. tetapi adakah masyarakat kita boleh menerima ataupun ada apa2 yang perlu ditambah baik?

Jom baca antara kritikan yang sedang hangat di laman2 sosial ketika ini.

Kritikan utk program tv reality show, Pencetus Ummah (PU)
PU ni program tv reality show samo mcm Akademi Fantasia dgn MaharajaLawak Mega. Dulu dikenali sbg Imam Muda sblm di up titlenya sbg PU. Apo shj yg dipanggil sbg reality show ia pasti bermotifkan keuntungan. Astro cerdik. Dio nak memaksimakan keuntungan dgn merebut semuo segman penonton. Akademi Fantasia utk pemuda-pemudi yg sukokan hiburan. MaharajaLawak Mega utk sesi gelak ketawo rkyt bg melupokan poket yg semakin kosong dek hambatan kenaikkan kos sara hidup. Dan PU utk golongan anta-anti, lebai & org kampung. 

Dlm byk-byk reality show, hanyo PU shj yg sanggup jual namo agamo utk tarik audiens. Yg bertanding ialah para ust. Ust-ust bertanding utk monang wang tunai sebyk rm50 ribu. Kalau motifnya masuk PU sbb nak monang duit, mako mano datang ey keikhlasan? Toksah ckp la sy masuk PU ni sbb nak cari pengalaman & saje-saje nak cari member. Jgn nak jd pembongak bai. Byk tmpt kau boleh cari pengalaman & member. Apo yg den nmpk, mrk yg bertanding dlm PU ni mcm lombu-lombu laga yg dipunyai oleh owner Astro. Owner Astro cumo tahu nak kaut untung berjuta mcm David Teoh bg Ust Azhar Idrus berlakon filemnya supayo laku keras. Wajah Islam ditampilkan supayo keuntungan berlipat gando yg dikutip itu nampak halal. Halal la kot sbb jual namo agamo. Ado cop halal JAKIM laie. Ngeee....

Tak ponah zaman nabi & para sahabat melakukan pertandingan utk mendapatkan sapo pendakwah yg paling hebat & yg terbagus. Atau pertandingan nak dapatkan title Imam Muda atau PU. Semuo org adolah pendakwah. Dan semuo org adolah hebat. Itu zaman dulu. Zaman sekarang kau kono bertanding dulu smpi monang utk dapek pengiktirafan masyarakat, baru la dakwah kau diterimo. Kau kono rebut title atau pangkat seperti Imam Muda & PU utk dikenali. Caro ni amat bahayo krn org akan kenal kau dulu, baru kenal Islam. Kito nak promote Islam, bukan namo kito. Tapi masyarakat telah diajar oleh kapitalis mcm owner Astro bhw bilo ado title Imam Muda atau PU mako barulah ckp kau didengari oleh org ramai. Kalau ajk masjid panggil, sampul surat yg diterimo pun tebal. Setakat rm100-200 diorg tak pandang beb. 

"Agak-agak la, bukan senang kot aku nak nak dapatkan title Imam Muda dlm program tv. Menang pulak tuh. Ingat senang ke nak tewaskan peserta-peserta lain. Respek la sikit, setakat rm100 dlm sampul tu, kau simpan je lah. Tak padan dgn usaha & title yg aku dapat"

Agaknya itulah monolog mrk bilo bersendirian. Tapi boleh jadi bro. Sbb mrk diajar utk menewaskan peserta lain. Kalau tidak mrk yg akan tewas. Nak monang kono usaha jadi yg terbaik. Dan tewaskan peserta yg lain. Bilo monang, banggo semacam. Yolah sobab dapek tewaskan peserta-peserta yg hebat. Akulah yg terbaik. Riak & ujub mmg tak boleh nak elak bilo diumumkan sbg pemonang. Setan yg berdamping dgn peserta Akademi Fantasia dgn MaharajaLawak Mega cumo bertaraf prebet atau soldadu biase je. Tapi setan yg melokap kek badan peserta PU & Imam Muda pulak bertaraf Jeneral. Tak mungkin Iblis hantar soldadu-soldadu biase je kot. Muko nampak baik sbb pakai songkok kopiah bagai tapi dlm hati, tuhan je yg tahu. Kalau setakat program tv tunjuk sesi latihan bakal-bakal pendakwah sblm terjun ke medan dakwah, den tak kisah bai. Sobab boleh bagi contoh & tauladan kpd para penonton yg mahu jadi pendakwah mengikut jalan nabi & para sahabat yg menyebarkan Islam ke seluruh pelusuk dunia. Tapi bilo dipertandingkan ia menjadi super faqof. Dan pertandingan itu menjadikan owner Astro yg dah kayo menjadi lobih kayo. Sudah la owner Astro itu bukan Islam. Mcm Ust Azhar Idrus bg David Teoh yg sudah kayo itu bertambah kayo.

Lagi satu, kesahihan hadis & sirah nabi tidak diperiksa. Ini mudarat. Yg penting bg peserta PU ialah mrk berjayo membuat penonton di studio ketawo & menangis. Hadis mauduk atau dhoif yg terdapat dlm story/persembahan peserta PU tidak penting. Kalau ado sirah nabi yg dicedok drpd kitab Ibnu Ishak yg tidak valid & juga kitab-kitab lain yg dipersembahkan kpd penonton juga tidak diperiksa oleh para murabbi. Ahhhh persetankan. Yg penting para peserta PU boleh berlakon dlm pelbagai watak dgn begitu berkesan sehinggakan audiens boleh menangis jiko mrk berlakon sedih & audiens ketawo terbahak-bahak jiko mrk berlakon dlm watak kelakar. Ilmu dlm penyampaian mrk tidak penting. Jadi peserta PU popular di kalangan masyarakat krn mrk pandai berlakon, bukannya krn ilmu yg ado di dlm dado mrk. Mako disini, kapitalis bangsat iaitu owner Astro telah berjayo menyebarkan satu ajaran sesat. Ajaran sesat itu ialah bahawa kebenaran itu bergantung kpd populariti & glamornya individu tersebut. Makin popular individu itu mako pendapatnya makin diterimo oleh masyarakat. Kebenaran yg datang drpd Al-Quran & hadis, lamo-kelamoan sudah tidak menjadi sandaran lagi.

Elok korang boikot PU sbb kito taknak para ust yg ado skrng nih bercito-cito nak ado title PU dopan namo ey. Buek rosak dakwah. Title tak penting tetapi content dakwah korang dapat atau tidak menusuk sanubari hati masyarakat, itu yg dilihat penting. Korang masuk PU sobab nak monang rm50 ribu mcm lombu laga bertanduk sesamo sendiri, sdgkan owner Astro untung rm50 juta kaut duit org ramai yg tgk korang berlaga dlm kandang. Den nak tanyo kpd yg nak sangat title PU ado kek dopan pangkal namo ey, syok sangat ke kito ni diperlembukan oleh kapitalis bangsat? Bolehkah title atau pangkat PU ni jadi penyelamat korang kek Padang Mahsyar sok?

Rujukan : https://www.facebook.com/tomatosusu/posts/775803162433178?comment_id=8578894&ref=notif&notif_t=like

Bukan semua mengkritik program Pencetus Ummah tue yer. Ada juga yang beranggapan program ini menarik. Kat bawah neh pula ada pendapat yang berbeza seperti di atas.

Baca ;
Pencetus Ummah baru musim pertama. Biasa la tu dapat sikit je duitnye sponsor tak banyak lagi. 

Jangan plak nak samakan dengan raja lawak. Berbeza bos programnya. Rajalawak rating tinggi. 

Waktu pergi ke program pencetus ummah tempoh hari ada tanya geng produksi pencetus ummah, rating pencetus ummah kata mereka sejak akhir-akhir ni macam akademi fantasi. Bermakna program ni baru je orang nak kenal dan tengok.

Kalau perasan tempat rakaman juga berubah dari tempat yang kecik kepada dewan yang besar. Pertamanya usah banding-bandingkan, berikan sahaja credit pada mereka yang menjayakan program ni. Elok juga dari banyak program takde manfaat elok ada program ada manfaat macam ni.

Keduanya, korang takkan tahu betapa susahnya nak carik sponsor untuk program-program agama ni. Awal tahun lepas aku ada join satu anugerah 'nasyid' yang dianjurkan satu syarikat dipanggil Nasyeed Dot Com.

Diorang bertungkus lumus carik sponsor. Susah nak dapat, maaf cakap yang banyak bagi sponsor ni orang BUKAN ISLAM untuk program islam. Ada syarikat yang dimiliki sepenuh MELAYU majoritinya tak kasi sponsor. 

Malah yang buatkan aku dan kawan2 terusik bila kata, "maaf payment korang lambat sikit... ada problem dari sudut kewangan". Aku dan kawan-kawan tanya kenapa, "Nasyeed dot com dah keluar lebih kurang 100k lebih untk menjayakan anugerah ni...".

Boleh aku katakan SUSAH untuk program yang berteraskan islam nak bertapak kuat di muka bumi MALAYSIA yang dikatakan negara islam ni. Tapi aku yakin sekarang ni bibit-bibit permulaan program agama 'reality show' akan bertapak kuat dengan konsep-konsep baru yang tidak melanggar syariah.

Biarlah apa orang nak kata, kalau dengan program-program sebegini boleh buatkan rakyat Malaysia berilmu. Teruskan usaha...... 

Bila rakyat BERILMU segalanya akan bertambah baik InsyaAllah....

Rujukan :  https://www.facebook.com/ahmadjerdotcom/posts/598620366876253

Kedua2 penulisan di atas pada aku, ada juga betulnya. Ada la juga point2 yang ingin disampaikan. Bagi aku program Pencetus Ummah perlu terbuka kepada semua jenis kritikan, anggaplah kritikan sebagai pembakar semangat untuk memperbaiki apa2 yang perlu jika program ini mahu diteruskan pada masa2 akan datang, manakala pujian pula boleh di anggap sebagai penaik semangat atas penat lelah ketika menghasilkan program neh. Moga2 terbuka la pemikiran mereka dalam meraikan kritikan.