t>

Breaking News

Pengubah Lagu #Kangkung Remix Tidak Ditahan Polis.


Sejak malam tadi tersebarnya berita konon nya pengubah lagu #kangkung versi remix yang begitu popular ketika ini sehingga dijadikan ringtone di telefon2 telah ditahan polis. Individu tersebut bernama Yuri Wong.

Maka ramai la yang beranggapan bahawa individu tersebut telah ditahan atas sebab2 mengubah ucapan Najib menjadi lagu versi remix bertajuk #kangkung.

Untuk rekod, sememangnya kami ada mendengar bahawa individu tersebut telah dipanggil oleh PDRM untuk memberikan keterangan bagi membantu siasatan. Bukan nya telah ditahan. Dia datang ke balai untuk siasatan lagu #kangkung remix tetapi pihak polis tidak pula menahan dia. 

Maka berita penahanan Yuri Wong adalah palsu setakat ini la.

Kalau lepas neh tetiba polis nak tahan dia, itu lain citer la. Namun, ketika ini dia masih lagi bebas seperti biasa. Tiada apa2 yang berlaku pun.  

Update : Kami baru sahaja menerima info yang Yuri juga langsung tidak pernah dihubungi oleh mana2 pihak polis untuk hadir ke balai bagi memberikan penerangan. Maka, kenyataan Yuri dipanggil memberikan keterangan di balai juga adalah palsu. Harap maklum.

Aku pun tak pasti kenapa yang polis nak siasat sangat pasal lagu #kangkung remix tue. Boleh jadi kerana fenomena kangkung kini bukan sekadar di internet saja kot. Almaklumla, kalau benda tue berlegar2 di internet je at least bila ko berada di dunia sebenar tak la terbawa2 sangat ingatan ko berhubung isu #kangkung kan.

Tapi bila ia dijadikan ringtone, dan ko set pula as ringtone di handphone ko, then bila orang call.. berapa ramai yang dengar nada ringtone tue nanti? Tak kah ia akan tersebar di sana sini? Budak2 pun dah tahu citer #kangkung. Tidak kah ia akan memalukan Najib nanti? Pokoknya insiden #kangkung ini memang betul2 membuatkan Najib rasa malu yang amat.. almaklumla berita dalam dan luar negara pun dah mula melaporkan perkara ini. Memang kali neh Najib betul2 terduduk la. Nak salahkan pembangkang pun tak boleh. Fenomena ini dicipta oleh rakyat marhaen sendiri. Apa Najib nak cakap lagi?

Dan ketika ini, page2 pro BN sedang sibuk menyebarkan gambar Yuri Wong. Nak buat serangan cyber le tue. Nama, alamat, no IC dan segala macam depa sebarkan. Dasar takde kerja. Hak nak mencipta lagu kangkung remix hak setiap insan. Kalau tak suka dengan lagu #kangkung remix, tutup telinga la. Apa susah.

HAHAHA..